Pemandangan dari tingkap kamar Hotel di waktu pagi
31.5.2014 (Sabtu), Usai solat subuh saya bersasa sedikti segar setelah dapat tidur agak lena malam tadi. Apabila hari telah semakin cerah, saya mengambil kamera untuk merakamkan pemandangan pagi pertama di Athens. Saya bersiap-siap untuk turun sarapan pada jam 7.00 pagi dengan memakai pakaian yang sama kerana beg pakaian saya tiada. Saya ingin mengetahuinya pagi ini lalu keluar bilik menuju ke lift dan terus turun ke lobi. Sesampainya sahaja di lobi saya dapati tiga bagasi telah diatur dengan elok di hadapan kaunter penyambut tetamu. Saya terus bertanyakan Aris yang masih lagi dalam syif tugasnya pada pagi itu berkenaan beg tersebut. Aris menyatakan bahawa beg tersebut telah tiba pada malam tadi dari lapangan terbang. Saya memang mengenali ketiga-tiga beg itu dan terus mengabil beg saya sambil mengucapkan terima kasih kepada Aris.
Saya memasuki lif dan membawa beg saya ke kamar dan setibanya di kamar saya langsung menghubungi kedua-dua rakan bahawa beg telah tersedia di kaunter lobi. Kemudian saya membuka beg saya dan dapatlah saya menukar pakain yang baharu pada pagi itu. Alhamdulillahhh..... Usai menukar pakaian, saya langsung sahaja turun semula ke lobi untuk mendapatkan sarapan pagi di café yang letaknya bersebelahan dengan kaunter lobi.
Di lobi hotel
Pagi pertama di bumi Athens amat menyenangkan sambil menikmati sarapan menu Greece yang enak itu. Pagi ni saya menikmati minuman jus, kopi, roti, sayuran, telur, susu, biji-bijian dan ikan yang disedikan sebagai menu yang halal untuk saya makan. Selain menyihatkan, menu tersebut juga sangat enak dan citarasa Greece nampakanya kena dengan selera saya. Kopi yang disediakan juga menepati selera dan citarasa saya. Sambil menunggu rakan-rakan lain turut serta menikmati hidangan, saya terlebih dahulu menikmatinya dengan santai sahja. lagi pun aktiviti hari ini hanyalah untuk melawat-lawat sahaja....
Taman bersebelahan hotel Alexandros dalam perjalanan menuju ke stesen metro
Selesai menikmati hidangan pagi itu, saya pergi ke kaunter penerimaan untuk mendapatkan peta Athens bagi memudahkan saya merancang lokasi yang ingin dituju. Hari ni saya bercadang untuk mencari lokasi konferen yang akan bermula esoh hari. Jadi, saya pertanyakan kepada penyambut tetamu tentang lokasi hotel Tatiana di mana konferen akan berlangsung. Setelah mengenalpasti lokasi dan cara untuk pergi ke sana, saya terus meninggalkan hotel menuju ke stesen metro. Pada awalnya saya telah menuju ke arah yang bertentangan. Hal ini disedari apabila saya merasakan bahawa jarak dan jangkamasa yang diberitahu oleh penyambut tetamu hotel tadi telah melebihi. Saya pun bertanyakan beberapa orang yang berbual-bual di taman berdekatan jalan yang saya lalui tentang lokasi stesen metro Megaro Moussikis. Seorang daripadanya memberitahu bahawa saya telah mengambil jalan yang bertentangan dan memaklumkan agar saya berpatah balik. Saya pun akur dengan keterangan itu dan mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Stesen Megaro Moussikis ini merupakan yang paling hampir dengan hotel saya menginap. Perjalanan menuju ke sini dari hotel mengambil masa kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki. Kedutaaan Amerika juga terletak bersebelahan dengan stesen metro Megaro Moussikis.
Setibanya di steten metro itu, saya membeli tiket melalui mesin yang tersedia di situ dan menekan butang untuk belian tiket secara pakej bagi tempoh seminggu yang hanya berjumlah 14 Euro. Tiket ini boleh digunakan selam 24 jam sehari dan mode kenderaan yang boleh dinaiki selain daripada metro adalah bas dan tram.
Stesen metro
Bila dah dapat tiket tu, saya pun turun ke dalam tanah lagi untuk mendapatkan line metro no. 3 berwarna biru yang menuju ke Sytgma Square. Kerana untuk pergi ke Titania hotel dari stesen Megaro Moussikis saya perlu singgah di sini dan mengambil metro lain yang menuju ke sana. Saya dimaklumkan oleh, penyambut tetamu hotel tadi bahawa sekiranya tidak mahu menggunakan metro, saya boleh turun di stesen ini dan berjalan kaki menuju ke hotel tersebut. Jarak berjalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minti sahaja.
Tangga masuk ke dalam stesen di bawah tanah
Oleh sebab saya sudah mengenalpasit lokasi hotel tersebut, maka pagi ini saya tidak terus pergi ke hotel itu. Saya bercadang untuk pergi ke sana pada sebelah petang. Sebab pagi ni saya mempunyai rancangan yang lain, iaitu melawat ke Akropolis yang terkenal itu. Jadi, setelah tiba di stesen Sytgma Square, saya turun di situ dan mengambil metro line no. 2 berwarna merah yang akan membawa saya ke Akropolis.
Menanti metro tiba
Tiba di Stesen Metro Akropoli
Di luar Muzium Akropolis yang terkenal itu
Perjalanan memasuki muzium Akropolis
Menuju pintu muzium Akropolis
Di dalam lokasi muzium Akropolis berlatarbelakankan Theatre of Dionysus yang terkenal itu
Di dalam lokasi muzium Akropolis berlatarbelakankan Theatre of Dionysus yang terkenal itu
Theatre of Dionysus
Theatre of Dionysus
Theatre of Dionysus
Theatre of Dionysus
Dipertengahan jalan menuju ke puncak Akropolis
Dipertengahan jalan menuju ke puncak Akropolis
Menuju ke puncak Akropolis
Menuju ke puncak Akropolis
Coleseum Tinggalan Empayar Rome dari puncak Akropolis
Berlatar belakangkan Theatre of Dionysus dari puncak Akropolis
Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis
Di puncak Akropolis
Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis
Di puncak Akropolis
Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis
The Erechtheion
The Erechtheion
Menuruni Akropolis melalui sisi Parthenon
Menuruni tangga ke kaki bukit meninggalkan puncak Akropolis
Itulah dia pengalaman saya melawat ke muzium Akropolis ini dengan kadar bayaran sebanyak 12 Euro untuk masuk ke muzium tu. Tempat-tempat atau monument yang saya lawati adalah Temple of Dynosia, Theatron, Pathenon dan The Erechteion. Hhhmmmm... sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana sensasi pengalaman yang saya lalui sewaktu melawat ke sini......
Usai lawatan dalam muzium tu, kaki pun dah terasa letih dan sakit-sakit sebab berjalan terlalu lama menaiki dan menuruni bukit Akropolis dalam cuaca yang relative panas itu..... saya singgah di warung penjual kekacang dan membeli sedikit untuk dikunyah..... pak cik 2 orang dalam gambar di bawah tu adalah penjual kacang yang berperisa manis dan ada juga yang masin.
Singgah membeli kekacang di luar Muzium
Bahagian belakang panggung Colesuem peninggalan Empayar Rome di Athens yang sedang direnovasi
Tiba di luar museum berlatarbelakangkan barisan cafe
Singgah sebentar di café untk menikmati ais krim kerana cuaca yang panas
Dalam perjalanan pulang itu, saya sempat singgah di café yang menjual ais krim sebab cuaca panas kering ni teringin pulak untuk membasahkan tekak dengan ais krim. Setelah menikmati aiskrim tu, masuk pulak ke dalam kedai cenderahati untuk melihat-lihat apa yang boleh dijadikan cenderahati.....
Usai di situ, saya meneruskan perjalanan menuju ke stesen metro untuk ke destinasi berikutnya iaitu Flea Market yang terkenal itu. Tiada apa-apa yang dibeli di Flea Market ni, hanya berjalan-jalan dan melihat-lihat sahaja kerana belum ada keinginan untuk membeli-belah lagi. Pelbagai barangan yang dijual di sini yang beraneka ragam. Namun sebelum pulang, saya sempat membeli buah strawberry yang relative murah itu untuk dijamah. Walau pun tiada apa-apa yang debeli, namun agak lama juga saya berada di situ sehingga jam menunjukkan jam 6 petang. Baharulah saya mengambil metro semula untuk pulang ke hotel.
Singgah di Flea Market dalam perjalanan pulang ke hotel
Shopping jap di Flea Market
Buah-buahan murah di Flea Market
Cenderahati di Flea Market
Buah-buahan murah di Flea Market
Cenderahati di Flea Market (Topi Trojen)
Dataran di Flea Market
Di hadapan stesen metro di Flea Market
Tiba di hotel Alexandros
Setibanya di hotel saya merehatkan diri bagi menghilangkan lelah berjalan seharian sambil membersihkan diri dan menunaikan solat. Oleh sebab urusan hari ini masih belum selesai lagi maka pada jam 8 malam saya turun ke lobi dan bersama dengan rakan-rakan memulakan langkah menuju ke stesen metro semula. Sebabnya, kami perlu memastikan lokasi sebenar hotel Titania, iaitu tempat untk berseminar yang akan bermula pada esok pagi.
Hotel Titania, tempat konferen berlangsung
Setibanya di stesen Sytgma, kami tidak berjalan kaki ke sana kerana hari sudah agak gelap, risau takut sesat pulak. Jadi kami menaiki metro sahaja untuk ke sana. Tak la jauh sangat dalam kira-kira 5 minit naik metro dah sampai. Keluar dari stesen metro, kami perlu berjalan kaki sikit kira-kira dalam 3 minit untuk tiba di hotel tersebut. Setibanya di sana, saya bertanyakan penyambut tetamu di situ bagi memastikan bahawa kami telah berada di lokasi sebenar konferen esok. Setelah pasti, kami mengucapkan terima kasih. Tapi sebelum beredar kami sempat bertanyakan lokasi Hard Rock Café di Athens ni kepada penyambut tetamu tersebut. Katanya tak jauh lokasinya dan boleh berjalan kaki sahaja. Merujuk kepada peta yang diberikannya, lokasi itu tidak jauh dari Sytgma Square. Jadi, kami pun bejalan kaki menuju ke sana seperti yang dicadangkan.
Bangunan Parlimen, Athens, Greece di waktu malam
Lama berjalan akhirnya kami tiba di Sytgma Square namun gagal menemui lokasi yang dimaksudkan. Oleh sebab hari sudah agak glap maka kami memutuskan untuk mencarinya pada esok hari di waktu siang. Perut pun dah mula keroncong dan kebetulan di Sytgma Square terdapan restoran McDonald maka kami pun singgah di situ untuk mendapatkan makan malam, iaitu finsh & chip. Usai makan, kami mengambil metro semula untuk pulang ke hotel dan beradu.......Sebelum tu sempatlah mengambil gambar bangunan parlimen Athens pada waktu malam.....
No comments:
Post a Comment