English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, July 25, 2014

HARI KELIMA DI GREECE

 
 
Seperti hari semalam, hari ini saya ingin bersiar-siar menaiki tram sekali lagi untuk menjelajahi lokasi berikutnya. Usai sarapan di café hotel, saya terus bergerak menuju ke stesen metro dan berhenti di Syntgma Square untuk mendapatkan tram. Hari yang ceria dan cerah ini membawa kaki saya terus melangkah ke stesen tram yang terletak berhadapan bangunan parlimen dan sesampainya saya di sana tram telah sedia menunggu. tanpa berlengah saya terus meluru masuk ke dalam tram yang akan membawa saya ke lokasi terakhir tram, iaitu Stadio Irinis & Filias-S.E.F yang tidak saya lawati semalam.



Tidak berapa lama kemudian, tram pun bergerak meninggalkan pusat kota menuju ke destinasi yang ingin saya tujui. oleh sebab saya tidak pasti line tram ni maka saya berhenti di stesen Mousson, iaitu terletak di persimpangan 'T' yang menjadi penanda arah tram yang berlainan. Dari stesen ini saya menanti tram yang akan membawa saya ke stesen terakhir Stadio Irinis & Filias-S.E.F. Tidak berapa lama menunggu, tram yang dinanti pun tiba lalu saya pun masuk ke dalam tram dan terus menunggu sehingga tram tiba ke stesen terakhir. Pemandangan laluan ke lokasi terakhir tram ini lebih menarik dengan pantai yang berjejeran sepanjang lalauan tram. Saya tidak mahu berhenti di tepi pantai ini dahulu kerana ingin terus menuju ke stesen terakhir. Teringin pulak nak mengetahui macamana agaknya lokasi tu.


Stesen Stadio Irinis & Filias-S.E.F

Jadi saya meneruskan perjalanan tram sehingga ke stesen terakhir dan akan singgah di tepi pantai yang indah itu dalam perjalanan pulang nanti untuk mengambil gambar. Setibanya di stesen Stadio Irinis & Filias-S.E.F saya pun turun untuk mengambil gambar seketika sebelum mengambil tram lain yang akan membawa saya ke Sytgnma Square semula. Stadio Irinis & Filias-S.E.F merupakan pecan kecil yang dipenuhi dengan kawasan perumahan sahaja. Saya pun tidak bercadang untuk bersiar-siar di pekan kecil ini kerana lebih tertarik untuk menikmati keindahan persisiran pantainya sahaja.

Stesen Stadio Irinis & Filias-S.E.F

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Setibanya sahaja tram yang akan menuju ke Sytngma Square, saya terus masuk dan dipertengahan jalan yang dibarisi jejeran pantai saya berhenti dan turun di situ untuk mengambil gambar di tepian pantai yang indah itu.......
Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea


Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea


Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Persisiran pantai menghadap Aeagen Sea

Usai mengambil gambar dan menikmati keindahan pantai, saya pun menuju ke stesen tram semula untuk menunggu tram yang akan membawa saya ke pusat Bandar Athens. Tidak lama menunggu, tram yang dinanti pun tiba dan saya masuk ke dalamnya dengan penuh ceria dan puashati kerana dapat menikmati keindahan pantai di bumi Athens ini....... moga dapat bertemu kembali.....

Plaka

Plaka

Plaka
Tiba sahaja di stesen Syntgma Square, saya turun dan terus menuju ke Plaka kerana ada lokasi yang ingin dilawati di situ yang masih tidak dilawati semalam.  Lokasinya adalah yang seperti di dalam gambar itu. Lokasi ni sebenarnya terdapat di dalam poskad. Lereng bukit yang bertangga dan banyak menjual cenderahati dan terdapat juga banyak café. Jadi, saya pun mengabadikan beberapa foto di situ.

Plaka

Café Taverna Karyatis di Plaka
 Oleh sebab waktu pun dah lewat tengahari ni dan perut pun dah lapar maka saya singgah di café untuk menjamah hidangan tengahari. Agak sederhana sahaja menu yang dipesan hari ini iaitu pasta dan sotong goring tepung. Memadailah untuk mengalas perut hari ini.

Makan Tengahari di Café Taverna Karyatis, Plaka

Makan Tengahari di Café Taverna Karyatis, Plaka

Plaka

Selesai menikmati hidangan tengahari itu, saya terus sahaja bercadang untuk pulang semula ke hotel sebab esok akan berangkat ke Paris dan barang-barang masih belum dikemas sepenuhnya lagi..... jadi sesampainya sahaja di hotel saya terus berkemas dan berehat-rehat.......
Malam ini saya tidak keluar kerana ingin merehatkan diri di hotel sebab esok jam 4.00 subuh dah kena bangun dan terus berangka ke lapangan terbang untuk mendapatkan penerbangan Aeagen Air yang akan membawa saya dan rakan-rakan ke Paris pada jam 7.00 pagi.....

Monday, July 7, 2014

GREECE HARI KEEMPAT

Suasana demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Ahens, Greece

4.6.2014 (Rabu) - Konferen di kota Athens telah pun berakhir semalam, jadi hari ini adalah masa untuk bersiar-siar di kota Athens. Memandangkan saya tleah membeli tiket untuk tempoh satu minggu dengan pelbagai mode kenderaan maka hari ni saya bercadang nak naik tram pulak. Selesai sahaja sarapan pagi di hotel, saya memulakan langkah menuju ke stesen metro untuk pergi ke Sytgma Squrae. Sebabnya, dari lokasi hotel saya menginap ni tak ada perkhidmatan tram. Stesen tram bermula di Sytgma Square betul-betul berhadapan dengan bangunan Parlimen Athens.

Suasana demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Ahens, Greece

Suasana demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Ahens, Greece

Setibanya sahaja saya di hadapan bangunan parlimen tu, kelihatan ramai orang berkumpul sambil memegang bendera Greece. Dalam hati telah terdedik, 'ini mungkin satu demonstrasi agaknya....'. Kelihatan juga beberapa jurugambar yang mungkin datang dari stesen tv untuk membuat liputan berkenaan hal itu. Saya agak ragu-ragu untuk melalui kawasan itu kerana khuatir akan disalah-anggap oleh pihak-pihak tertentu sebagai salah seorang daripada peserta demonstrasi itu. Saya maklum bahawa itu adalah demonstrasi apabila memberanikan diri untuk bertanya kepada salah seorang yang turut telibat membawa bendera itu. Namun, saya tidak berani untuk bertanya lebih lanjut demonstrasi tu tentang hal apa kerana tidak mahu turut masuk campur. Saya pun meneruskan perjalanan ke stesen tram yang memang betul-betul di hadapan bangunan parlimen di mana ramai orang sedang berdemonstrasi.

Menaiki tram di Athens

Menaiki tram di Athens

Tujuan saya menaiki tram hari ini selain daripada menggunakan sepenuhnya tiket yang telah dibeli, adalah untuk menikmati pemandangan kota Athens melalaui perjalanan tram. Selalu naik metro je tak Nampak apa-apa sebab berada di dalam Tanah. Tapi tram bergerak di atas permukaan jalan yang laluannya turut dikongsi bersama dengan kenderaan lain yang bergerak di atas jalan raya seperti kereta dan motosikal. Saya bercadang untuk pergi terus ke stesen terakhir tram laluan berwarna hijau, iaitu Asklipiio Voulas yang terletak di tepi laut. Laluan tram terbahagi kepada tiga warna, iaitu hijau, biru dan merah. Warna hijau menghubungakan Sytgma Square dan Asklipiio Voulas dan stesen di persimpangan ialah Mousson. Laluan merah pula menghubungakan Sytgma Square dengan Stadio Irinis & Filias-SEF yang persimpangan stesennya juga adalah Mousson. Sementara itu, warna biru pula menghubungakan Asklipiio Voulas dengan Stadio Irinis & Filias-SEF yang laluannya adalah di sepanjang pantai laut Aeagen.

Peta laluan tram, Athens

 

Di dalam tram, Athens

Lalauan tepi pantai yang dilalui tram menuju ke Asklipiio Voulas

Lalauan tepi pantai yang dilalui trammenuju ke Asklipiio Voulas

Lalauan selepas stesen Mousson menuju ke Asklipiio Voulas adalah jejeran pantai laut Aeagen dan terdapat lokasi pantai yang dimanfaatkan untuk tujuan berkelah dan mandi manda. Namun, apabila tiba di stesen Asklipiio Voulas tiada lagi pantai hanya lalang dan batu-batu sahaja dan pekannya adalah kecil sahaja dan terdapat beberapa rumah pangsa kediaman penduduk. Jadi di sini tiada tempat menarik untuk dilawati. Bila tiba sahaja di situ saya turun dari tram dan terus menaiki tram lain yang akan membawa saya semula Sytgma Square. Saya hanya menimkati pemandangan dengan meniki tram sahaja. Tram berikutnya bergerak selepas lebih kurang 3 minit menunggu. Perjalanan balik menaiki tram ini tdak dapat menuju terus ke stesen Sytgma Square lantaran semua penumpang diminta turun di stesen di pertengahan jalan. Hal ini kerana, demonstrasi di bangunan parlimen sedang hangat berlangsung. Jadi, kami diminta menaiki metro untuk pergi ke Sytgma. Saya pun bergerak menuju ke stesen metro yang terletak bersebelahan sahaja dengan stesen tram itu.

Stesen metro Piraeus

Stesen metro Piraeus

Oleh sebab hari masih lagi awal (sebab siangnya panjang di musim panas ni sehingga jam 10 malam) maka tiba sahaj di stesen Sytgma, saya bercadang pula untuk mengetahui bagaimanakah rupanya stesen terakhir metro yang namanya  Piraeus. Kalau mengikut peta, lokasi stesen metro Piraeus tu terletak di tepi laut. Jadi, dengan santai sahaja saya menaiki metro yang akan membawa saya ke Pireaus. Menariknya juga, laluan metro ke Piraeus ni tidak di dalam tanah sebaliknya di atas Tanah. Jadi dapatlah saya menikmati pemandangan sekali lagi. Stesen metro Pireaus juga tidak di dalam Tanah tetapi berbumbung yang mengeksploitasi tenaga solar.

Stesen metro Piraeus

Piraeus, Athens

Bandar Piraeus ni sebenarnya adalah Bandar pelabuhan tempat kapal-kapal besar berlabuh samada kapal barang ataupun kapal penumpang. Jadi, dengan rasa penuh teruja saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto kengangan di bandar pelabuhan Athens ini. Para pelancong yang bertujuan untuk melawat ke pulau-pulau kecil di Greece ini juga akan menjadikan bandar ini sebagai lokasi persinggahan. Sebab kapal-kapal kecil yang memuatkan penumpang yang menempah lawatan secara pakej juga turut berlabuh di sini.

Stesen metro Piraeus

Piraeus, Athens

Piraeus, Athens

Piraeus, Athens

Piraeus, Athens

Piraeus, Athens

Piraeus, Athens

Hari panas terik waktu itu dan saya pun cepat berasa letih oleh sebab terlalu panas dan kering maka lepas habis posing, saya meneruskan perjalanan untuk meneroka sekitar Bandar itu. Waktu pun dah menunjukkan jam 1 tengahari, tekak terasa haus dan perut terasa lapar lalu saya bercadang untuk mendapatkan makan tengahari di sini. Tidak lama berjalan, saya bertemu dengan sebuah kedai makan, iaitu Café Old Baker's. Saya pun singgah di situ dan mendapati hidangan yang disediakan juga menarik minat saya, iaitu ikan.

Café Old Baker's Piraeus, Athens

Makan ikan sebagai hidangan tengahari di Café Old Baker's Piraeus, Athens

Sesuailah tempat ini sebagai bandar pelabuhan maka ikan erupakan menu utama yang disediakan di café ini. Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual di sini yang tidak pernah saya kenali atau pun tahu namanya. Ada saiz besar, sederhana besar dan saiz kecil. Namun saya tertarik dengan ikan yang bersaiz kecil dimasak goring dan diperah dengan lemon. Memang enak.....masih terasa manis ikannya kerana mungkin ikan segar yang baharu sahaja tiba dari laut. Tambahan pula, terdapat ramai pelanggan yang makan di sini dan kebanyakkannya juga memesan menu yang berasaskan ikan. Jadi, stok ikannya pasti sentiasa habis dan tidak tersimpan lama. Jadi, ikan-ikan segar perlu dipesan setiap masa bagi memenuhi keperluan pelanggan yang ramai itu.

Makan ikan sebagai hidangan tengahari di Café Old Baker's Piraeus, Athens

Minum kopi Greece di Café Coffee Island

Minum kopi Greece di Café Coffee Island

Setelah hampir satu jam menikmati hidangan tengahari itu saya pun membayar bil makanan lalu beredar dari situ. Saya meneruskan perjalanan melhat-lihat sekitar dan akhirnya bertemu dengan sebuah kedai kopi, iaitu Café Coffee Island. Kedai ini bukan sahaja menyedikan kopi untuk diminum tetapi juga menjual pelbagai jenis kopi untuk dibawa pulang. Saya memesan kopi Greek untuk dirasa terlebih dahulu sebelum membelinya untuk dibawa pulang. Habis secawan kopi diminum, baharulah saya memesan 500gm kopi greek untuk dibungkus dan dibawa pulang.

Minum kopi Greece di Café Coffee Island

Minum kopi Greece di Café Coffee Island

Minum kopi Greece di Café Coffee Island

Selesai membeli kopi, saya pun bercadang untuk balik ke hotel sebab hari dah semakin panas dan kaki pun dah letih untuk berjalan-jalan lagi. Saya bergerak menuju ke stesen metro kembali dan mendapaatkan metro yang membawa ke Sytgma dan dari situ saya mengambil metro yang membawa ke lokasi hotel. Sampai di bilik saya merehatkan diri dan menunaikan solat.....

Bersiar-siar di kota Athens

Bersiar-siar bersama Profesor Alfendras

Pada sebelah petangnya, iaitu kira-kira jam 5.30 pm saya keluar semula kerana Dr. Nurul telah membuat temujanji dengan Profesor Alfendras untuk berjumpa pada petang ini. Saya pun turut menemani dan lokasi yang dijanjikan untuk bertemu adalah di hadapan McDonal di Sytgma Square. Kami pun bergerak menuju ke sana dan tidak lama kemudian, seperti yang dijanjikan Prof. Alfendros pun tiba. Saya pun berkenalan dengan beliau yang rupanya fasih berbahasa Melayu. Rupa-rupanya Prof. Alfendras ni telah lama tinggal di Malaysia sejak 1970-an lagi dan ketika itu beliau berkhidmat sebagai pensyarah di USM, Pulau Pinang. Sewaktu berkhidmat di USM, juga belaiu telah tertarik dengan seorang gadis Melayu yang bertugas di tempat yang sama dan kini menjadi isterinya. Beliau pun baharu sahaja berpindah balik semula ke Athens ni apabila institusi terakhir tempat beliau bertugas di Malaysia, iaitu Universiti Al-Bukhari di Kedah ditutup. Namun anak-anak beliau masih ada yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

Bersiar-siar di kota Athens

 Town Hall, Athens

Setelah berkenalan itu, beliau mengajak kami bersiar-siar dengan berjalan kaki sambil menceritakan sejarah setiap lokasi yang kami lalui. Menurutnya, beliau memang dilahirkan dan dibesarkan di kota Athens ini. Beliau juga turut mengalam fasa-fasa perubahan sosial dan politik di Athens sejak awal abad ke-20. Cerianya amat menarik namun tidak dapat dimuatkan sepenuhnya di sini. Terdapat banyak lokasi tapak peninggalan Greek kuno di kota Athens ini. Bahkan, menurut Prof. keseluruhan kota Ahens kini asalnya adalah tapak kota Greek kuno, sama seperti yang masih boleh dilihat di muzium Akropolis.

Bersiar-siar di kota Athens

Bersiar-siar di kota Athens

Bersiar-siar di kota Athens

Asyik bersiar-siar sehinggalah membawa ke senja dan akhirnya kami singgah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis baklava. Selain daripada kopi, kegemaran saya juga adalah menikmati baklava. Lazimnya, kalau berpergian begini saya akan singgah di kedai Turki untuk mendapatkan baklava. Tetapi di Greece ni tidak perlu mencari kedai Turki untuk menikmati baklava kerana ia boleh didapati di mana-mana café. Hal ini demikian, kerana tedapat banyak persamaan di antara budaya Turki dan Greece termasuklah budaya makanan. Oleh sebab tengahari tadi dah terlalu banyak makan ikan maka perut tak terasa lapar sangat malam ni. Jadi, menikmati baklava pun sudah memadai untuk alas perut.

Kedai Baklava

Di dalam kedai baklava

Pelbagai kuih manis dijual

Selain daripada baklava, terdapat pelbagai jenis kuih manis lain yang turut dijual di kedai manisan ini. Baklava pun ada macam-macam jenisnya di sini. Tak tau ana satu dak dipilih.... semuanya nampak menyelerakan.

kedai baklava

Menikmati baklava bersama Profesor Alfendros

Empat jenis baklava berlainan yang enak rasanya

Pilih punya pilih, itulah akhirnya 4 jenis baklava (foto di atas) yang dipesan dan dikongsi bersama empat orang sambil kami meneruskan perbualan. Inilah kali pertama saya dapat memakan baklava sepuas-puasnya sampai tidak habis untuk jamah kesemuanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Alfendras yang dengan baik hatinya membawa kami bersiar-siar sambil secara tidak langsung menjadi 'pemandu pelancong' kepada kami dengan memberikan penerangan dan maklumat yang sangat bermafaat untuk diketahui. Terima kasih juga untuk baklava yang enak itu.......

Menikmati baklava bersama Profesor Alfendras

Kira-kira jam 9.00 malam kami pun meminta diri dan mengucapkan selamat tinggal kepada Profesor Alfendras yang budiman itu dengan harapan dapat bertemu lagi di lain kesempatan......