English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, January 14, 2011

DARI VENICE KE ROME !

23.11.10 (Selasa)
Hari ni seawal jam 5.00 pagi kami sudah bangun untuk mandi sebab kena keluar awal bagi mendapatkan bas jam 8.00 pagi nanti. Selesai berkemas, kami daftar keluar dan terus menuju ke stesen bot yang tiba pada jam 6.15 pagi. Kami menaiki bot tersebut dan menuju ke stesen St. Marta. Setibanya sahaja di situ, kami keluar dari perut bot dan terus naik bas yang telah sedia menunggu untuk ke stesen di Piazalle. Dari stesen Piazalle kami terus menaiki bas yang menuju ke stesen Mestre dan kami tiba di stesen tersebut pada jam 7.00 pagi. Malangnya kaunter Eurolines masih belum dibuka untuk kami membuat pengesahan menaiki bas pada pagi itu. Kami dimaklumkan bahawa kaunter akan dibuka pada jam 10.00 pagi nanti. Kami tidak mempunyai sebarang tiket pengesahan kerana membuat tempahan melalui telefon. Yang kami ada hanyalah nombor rujukan yang diberikan sewaktu membuat panggilan tempahan semalam. Sementara itu, kami masuk ke cafe berdekatan untuk mendapatkan roti dan kopi sebagai alas perut sarapan pagi. Selesai makan kami terus menunggu dan dalam jam 7.40 pagi saya cuba menghubunngi melalui telefon petugas yang saya membuat tempahan semalam. Malangnya tiada jawaban kerana pejabat masih belum dibuka. Sehingga sampai jam 8.10 pagi tetapi bas Eurolines yang ditempah semalam tak juga sampai. ’Mungkin lewat sikit agaknya’.... kata saya menenangkan hati....kami terus menunggu sehinggalah sampai jam 9am tapi tak datang gak.

Di stesen keretapi Mestre, Venice sementara menunggu keretapi tiba untuk ke Rome

Dah jam 9.00 pagi nih.... saya pun menelefon semula pejabat Eurolines dan ada pegawai yang mengangkat telefon. Saya berasa lega seketika.... malangnya jawapan yang saya terima amat menghampakan kerana pegawai tu kata bas dah tiba jam 8.10am tapi di stesen Piazalle, bukannya di stesen Mestre tempat kami menunggu tu.... patut la..... Melepas dah.... Mijie ni dah book flight dari Rome ke Paris, jadi tak mau buang masa, kami mengambil keputusan untuk membeli tiket train ke Rome dengan harga harga 45 Euro seorang (mmmm.... bertambah sikit la bajet plakk...). Kami dimaklumkan train akan tiba pada jam 1.20pm. sementara menunggu waktu itu, kami lepak dulu sambil makan tengahari di restoran MC Donalds yang terdapat di stesen tu. Masa menunggu ni la boleh borak-borak bagi menghilangkan kebosanan menunggu. Walaupun bagi saya, kalau dah memang dalam kembara macam nih... tak ada istilahnya bosan. Kerana setiap perkara yang dilalui itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahkan ia merupakan suatu proses pembelajaran tidak rasmi yang sangat berharga. Semua yang dilalui tu samada secara relatifnya positi atau negatif, memang menyeronokkan. Kalau tak kembara macam ni... mana nak dapat semua pengalaman-pengalaman tu!!! Ok lah! Jam dah 1.20pm, jadi train pun tiba dan kami masuk ke dalam gerabak dan train pun bergerak dari Venice menuju ke Rome. Nak jadikan cerita, dalam train tu tak de la plak nombor tempat duduk seperti yang tercatat pada tiket tuh. Cam ne nih....??? Tanya kat konduktor train tu, dia kata duduk je kat mana-mana. Maka merempat la kami dalam koc tu berubah-ubah tempat apabila ada penumpang lain yang mempunyai nombor tempat yang kami duduk tuh.... Nasib baik orang tak ramai, jadi dapat la duduk kat mana-mana.....namanya pun dalam keretapi, bukannya boleh duduk setempat lama-lama sangat. Kaki tu gatal je nak jalan-jalan dari gerabak ke gerabak. Janji ada tempat letak beg sudahhh.....

Walau bagaimanapun, sememangnya perjalanan menaiki keretapi ni jauh lebih selesa berbanding menaiki bas. Pemandangan yang dilalui juga cantik dan amat memukau. Kalau letih duduk, boleh berjalan-jalan dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Kalau nak mengunyah makanan boleh beli je kat penjual yang sentiasa mundar mandir dalam koc tu.... mmmmm ok gak...masa ni la saya dapat menyemak semula buku panduan kembara Lonley Planet yang saya bawa tuh dengan lebih selesa. Nak semak balik, kat mana lokasi sebenarnya hostel YHA yang akan kami bermalam nanti. Kemudian tengok-tengok la kat mana Vatican City yang saya nak kunjungi sangat tu, termasuklah Colesuem yang terkenal tuh...mmmmm. Akhirnya...jam 7.24pm kami pun sampai di stesen Roma Termini, Rome. Tiba di situ, kami terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan lokasi hostel YHA di Rome ni kat mana dan cara nak pergi macamana? Setelah memaklumi penerangan yang diberikan, kami pun menaiki metro di ’Line A’ menuju ke Avvianto. Bila tiba di stesen Avvianto kami perlu naik bas No. 32 plak yang menghala ke Stadium Rome. Jalan di sini jam la plak sebab ada perlawanan bolasepak di antara Rome melawan Barcelona. Dah tiba tu, kami turun betul-betul kat stadium. Habis tuh, jenuh plak la keliling sana sini nak cari hostel YHA dan akhirnya jumpa lah juga... setibanya di situ, kami mendaftar masuk dan saya dan Kak Nawal mendaftar untuk tempoh 2 malam manakala Mijie plak satu malam je di sini.....dah masuk bilik tu terus je la tidur, sebab letih sangat......

Hard Rock Cafe, Rome

24.11.10. (Rabu)
Lepas sarapan kira-kira jam 8am kami keluar berjalan kaki ke stesen metro terdekat untuk membeli tiket 1 hari di sana kerana tiket tidak dijual di tempat lain. Dari situ, kami menuju ke Hard Rock Cafe. Selesai membeli apa yang paut, kami terus menuju ke Coleseum yang terkenal itu. Dari situ, kami terpaksa balik semula ke hostel YHA untuk mengamil barang Mijie sebab dia akan daftar keluar hari ini. Setelah urusan selesai, kami terus menuju ke Termini untuk menghantar Mijie yang akan menaiki keretapi ke Lapangan Terbang Chiampino, untuk terbang ke Paris sebelum berlepas ke KLIA dari Lapangan Terbang Charles de Gulle, Paris. Selepas Mijie naik keretapi, Kak Nawal terus ke kaunter tiket Ryanair pula untuk membeli tiket flight ke Frankfurt pada esok hari. Setelah urusan Kak Nawal selesai, saya pulak mengajak dia untuk menemani saya menempah tempat duduk bas Eurolines yang terletak di Biturtina. Sesampainya di stesen Biturtina saya terus menempah tempat duduk untuk ke Frankfurt. Malangnya tiada perkhidmatan Eurolines dari Rome terus ke Frankfurt. Saya bertanyakan pula perkhidmatan terus dari Rome ke Geneva, malangnya pun tiada. Mmmm... macamana nih...!!! Kemudian saya bertanyakan jadual perkhidmatan Eurolines dan dari senarai yang diberi tu kota yang terdekat dengan Frankfurt yang ditujui oleh Eurolines ialah Paris.

Coleseum

Tapi saya dah ke Paris dah hari tu... tak nak ke situ lagi...mmmm. kemudian dalam jadual perjalanan Eurolines tu ada tercatat ’Rome ke Nice’. Wah!!! Menarik gak nih!!! Lagi pun saya memang dah berangan lama dah nak ke Nice nih... sebab orang kata bandar kecil selatan Perancis ni cantik......saya pun terus menempah tempat duduk untuk ke Nice yang terletak di Selatan Perancis itu pada esok hari jam 6pm. Selesai urusan di situ, kami kembali semula ke Termini dan terus balik ke YHA sebab hari dah gelap. Sampai di YHA membersihkan diri sambil berehat dan melayari internet sebelum masuk tidur........



No comments: