26.11.10 (Jumaat)
Jam 3.30 subuh bas yang saya naiki pun tiba di Nice, Perancis. Hanya dua orang penumpang sahaja yang turun di sini, saya dan seorang lagi adalah penduduk sini. Selepas menurunkan penumpang, bas pun bergerak menuju ke destinasi terakhir seterusnya. Tidak ada orang pun subuh-subuh begini. Penumpang yang turun bersama dengan saya tadi dijemput oleh kenalannya. Maka tinggallah saya sorang-sorang kat stesen bas tu. Gelap, sunyi, tak cukup tidur, sejuk semuanya cukup membuatkan kesabaran saya tercabar.
Sedang saya mundar mandir di situ, kedengaran suara budak-budak remaja bising mungkin baru balik dari clubbing agaknya. Risau juga saya dibuanya.....maklumlah..... tempat orang ni....kita tak tahu adatnya... Ada la pulak satu mamat ni yang aksinya agak mencurigakan. Untuk menghindari situasi yang tidak diingini, saya pun bergerak ke muka depan jalan yang terdapat tram rosak diatas landasannya. Kebetulan pulak ada polis dan pekerja di situ jadi saya pun menghampiri ke arah itu dan berasa selamat sikit. Saya berdiri di situ dalam kesejukan subuh di musim dingin Perancis sehinggalah semua kerja-kerja pembaikan tram itu selesai.
Pun begitu, jam baru menunjukikan pukul 5 subuh dan masih gelap lagi. Kemudian saya ternampak sebuah cafe yang sudah dibuka lalu pergi menjuju ke situ. Cadangnya nak duduk dalam ruang yang ada heater la bagi memanaskan badan. Malangnya, saya dimaklumkan oleh petugas yang sibuk menyusun bangku dan meja di situ bahawa operasi cafe masih belum bermula. Tak dapat la nak memanaskan badan nampaknya.... kemudian saya tengok ke arah terminal bas tadi dah terang dah.... dan ada beberapa bas sedang berhenti serta beberapa orang sudah berada di sana. Saya pun begerak ke sana semula untuk merehatkan kaki yang letih kerana berdiri dan bahu yang lenguh menyandang beg.
Malangnya, sampai di situ, bangku yang disediakan semuanya diperbuat daripada besi. Tak jadi la saya nak duduk sebab sejuk punggung. Letak beg dan berdiri je la. Bosan berdiri kat situ, saya beralih tempat lalu ternampak sebuah cafe lain yang sudah beroperasi. Tanpa berlengah, saya terus menuju ke situ dan Alhamdulillah dan memesan sarapan pagi di cafe tu... lega... udai sarapan, saya bertanyakan lokasi hostel YHA kepada pembantu cafe tu dan macamana nak naik tram untuk ke sana. Kat Perancis ni orangnya peramah sikit tak masam di Itali jadi mudah la nak bertanya walaupun menggunakan bahasa Perancis yang berterabur. Setelah maklum penerangan yang diberi, saya mohon diri dan sambil mengucapkan terima kasih.
Sebelum mendapatkan tram, lebih kurang dalam jam 6.30 pagi saya terus menuju ke kaunter Eurolines di dalam terminal bas yang masih belum beroperasi. Mengikut notis yang tertera di cermin kaunter menyatakan bahawa ia hanya akan mula beroperasi pada jam 9,00 pagi. Saya pun mengambil flyer yang terdapat di hadapan kaunter tu dan mendapati tiada perkhidmatan Eurolines dari Nice ke Frankfurt. Alamak... cam ne nih... Saya pun cuba bertenangn lalu mengambil keputusan untuk mencari hostel YHA terlebih dahulu. Dari terminal bas tu saya menuju ke perhentian tram yang terdekat untuk mengambil tram. Masalahnya pulak tiket perlu dibeli melalui mesin yang terdapat di perhentian tu.
Tapi nak beli macamana eekkk... semuanya gunakan bahasa Perancis nih... Nasib baik la ada penumpang lain yang menunggu di situ. Saya pun bertanyakan la cara untuk membeli tiket tram tu dan memberitahu arah tujuan saya. Pemuda tu pn membantu saya menggunakan mesin tu dan bila tram sampai, kami sama-sama naik. Kebetulan pulak, pemuda tu bekerja di lokasi yang berdekatan je dengan hostel YHA tu. Jadi kami pun turun diperhentian yang sama. Pemuda tu pun menunjukkan lokasi YHA yang terletak di sebelah belakang pusat membeli-belan Nicetoile yang terkenal di sini.
Setibanya sahaja di hostel YHA saya terus mendaftar masuk tetapi masih tak boleh masuk bilik lagi kerana bilik hanya boleh dimasuki pada jam 3 pm nanti. Lama lagi tuh.....sekarang baru jma 6.40 pagi. Tapi tak kisahlah sebab saya dibenarkan untuk berehat sambil menikmati sarapan percuma... mmm ini yang bestnya di Perancis nih....tak kedekut.... baru je daftar masuk dah boleh dapatkan sarapan percuma........lepas sarapan dan membersihkan diri lebih kurang di bilik air yang terdapat di bahagian dapur hostel tu, saya terus menyimpan beg di bilik simpanan yang disediakan.
Pemandangan Nice dari Tanah Tinggi
Kemudian saya bertanyakan kepada petugas di situ lokasi stesen keretapi yang terdekat di sini. Saya diberitahu bahawa hanya perlu berjalan kaki untuk ke stesen keretapi tu. Saya terus mengatur langkah ke sana mengikut panduan yang diberikan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan tiket keretapi ke Frankfurt pada esok hari. Malang lagi sekali kerana tiada juga perkhidmatan keretapi dari Nice menuju ke Frankfurt dari sini. Mmmm...... Untuk tidak membuang masa, saya mengambil bas di perhentian yang terletak berhadapan stesen keretapi tu untuk terus membawa saya ke Lapangan terbang dengan kadar tambang sebanyak 4 Euro untuk pas satu hari. Perkhidmatan pesawat terbang ni adalah alternatif terakhir saya untuk keluar dari Nice ni.... harap-harapnya adalah.....
Pemandangan Nice dari Tanah Tinggi
Alhamdulillah.....akhirnya hanya Luthfansa sahaja telah membantu saya dengan menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Nice ke Frankfurt. Tanpa berlengah, saya terus menempah tiket penerbangan ’return ticket’ kerana itulah yang termurah berbanding penerbangan sehala yang meletakkan kadar sebanyak 155 Euro. Penerbangan akan berlepas pada jam 3.00 petang esok. Ok la tu... pas tu saya naik bas semula dan di petengahan jalan persisiran pantai tu saya berhenti diperhentian bas yang pertama dari lapangan terbang nih. Dari situ saya terus bersiar-siar dengan berjalan kaki di sepanjang pantai menikmati hari yang indah itu sampai naik ke bukit berhampiran untuk melihat keindahan pemandangn kota Nice dari tanah tinggi. Memang indah dan cantik pemandangan kota kecil di tepian laut ni...
NICE DI WAKTU SENJA
Bila dah terasa letih, saya terus menuju ke perhentian tram terdekat dan naik tram menuju ke perhentian di stesen keretapi kerana kat situ tadi saya ternampak kedai makan Turki untuk saya mendapatkan makan tengahari di kedai Turki tu. Selesai makan tu, saya terus berjalan kaki balik ke hostel YHA untuk masuk ke bilik pada jam 3 petang. Saya masuk ke bilik untuk mandi, solat, lepak-lepak kejap dan lepas tu terus turun semula dan berjalan kaki ke pantai untuk menikmati matahari terbenam.
Tetapi petang ni agak mendung sikit jadi matahari dah tak berapa nampak dah. Jadi waktu terbenamnya tak ketara sangat di sini. Pas tu saya bercadang untuk balik semula ke hostel sebab hari dah semakin gelap. Di perjalanan baliknya tu saya singgah di supermarket untuk membeli makan malam. Sampai di hostel saya terus menuju ke dapur untuk menggunakan pnggan manggkuk bagi menikmati makan malam. Sewaktu menikmati hidangan malam tu, saya sempat berbual-bual dengan makcik dari Paris tu, yang mengginap di YHA ni jugak sebab menziarahi adiknya yang sakit di sini......lepas tu saya meminta diri untuk masuk ke bilik dan tidur......
PORT INFERNET
No comments:
Post a Comment