English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, May 23, 2017

HARI PERTAMA

5.2.2017 (Ahad) Pagi Ahad di penghujung musim dingin dan di awal musim bunga...hujan menyambut kedatangan ku ke sini...

Pemandangan hujan pagi dari hotel

Jam 7.00 am saya turun ke tingkat satu hotel di mana terletaknya cafe untuk sarapan pagi dan dari dinding cermin yang menghadap lautan itu kelihatan rintik-rintik hujan pagi di kota Istanbul yang indah itu. saya menikmati sarapan pagi itu sambil bermalas-malas memanjakan diri. Terasa tenang bila berkeadaan begini.... tiada tekanan dan tidak ada yang perlu diburu-burukan.....Hampir dua jam saya menikmatai sarapan pagi nan indah itu, namun hujan di luar masih belum berhenti.....pun begitu, saya harus keluar juga pagi ini bagi memastikan lokasi konferen yang akan bermula pada esok hari.......

Sarapan pagi petama di Grand Hotel Halic, Sishane, Istanbul

Jadi, usai menikmati menu terakhir pagi itu, saya nai semula ke kamar dan bersiap untuk keluar berjalan-jalan.....Lebih kurang jam 10am saya turun ke lobi dan mendapati hujan masih renyai-renyai di luar. Namun saya mengagahkan diri untuk keluar juga keran ahanya hujan gerimis dan dalam iklim di sini walaupun basah tapi akan cepat keringnya......saya pun menuju ke kaunter untuk mendapatkan peta Istanbul dan terus keluar meninggalkan hotel dengan memegang peta di tangan....Saya berdiri seketika di hadapan pintu hotel dan menentukan arah yang nak dituju, di hadapan adalah laut dan saya perlu memilih untuk mengikut arah kiri atau kanan dan naluri saya berbisik untuk mengikut arah kanan.  Saya terus berjalan di dalam gerimis pagi itu dan tidak berapa jauh meninggalkan hotel, saya di sapa oleh seseorang dan sesorang lagi....menjadikannya dua orang (yang akan saya ceritakan kemudian dalam entry berasingan).

Nippon Hotel, lokasi konferen

Selepas meninggalkan kedua-dua orang asing itu, saya meneruskan perjalanan pagi itu melalui kedai-kedai yang masih belum beroperasi kerana hari ni adalah hari Ahad dan pagi masih awal lagi. Jadi, tidak ramai pejalan kaki yang melalui jalan yang sedang saya lalui itu untuk menuju ke dataran Taksim. Setelah hampir setengah jam saya berjalan kaki dari hotel Halic, Alhamdulillah...saya pun tiba di dataran Taksim. Dari dataran ini saya telah boleh mengenalpasti laluan yang perlu saya tujui untuk tiba di Nippon Hotel. 



Kedai Hard Rokc Cafe ni dah pindah ke bahagian hdapan Istiklal

Setelah memastikan laluan ke lokasi konferen itu, saya berjalan melalui dataran Taksim yang sedang mengalami perubahan berbanding tahun sebelumnya saya ke mari. Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilaksanakan di dataran ini bagi bagi mengubahsuai lanskapnya. Di sisi dataran ini nampaknya sedang dibina kolam air pancuran menjadikan dataran yang luas sebelumnya menjadi agak sempit kerana ruang kolam yang dibina itu relatif besar juga. Melepasi dataran Taksim, saya terus melalui lorong Istiklal yang merupakan lokasi popular pelancong terutamanya untuk tujuan membeli-belah, selain daripada konteks sejarahnya. Saya teringat kedai Hard Rock Cafe lalu menuju ke sana dan rupanya kedai itu telah berpindah ke lokasi yang betul-betul mengahadap laluan Istiklal.


Galata Muzium


Galata Muzium

Bergerak dari situ saya meneruskan perjalanan dan singah mengambil gambar di Galata muzium yang juga terletak di laluan Istiklal itu. Sampai ke penghujung jalan Istiklal, di persimpang tiga itu saya mengambil lorong kanan menuju ke Galata Tower. Toba di situ saya merakamkan semula foto Galata yang dulu pun sudah pernah saya rakamkan.


Galata Tower


Galata Tower

Tidak banyak perubahan yang berlaku pada Galata Tower ini dan keadaannya masih sama seperti yang pernah saya lihat dahulu. Dari Galata Tower, saya berjalana menuruni bukit dan di pertengahan jalan itu, saya singgah untuk menikmati minuman kegemaran saya iaitu jus delima.......

Minum Delima jus

Nampaknya harga jus ni dah naik berbanding tahun sebelumnya saya ke sini. Kalau dahulu segelas besar (perahan daripada 3 biji delima segar) hanya berharga 3 lira. Tapi kali ini saya perlu membayar 5 lira untuk saiz yang sama.....namun jika dibndingkan dengan harga di Malaysia, ia jauh lebih murah....terasa segar selepas menikmati jus delima ni.....usai  menikmati jus itu, saya meneruskan perjalanan menuruni bukit sehinggalah saya tiba di tepi laut yang menghadap ke arah Sultanahmet. Saya meneruskan perjalanan dengan menyeberangi jambatan yang menghubungkan Taksim dan Sultanahmet. Suasananya sama seperti dahulu...sepanjang jambatan itu terdapat ramai para pemancing yang bergayutan di sisi jambatan sambil melontarkan kail ke laut untuk mendapatkan kailan ikan, tambahan pula hari ini adalah hari Ahad....jumlah pemancing relatif lebih ramai......


Lunch

Setibanya di Sultanahmet, jam sudah menunjukkan waktu tengahari.... saya pun terasa lapar dan ingin mengisi perut....lalu saya pun singgah di sebuah cafe yang menghidangkan ayam golek kerana rasa teringin nak makan ayam Turki pulak...saya memesan separuh daripada seekor ayam dan akibat kekenyangan lalu tidak mampu saya menghabiskan kesemuanya.........Usai menikmati makan tengahari itu saya meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Biru untuk melihat panorama sekitarnya dalam musim sejuk pulak.... sebab dulu saya datang dalam musim panas menjelang Ramadhan...


Agia Sofiya

Agia Sofiya

Agia Sofiya

Agia Sofiya



Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru

Masjid Biru


Tidak banyak perkara yang dilakukan di sekitar masjid biru ni sebab dulu pun saya sudah meneroka kawasan sekitarnya... saya kemari kini hanya untuk merakamkan foto kenangan musim sejuk sahaja....di akhir lawatan itu, saya keluar dari perkarangan masjid Biru dan singgah di surau Firuz Aga yang terletak bersebelahan dengan pagar masjid tu. Saya singgah di situ sambil menunaikan solat jama' Zohor dan Asar...


Solat Jamak di surau Firuz Aga

Solat Jamakdi surau Firuz Aga

Sebaik keluar dari pagar surau tu, saya terus di sap oleh penjual karpet dan diajak ke kedainya untuk melihat-lihat karpet jualan. Saya pada awalnya enggan dan menolak dengan baik tetapi akibat terus didesak, saya akur dan ikut ke kedainya yang terletak di bahagian bawah tanah bangunan rumah kedai lama yang terletak bersebelahan Masjid Biru itu. Sampai di kedai itu saya terus dihidangkan dengan teh Turki. Walaupun saya menolak (sebab biasalah ini gula-gula peniaga untuk 'memaksa' kita membeli barangannya) namun setelah didesak, saya terima juga. Memang sedap tehnya.... tapi setelah habis teh diminum, saya ditunjukkan pelbagai karpet dan didesak supaya membeli. Akibat kebosanan menolak pelawaan untuk membeli, akhirnya saya meninggalkan kedai itu walaupun peniaga tiadi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan saya itu. Nak buat macam mana??? Saya tak minat nak beli karpet...... mana boleh paksa...paksa....

Metro Sishane

Sishane Metro entrance

Sishane Metro entrance


Setelah meninggalkan kedai karpet itu, saya terus sahaja menuju pulang ke hotel di Sishane dengan berjalan kaki melalui laluan yang sama seperti saya datang tadi....letih juga berjalan dari pagi sampai ke petang..... kira-kira jam 4pm baharulah saya tiba di hotel........Saya merehatkan diri sehingga malam dan akhirnya tertidur tanpa memikirkan unttuk keluar makan malam sebab perut masih kenyang diisi dengan sebelah ekor ayam tengahari tadi......














No comments: