English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, May 11, 2017

PERJALANAN KE ISTANBUL Feb 2017

4 Feb. 2017 (Sabtu) jam 7 pagi teksi tiba dan bergerak ke KLIA dan tiba pada jam 8 pagi dengan tambang RM115. Terus beratur untuk check-in penerbangan Emirates Air dan dalam 45 minit siap. Terus melalui imigresen dan naik tram ke terminal pelepasan antarabangsa gata G22. Ada masa lagi sempat singgah minum pagi di starbuck dan jam 9.40 pagi masuk ruang menunggu dan jam 10 pagi boarding. Penerbangan berlepas lewat 15 minit sebab sepatutnya berlepas pada jam 10.15pagi ekoran kelewatan berlepas dari Dubhai. 6 jam penerbangan terus mendarat di Dhubai pada jam 1.45 pm waktu Dubai.



Connecting flight saya berlepas pada jam 2.30pm. dari Dhubai ke Istanbul. saya pun bergegas sambil berlari-lari anak untuk mengejar flight ke Istanbul. Mengah jugak la dan nasib baik gate nya kat B25 dan tak perlu naik tram untuk ke boarding gate. Sebab kalau Gate C ke atas kena naik tram untuk ke terminal berlepas. Tapi walaupun dalam terminal yang sama, bagai di kata la, airport Dhubai ni luasnya macam mana….mengah berlari dibuatnya. Ingat sempat la nak solat kejap namun hampa… sampai je kat gate B25 terus je boarding. Alhamdulillah…. Penumpang tak penuh flight dan saya dapat seat yang saya minta iaitu pada bahagian aile dan satu row tu saya duduk sorang-sorang je….sangat selesa la…… oleh sebab penerbangan dari KLIA tadi lewat, maka penerbangan ni pun lewat juga sebab menunggu untuk memindahkan luggage dari flight tadi ke flight ni pulak… akhirnya dalam jam 3.30pm baharulah berlepas….. lega rasanya naik flight yang kosong dan saya pun mengambil peluang ni untuk ke tandas dan sebaik berlepas, saya pun menunaikan solat jamak sebab dah sepat nak solat asa kat airport Dubai tadi…. Penerbangan mengambil masa kira-kira 4 jam dan dalam jam 6.30pm (waktu Turkey) flight pun mendarat di Atartuk Airport, Istanbul…. Alhamdulilahh……keluar dari flight saya sempat menukar duit sementara menunggu luggage dikeluarkan dari perut pesawat. 



Saya menukarkan Euro kepada Lira. Saya dimaklumkan oleh penerima kaunter tu yang mereka menerima pertukaran RM ke Lira. Saya teruja tapi malangnya saya tidak memiliki banyak RM untuk ditukar sebab jarang berlaku RM boleh diniagakan di blok Eropah ni….tambah-tambah dalam situasi RM sekarang ni….. hairan juga…..hhmmmm…..


Usai menukar wang saya terus mendapatkan luggage dan kemudian terus keluar dan mencari teksi sambil singgah di information kaunter untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan teksi. Saya dimaklumkan untuk mengambil teksi di luar terminal. Sambil berjalan keluar tu, saya di sapa oleh ajen teksi di kaunter dalam terminal tu….saya tunjukkan alamat hotel dan katanya 170 Lira. Saya kata ‘eh bukan 20 Lira ke’…. Dia kata jalan jem hari Sabtu ni harga memang macam tu…. Saya tidak jadi menerima pelawaannya dan terus menerima nasihat kaunter pertanyaan untuk mendapatkan teksi di luar terminal. Sebaik sahaja keluar saya nampak banyak teksi berwarna kuning berbaris menunggu penumpang di situ. Saya pun terus menghampiri pemandu yang masih menunggu penumpang dan bertanyakan harga ke hotel.  Teksi di sini tak pakai meter.  Jadi, dia kata dalam anggaran 50 ke 55 Lira. Saya pun terus setuju kerana jauh lebih murah daripada harga di dalam tadi….lebih kurang 20 minit naik teksi saya pun tiba di di Halic Hotel yang telah saya tempah secara on-line. Saya membayar tambang teksi sebanyak 55 Lira dan terus masuk ke hotel untuk daftar masuk dan membayar jumlah yang telah dijanjikan secara online, iaitu 120Euro untuk 4 malam. Usai dikaunter tu saya dibawa oleh petugas hotel untuk naik ke tingkat 11 kerana bilik saya di nombor 112. Saya berehat dan sehinggalah mala dan tidur…..


No comments: