English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 6, 2014

HARI KEDUA DI ATHENS

Ruang legar dewan konferen, Titania Hotel, Athens

Jam 7 pag ini seperti biasa saya akan turun ke café untuk mendapatkan sarapan pagi. Rakan lain masih belum turun lagi, tapi tak apalah saya tunggu di café je. Waktu konferen akan bermula pada jam 8.30 pagi jadi makan pagi ni kena cepat sikit..... dalam 15 minit kemudian rakan lain pun turut menyertai saya sarapan sehinggalah jam 8.15 pagi lebih kurang, baharulah kami memulakan perjalan ke konferen. Seperti juga semalam, kami menuju ke lokasi konferen dengan cara yang sama, iaitu dengan menaiki metro sebab mas pun dah agak suntuk nih.....

Urusetia konferen sedang mencatatkan pendaftaran peserta

Jam 8.30 pagi kami pun tiba dan terus melakukan pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran kepada urusetia konferen yang berada di ruang legar bilik konferen yang terletak di tingkat 1 hotel Titania itu. Setelah berjaya mendaftar, kami pun menuju masuk ke ruang seminar utama dan pengerusi ATINER sedang memberikan ucapan kepada para peserta. Maknanya kami agak lewat sedikit lah....

Sedang mengikuti pembentangan rakan dari Negara peserta

Pelbagai tajuk kertaskerja yang dibentangkan dari pagi hingga tengahari itu dan kesemuanya memang menarik. Setiap sesi akan diselangi dengan minuman ringan. Pada waktu tengahari pula semua peserta akan makan secara buffet di restoran hotel tersebut kerana ia termasuk dalam yuran konferen itu. Jadi, tengahari itu, saya makan di hotel Titania dan menu pilihannya juga adalah pelbagai dan boleh dimakan keran terdapat sayuran dan ikan yang relatifnya enak. Sewaktu menikmati hidangan tengahari itu, saya sempat berbua-bual dengan beberapa peserta konferen yang antaranya dari Romania, USA, Canada dan South Africa. Perbualan itu memang sangat memberangsangkan dan dapatlah bertuakar-tukar pandangan tentang situasi seni persembahan di Negara masing-masing.

Usai makan tengahari, konferen diteruskan dan bila selesai saya pulang semula ke hotel untuk berehat seketika. Namun kemudian keluar semula kerana waktu masih cerah lagi sebab maghrib hanya akan masuk pada jam lebih kurang 10 malam. Jadi waktu cerah yang ada digunakan untuk brsiar-siar. Petang ini kami perlu memenuhi keinginan semalam, iaitu mencari Hard Rock Café.

Di hadapan bangunan parlimen Athens

Sytgma Square

Sytgma Square

Sytgma Square



Sytgma Square

Sytgma Square ke Plaka

Jalan dari Sytgma Square ke Plaka

Jalan dari Sytgma Square ke Plaka

Jadi, keluar dari hotel je, terus ke stesen metro dan menuju ke Sytgma Square. Dari situ saya bergerak mencari lokasi Hard Rock café mengikut peta yang didapti dari penyambut tetamu hotel semalam. Laluan yang dilaui itu adalah lokasi Plaka yang tidak kurang terkenalnya di Athens ni sebagai pusat membeli belah. Puas berjalan, namun masih tidak ditemui yang dimaksudkan hinggga kami singgah di sebuah keai cenderahati dan bertanyakan pemiliknya tentang lokasi HRC. Si isteri dengan ramah melayani pertanya kami namun gagal menunjukkan lokasi HRC. Kemudian dia bertanyakan suaminya yang ttidak boleh langsung berbahasa Inggeris. Walaupun begitu, si suami ini amat prihatin untuk membantu lantas menghubungi rakannya bertanyakan lokasi HRC. Setelah beberapa panggilan dibuat, akhirnya kami dimaklumkan bahawa lokasi HRC telah berpindah ke tempat lain yang berhampiran dengan laut. Jaraknya dari tempat kami berada ketika itu adalah lebih kurang 30 minit dengan menaiki teksi. HHHmmmm agak jauh jugak tu......

Bersama pasangan suami & isteri penjual cenderahati yang peramah

Akur dengan jawapan tersebu, kami mematikan hasrat untuk mencara HRC lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada penjual yang peramah itu, kami pun berlalu dan meneruskan perjalanan bersiar-siar di Plaka yang tidak kurang terkenalnya itu. Setelah melalui pengalaman itu, saya mendapati bahawa masyarakat Athens ni secara relatifnya adalah peramah dan sedia membantu. Selain itu, orang-orangnya adalah relative cantik dan segak berbanding orang-orang negara Eropah yang lain.

Plaka

Plaka
 
Plaka

 
Puas berjalan, akhirnya saya singgah di sebuah café yang menyediakan kopi dan baklava. Jadi, saya pun duduk di situ dan memesan kedua-dua menu tersebut. Sambil menikmati hidangan enak itu, dapatlah merahtkan diri sekejap sebab kaki pun dah letih dan sakit-sakit sebab terlalu banyak berjalan. Namun, saya kira ini baik juga untuk saya sebagai suatu exercise. Beribu-ribu langkah jugak dah berjalan ni sejak dari hari pertama tiba di Athens ni.....
 
Menikmati kopi dan baklava di Plaka

Menikmati kopi dan baklava di Plaka

Selesai minum kopi dan berbual-bual kami meneruskan perjalanan di Plaka dan singgah di kedai cenderahati untuk membeli sedikit ole-ole. Sehinggalah malam menjelang tiba dan badan pun dah terasa letih namun tidak lah lapar sangat. Jadi malam ni skip je dinner.....terus menuju ke stesen metro dan balik semula ke hotel.

Singgah di kedai cenderahati Kedima di Plaka
 
Tiba di hotel dalam jam 10 malam, maknanya dah masuk maghrib la tu...... usai solat terus tidur sebab letih sangat.....Lagi pun besok pagi perlu pergi konferen lagi sebab hari ni kami hanya menikmati pembentangan rakan-rakan dari negara lain. Esok pulak adalah giliran kami untuk membentangkan kertaskerja. Semua powerpoint dah siap dah.... jadi tidur je lah.... 

3 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Selamat berpuasa...

Bin Basra said...

Selamat berpuasa, terima kasih

Unknown said...

Assalam Dr,teruja baca trip Dr ke Athens.Ins syaa Allah sy akan ke Athens n the Balkan pd april nanti...saja nak tanya selain t shirt apa kah cenderahati yg 'mesti' beli kat Athens...sy 2 hari aje kat Athens...sedapnya baklava dia...terima kasih