27.11.10 (Sabtu)
Selepas mandi dan solat subuh saya terus mengemaskan barang terlebih dahulu sebelum turun ke lobi hostel untuk mendapatkan sarapan pagi. Sarapan yang disediakan secara buffet ini tiada catuan seperti hostel YHA yang telah saya kunjungi sebelum ini. Jadi penghuni boleh menikmati hidangan sebanyak mana yang dikehendaki. Saya mendapatkan kopi dan roti dan rasanya memang nikmat ditambah lagi dengan cuaca yang sejuk. Selesai sarapan, saya naik ke bilik semula untuk mengambil beg dan turun semula untuk daftar keluar. Setelah semuanya selesai, saya memohon untuk menyimban beg di dalam bilik simpanan.
Oleh sebab waktu penerbangan saya masih lama lagi, saya pun mengambil kesempatan untuk bersiar-siar lagi di sekitar kota pelabuhan Nice ini. Pagi ni, saya berjalan ke arah pelabuhan pula di mana terdapat banyak kapal barang dan kapal pelancongan yang berlabuh di situ. Mmmm..... memanag cantik dan menarik kota Nice ni....sesuai sangat dengan namanya. Saya rasa sangat berbaloi singgah di sini. Apatah lagi setelah melalui saat-saat yang agak tegang sebelum ini.
Setelah puas menikmati keindahan itu, tiba masanya untuk saya meninggalkan kota ini....sebelum ke lapangan terbang, saya perlu singgah dahulu di hostel YHA untuk mengambil beg yang saya tinggalkan di situ. Dari YHA, seperti sebelumnya, saya berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang terletak berhadapan stesen keretapi. Dari situ, saya menaiki bas yang membawa saya terus ke lapangan terbang. Tiba di lapangan terbang, saya terus mendaftar masuk sehingga semuanya selesai saya masuk ke ruang menunggu......akhirnya penerbangan Lutfansa meninggalkan kota Nice menuju ke Frankfurt sambil meninggalkan kenangan terindah saya di sini.... kiranya panjang umur.... kan ku kunungi mu lagi kota Nice.....
No comments:
Post a Comment