25.11.10 (Khamis)
REPUBLIC
Jam menunjukkan 6 pagi dah! Saya menemani Kak Nawal untuk daftar keluar dan seterusnya menghantar Kak Nawal ke Termini untuk ambik bas ke Chiampino Airport. Malangnya, hostel YHA di Rome ni tak ada bilik untuk simpan beg, jadi saya terpaksa membatalkan niat untuk meninggalkan beg di sini sebab pakai letak kat lobi tu je... tak yakin la plak. Risau juga nanti balik je ke sini beg dah tak ada. Pekerja kat sini pun rasanya macam susah je nak dipercayai. Orang Itali ni pun cakapnya memang berbelit-belit. Kekadang tu susah gak nak percaya.....
Mmmm.... nak tak nak, saya pun kena usung la juga beg tu walaupun bas saya hanya akan bergerak jam 6 petang nanti. Pagi tu, kami pun terus menaiki bas menuju ke destinasi di Termini. Sampai di situ, Kak Nawal terus mendapatkan shuttle bus yang akan membawanya ke lapangan terbang. Saya pulak terus pergi sarapan di Momento Cafe yang terletak di Termini tu. Oleh sebab masih terlalu awal pagi, jadi saya pun lepak kat café tu sampailah jam 8 pagi sambil menikmati kopi dan roti. Selesai sarapan tu, saya terus menuju ke kaunter simpan barang yang disediakan di Termini tu. Hah... lega rasanya sebab tak perlu menggendong beg dah.... sebab dah disimpan pun... lepas tu saya pergi membeli tiket pengangkutan awam untuk tempoh satu hari. Inilah masanya saya nak memenuhi hajat untuk melawati lokasi-lokasi menarik di Rome nih. Saya pun naik metro dan terus melawat ke lokasi pertama iaitu Republic dan berjalan-jalan seketika menikmati suasana di situ dan bangunan bersejarahnya.
Dari Republik, saya tidak bercadang untuk menaiki pengangkutan awam kerana ingin terus berjalan kaki sekeliling kota Rome. Sehinggalah sampai di Piazza, saya berehat seketika dan sedang saya duduk di bawah pokok, seorang lelaki Bangladesh yang saya perasan telah memerhatikan saya sejak tadi datang menghampiri. Saya sangka dia ingin menjual selendang yang dikendongnya ke sana-sini tu untuk dibeli oleh saya. Sebab lelaki Bangla ni dan kebanyakkan rakannya dari negara yang sama bekerja sebagai penjual kain-kain selendang (secara haram) di sekitar jalan-jalan utama pelancong di kota Rome nih... tetapi tiba-tiba dia menyapa saya dalam bahasa Melayu yang fasih dan bertanya ”En dari Malaysia ke?’ saya pun agak terkejut dan mengangguk ’Ya”!.
Rupa-rupanya dia kata pernah tinggal di Kelang, Selangor selama 10 tahun kerana bekerja di sana dengan sebuah syarikat yang saya lupa namanya. Tapi melalui ceritanya, tu bidang kerja yang pernah dimilikinya di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding yang dilaluinya kini di Rome. Dia bercerita mengenai kegembiraannya tinggal dan bekerja di Malaysia dengan keadaan yang selesa dan pernah memiliki motorsikal di. Dia tidak dapat menyambung kontrak bekerja di Malaysia dan terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki termasuklah motosikalnya yang ditinggalkan di rumah kawan Melayunya yang tinggal di Bagan Datok, Perak. Dari riak wajahnya, warga Bangla ni amat gembira dapat bertemu dan berbual dengan saya dalam Bahasa Melayunya yang agak fasih. Oleh sebab saya tidak ada banyak masa untuk berada di situ dan lokasi utama yang perlu saya lawati masih belum ditemui, maka saya meminta diri dari lelaki tersebut yang tidak sempat saya tanyakan namanaya. Dia juga sempat memberitahu saya bagaimana untuk pergi ke Vatican City yang saya tujui itu. Saya agak sedih juga dengan pertemuan singkat ini kerana di akhir perbualan, saya dapat melihat matanya semakin berkaca dengan genangan air mata yang tidak dapat disembunyikannya.....
Selepas bersalaman, saya terus mengambil bas No 70 seperti yang dicafdangkan oleh lelaki Bangla tadi dan menuju ke Termini semula. Kemudian, dari Termini saya naik metro pulak untuk terus menuju ke Avvianto bagi menikmati hidangan tengahari di restoran Turki yang telah saya kunjungi semalam. Usai makan tu, saya sempat lagi bertanya kepada pekerja Turki tu arah menuju ke Vatican City. Dia kata dekat je, boleh jalan kaki je dari situ. Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke Vatican City yang terletak tidak jauh dari situ, kira-kira 5 minit berjalan kaki je.
Hidangan tengahari di kedai Turki di Avvianto
Sampai di situ, saya melawat muzium Vatican City yang memang dikunjungi oleh ramai pelancong itu. Pintu masuk muzium tu di kawal ketat dan setiap pelancung yang nak masuk ke dalam muzium tu tidak dikenakan bayaran. Tetapi setiap orang perlu di ’scan’ dahulu macam nak masuk dalam kapal terbang tu la.... kalau semuanya ok, baru dibenarkan masuk.....mmmmm... lebih kurang sejam jugak la saya menghabiskan masa di situ sebelum meninggalkannya....
VATICAN CITY
Selesai lawatan tu, saya terus berjalan kaki menuju ke stesen metro di Avvianto un tuk megambil metro dan balik semula ke Termini sebab jam sudah menunjukkan pukul 1.20 pm. Saya lepak jap kat Termini tu untuk mencukupkan waktu yang sengaja saya lewatkan 1 jam sebelum mengambil beg saya semula di tempat penyimbanan barang kat Termini tu. Kira-kira jam 2 pm, barulah saya mengambil semula beg di kaunter simpanan dan membayar sebanyak 4.60 Euro (setiap satu jam lewat selepas tempoh 4 jam pertama akan dikenakan bayaran sebanyak 60 cent).
Dah ambil beg tu, saya berehat dulu dengan duduk di bangku yang tersedia untuk menghilangkan lenguh dan sakit kaki selepas lama berjalan-jalan tadi. Kemudian dalam jam 3 pm, saya bergerak menaiki metro menuju ke Tiburtina di mana terletaknya stesen bas Eurolines. Ada lagi tiga jam untuk bas tiba dan cuaca pun gerimis jadi saya singgah di cafe berdekatan untuk menikmati caffe latte sambil lepak sehingga jam 5 pm baru saya beredar ke stesen bas dan terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk bas. Jam 5.50 pm baru bas sampai dan jam 6pm bas pun mula bergerak meninggalkan Rome menuju ke Nice di selatan Perancis. Oleh sebab penumpang tak ramai maka saya dapat relaks sikit duduk sorang-sorang dalam bas nih.....zzzzzz.......
No comments:
Post a Comment