English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 7, 2014

GREECE HARI KETIGA

Pose bersama Prof. Solehah Ishak di Ruang legar bilik konferen
 
Jam 7 pagi saya mula mendapatkan sarapan di cafe hotel sehinggalah jam 8 pagi baharulah kami memulakan perjalanan menuju ke Titania hotel semula untuk menghadiri konferen. Pagi ini adalah giliran kami pula untuk membentangkan kertaskerja. Sesi kami bermula pada jam 11 pagi hinggalah jam 1 tengahari. 
Sedang membentangkan kertaskerja

Kami beertiga berada dalam sesi yang sama dan membentangkan kertaskerja lepas seorang demi seorang. Usai pembentangan, kami mendapat respon yang baik dari para peserta memandangkan kertaskerja kami adalah lain daripada yang lain. Seorang pembentang dari Jerma menghampiri saya seusai pembentangan dan menyatkan bahawa perbicaraan korpus adalah menarik kerana kami tidak berbicara tentang seni persembahan Barat sebaliknya seni persembahan tradisional Asia Tenggara khasnya Malaysia. Dia kata dan bosan dengar tentang seni persembahan Barat je, tapi kami punya lain sangat sebab tajuknya juga tentang Ritual performance as a healing process.....Ye la, daripada berates peserta yang membentangkan kertaskerja hanya kami tiga orang sahaja pembentang dari Malaysia. Selebihnya adalah dari US, Canada dan Negara-Negara Barat yang lain. Hanya seorang dari Indonesia dan seorang dari India. Jadi, sudah pastilah pembentangan kami menjadi perhatian....

Sedang membentangkan kertaskerja

Satu hal lagi, majoriti bahkan 90 peratus daripada pembentang dan peserta tersebut tidak pernah sampai ke bumi Asia Tenggara. Apatah lagi ke Malaysia mahupun Indonesia. Jadi, ini merupakan pengalaman yang baharu bagi mereka. Bagi meneruskan perbualan, kami menyambung lagi sewaktu menikmati makan tengahari yang tersedia seusai sahaja pembentangan kami yang berakhir pada jam 1 tengahari itu. Pembentangan disambung semula selepas makan tengahari sehinggalah jam 5 petang.


Di hadapan lobi Titania hotel

Di hadapan lobi Titania hotel

Di hadapan lobi Titania hotel

National Library, Athens

Academy of Athens

Academy of Athens

National Library, Athens

National Library, Athens

University of Athens

University of Athens

Stesen metro Panepistimio, untuk ke hotel Titania
 
 
Academy of Athens

Academy of Athens

Sewaktu perjalanan pulang ke hotel, kami berjalan kaki sepanjang jalan menuju ke stesen metro yang melalui beberapa monument penting, iaitu National Library, Athens, Academy of Athens dan University of Athens. Tiba di hotel, tidak lama saya merehatkan diri kerana ingin memenuhi masa dan ruang yang ada untuk brsiar-siar lagi di kota Athens ini. Jadi, lebih kurang jam 5.30pm saya keluar semula menuju ke metro yang akan membawa saya ke Sytgma Square. Tiba sahaja di situ saya terus meluru ke bangunan parlimen kerana hari ni saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan upaca pertukaran syift pengawal perlimen.

Parlimen Athens

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Upacara pertukaran syift pengawal parlimen Athens ini dilakukan dalam bentuk gerakan danformasi yang menarik. Ia juga merupakan sebahagian daripada tarikan pelancong di kota ini. Hal ini lebih kurang sama macam situasi pengawal di istana Buckingham London, la..... Apabila selesai melakukan upacara pertukaran yang berlangsung kira-kira 15 minit itu, para pelancong dibenarkan untuk mengambil gambar dengan pengawal yang sentiasa berdiri tegak itu. Apa lagi, saya pun tidak mahu melepaskan peluang itu, terus sahaja berdiri di sebelah pengawal untuk merakamkan pemandangan yang menarik itu.....

Bersama pengawal parlimen setelah melakukan upacara pertukaran syift

Selesai di situ, saya meneruskan perjalanan menuju ke Plaka untuk melihat-lihat sahaja dan apabila hari sudah semakin gelap saya saya memutuskan untuk singgah makan malm di sebuah café yang namanya Tepina. Kebetulan pulak salah seorang pramusaji café Tepina tu adalah Muslim, jadi memudahkan saya untuk membuat pesanan dan dia pun turut memberi cadangan tentang status halal hidangan yang disediakan. Bila hidangan dah sampai saya pun menjamahnya dengan berselera sekali keran rasanya juga relative enak. Suasana malam di kota Athens sambil menikmati makanan yang enak itu amat menyenangkan sekali.... Alhamdulillah....

Makan malam

Plaka

Selesai menikmati hidangan malam itu, saya pun beredar meninggalkan Plaka untuk pulang semula ke hotel. Dari Plaka saya berjalan kaki ke stesen metro Sytgma untuk pulang sambil singgah sebentar di lokasi-lokasi menarik sepanjang perjalanan itu sambil merakamkan foto......

Gereja lama di Plaka

Suasana malam di kota Athens ini memeang tenteram dan menyenangkan serta selamat. Polis juga kelihatan di sekitar lokasi tumpuan pelancong walaupun tiada apa-apa perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Puas berjalan seharian itu, akhirnya saya pun tiba di hotel dan terus merehatkan diri......

No comments: