English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, June 17, 2009

CHINA...



Alhamdulillah...kembara di China berlangsung dengan pengalaman indah dan manis. Walaupun wabak 'Influenza A H1N1' merupakan fenomena global yang sedang menjadi isu hangat namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kembara 'Laluan Sutera 1' saya. Entry berikutnya adalah pengalam semasa kembara tersebut...



BEIJING [30.6.09 – 31.6.09]
6.20 am sampai di Capital International Airport Beijing [waktu Beijing sama dengan waktu Malaysia]. Cuaca di China sekarang sudah masuk musim panas jadi siangnya lebih panjang. Di Beijing waktu subuh masuk jam 3.30 pagi dan waktu maghribnya macam di Malaysia juga lebih kurang jam 7.30 malam. Iklimnya adalah panas kering dan Beijing ni pula terletak jauh dari lautan. Pun begitu, anginnya sejuk dan tidak melekit jadi tak la berpeluh macam di Malaysia. Keluasan Beijing ni lebih kurang 850 kilometer persegii dengan jumlah penduduknya mencecah 18 juta orang. Memang besar dan padat kota Beijing ni.



Tiba di lapangan terbang, Musa [nama Cinanya Ruang Ming] pelajar jurusan Bahasa Melayu di BFSU sudah sedia menanti. Terus dibawa ke BFSU bersama peserta seminar yang lain terus ke BFSU untuk pendaftaran seminar dengan kadar bayaran yuran pendaftaran beserta pakej penginapan sebanyak USD 340. Sempat bertemu dengan Prof. Awang Sariyan iaitu pemengang Kursi Bahasa Melayu di BFSU yang berusaha menganjurkan seminar antarabangsa sempena 35 tahun hubungan Malaysia dan China ini.



Selepas pendaftaran bertolak ke sebuah restoran Muslim untuk makan tengah hari dan lepas makan terud di bawa ke Xiang D International Hotel untuk daftar-masuk penginapan di sini. Saya tinggal sekamar dengan En. Farid dari UKM. Selepas mandi dan berehat seketika dalam jam 4.00 pm semua peserta dibawa ke Beijing Theater untuk menonton persembahan akrobatik Cina yang persembahannya bermula pada jam 5.00 petang tetapi dilewqatkan sehingga ke 6.00 petang. Lepas habis show terus dibawa makan malam di sebuah restoran muslim dan balik ke hotel sekotar jam 9.00 pm.

No comments: