Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, June 22, 2009
Kashgar
Jam 12.00 pm, bas bertolak ke Kasghar yang mengambil masa selama lapan jam perjalanan dengan tempat duduk kerusi biasa. Oleh sebab siangnya panjang, maka bila tiba di Kasghar jam 7.00 pm tu cuaca masih terang lagi. Pada awalnya saya telah menghubungi cawangan hostel Maitain di Kashgar untuk dijemput dari stesen bas. Semasa di hostel Maitain Urumqi, penyambut tetamunya yang bernama Ann memberitahu bahawa perkhidmatan ‘pick-up’ disediakan di hostel Maitain Kashgar. Tetapi setelah dihubungi, penyambut tetamu di hostel Maitain Kashgar memaklumkan bahawa polisi kerajaan China tidak membenarkan hostel budget menerima tetamu asing. Saya agak hairan juga kerana semasa di Urumqi tidak pun dimaklumkan mengenai hal ini…. Pelik gakk… Tapi kalau beradai di China ni tak ada apa yang pelaiknya kerana 'apa-apa pun boleh berlaku'... so kena sentiasa ada plan B, C, D... dan dan siap dengan 'improvisasi'! Kerana hari dah hampir gelap, saya terus mengambil teksi menuju ke tempat penginapan lain yang bukan bertaraf ‘budget hotel’ iaitu Seman Hotel dengan kadar tambang 5 Yuan [lebih kurang RM2.70 la]. Tambang pengangkutan wwam di China ni secara relatifnya adalah murah dan pemandu teksi sentiasa menggunakan meter. Walau bagaimanapun, bila dah daftar masuk, saya diberitahu bahawa penginapan hanya boleh satu malam sahaja dan besok perlu daftar keluar. Hal ini kerana hotel tersebut telah ditempah untuk para pelajar yang akan mengambil peperiksaan bagi melayakkan mereka memasuki universiti di China. Satu malam pun satu malam lahhh…. Esok fikir lain plak…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment