English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 22, 2009

Karakul Lake



Lokasi pertama yang disinggahi dalam perjalanan ini adalah Karakul Lake yang terkenal itu. Tasik ini diapit oleh dua gunung utama iaitu 'Gunung Kongur' [berketinggian 7719 meter] dan 'Gunung Muztagh Ata' [berketinggian 7546 meter] yang puncaknya dilitupi salji nan memutih. Cuacanya sejuk walaupun sekarang musim panas kerana lokasinya yang terletak di kawasan tanah tinggi.



Sekiranya cuaca amat baik maka permukaan tasik ini menjadi cermin bagi memberikan refleksi kedua-dua gunung yang mengapitnya itu. Saya singgah masuk ke dalam ‘yurd’ iaitu rumah yang didiami oleh etnik Uighur yang beragama Islam dan dihidangkan dengan minuman susu yak [Sejenis haiwan macam lembu tetapi berbulu lebat] dan teh Cina serta roti. Kehidupan masyarakat yang tinggal di sini sangat sederhana, hanya ala kadar cukup untuk 'makan dan pakai' sahaja. Kediaman mereka adalah seluas 'yurd' yang dapat dilihat dalam gambar itu sahaja dengan keperluan material yang sangat sederhana.



Kalau mengikut perancangan awalnya kami akan bermalam di sini dan tidur di dalam 'yurd' bersama-sama dengan penghuni di sini kerana sebelah petangnya dapat menikmati keindahan matahari terbenam dan di sebelah paginya menikmati keindahan matahari terbit.



Tetapi kerana hari siang masih lagi panjang dan tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sementara menunggu waktu itu, maka kami semua sepakat untuk meneruskan perjalanan dan akan bermalan di Tashkurgan sahaja. Setelah berehat selama hampir satu jam, perjalanan diteruskan menuju ke Tashkurgan.

No comments: