English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, March 5, 2011

TIBA DI FRANKFURT DAHH....DAN SELAMAT TINGGAL BUMI JERMAN !!!

27.11.10 (Sabtu)

Malam di Central Station, Frankfurt

Petang tu juga saya tiba semula di Frankfurt dan dari lapangan terbang saya terus membeli tiket metro untuk ke Central Station. Oleh sebab dah gelap dan malas dah nak berjalan jauh, saya memutuskan untuk menginap di Hotel Excelsoir yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Central Station. Hanya menyeberang jalan je..... saya mendaftar masuk untuk menginap dua malam di sini sebab penerbangan balik saya ke KLIA adalah pada hari lusa. Makananya esok ada lagi satu hari saya berada di sini. Selepas mendaftar masuk, saya naik ke bilik dan membersihkan diri. Selepas solat, saya keluar untuk mendapatkan makan malam di restoran India Muslim yang pernah saya langgani sebelumnya sewaktu saya mula-mula tiba di sini tempohari.....

Lama juga saya berjalan untuk mengingatkan semula lokasi restoran tu.... dan akhirnya saya menemuinya....oleh sebab tiada aktiviti lain maka saya makan sambil merehatkan diri di restoran ini..... usai makan, saya berjalan semula untuk kembali ke hotel dan tidur.....

Bockenhmeir Warte

28.11.10 (Ahad)

Pagi ni agak mendung cuaca di Frankfurt nih.... nampak kabus sangat tebal di sekitar kota..... selesai solat dan merehatkan diri seketika, saya turun ke ruang makan hotel untuk mendapatkan sarapan pagi secara buffet di hotel nih.... banyak gak makanannya yang boleh dinikmati oleh saya terutamanya buah dan roti termasuklah ikan. Saya tidak tergesa-gesa sangat menikmati hidangan pagi nih kerana memang saya nak bersantai-santai sahaja....

Lepas sarapan tu, saya membeli pas metro untuk satu hari dan menaiki metro untuk ke kediaman Kak Imah. Sebab saya telah meninggalkan barang saya di pejabat Kak Imah tempohari sebelum saya memulakan kembara Eropah kali ini. Memandangkan hari ini hari Ahad maka pejabat Universiti di tutup. Jadi Kak Imah telah membawa ke semua barangan saya tu dari pejabatnya ke kediaman beliau.

Bockenhmeir Warte

Sampai di stesen Bokenheimer, saya menaiki bas pula menuju ker kediaman Kak Imah. Tiba di sana Kak Nawal pun ada sekali sebab dia pun tak balik lagi dan akan berada di Frankfurt sehingga minggu depan katanya. Kami pun mengambil peluang ni untuk berbual-bual. Sambil tu pulak, Kak Nawal sibuk menyediakan hidangan tengahari.

Stesen Metro Bockenhmeir Warte

Di kediaman Kak Imah ni jugalah saya terpaksa mengucapkan ’selamat tinggal’ kasut kembara yang saya gunakan sejak dibeli dari Kingston, London beberapa tahun yang lalu dengan harga 5 Paun. Banyak jasa kasut ni pada saya dalam melalui kembara ke beberapa negara di dunia. Pun begitu, oleh sebab tapaknya sudah semakin ’haus’ kerana bunganya telah semakin menipis maka terpaksalah saya tinggalkan ia di Frankfurt nih. Usai makan tengahari, saya pun meminta diri dari Kak Imah dan Kak Nawal untuk kembali semula ke hotel sambil membawa pulang barangan yang saya tinggalkan pada Kak Imah tempohari. Oleh sebab cuaca sejuk dan hari yang mendung dan caepat gel, maka tidak banyak aktiviti yang saya lakukan melainkan berehat sahaja di kamar hotel. Di sebelah malamnya pula, saya keluar semula ke kedai makan India Muslim yang berhampiran bagi mendapatkan makan malam.....


Kasut kembara yang banyak berjasa, kutinggalkan di Frankfurt...

29.11.10 (Isnin)

Pagi ni, selepas sarapan saya terus mendaftar keluar dan bergerak menuju ke Central Stesen kerana telah berjanji dengan Dr. Rashidi untuk menaiki metro bersama-sama menuju ke lapangan terbang Frankfurt. Dr. Rashidi sebenarnya telah menempah tiket penerbangan pada waktu yang sama dengan saya. Seperti yang dijanjikan, Dr. Rashidi muncul jam 9.00 pagi dan dengan ditemani oleh Kak Nawal kami semua bergerak ke lapangan terbang diiringi salji yang berguguran. Menurut Kak Nawal, salji telah mula turun sejak semalam lagi. Penerbangan yang saya naiki juga tertangguh selama satu jam kerana kapal terbang yang diliputi salji perlu dibersihkan terlebih dahulu agar tidak menganggu penerbangan. Kira-kira jam 2.00 tengahari waktu Frankfurt, baharulah penerbangan bermula dan Frankfurt ditinggalkan dengan kenangan terindah musim salju di Eropah......Semoga jumpa lagi......

No comments: