Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Thursday, April 16, 2009
Pesta Kesenian Bali XXXI 2009 - REHEARSAL
15.4.09 [Rabu] di sebelah petangnya saya keluar lagi kira-kira jam 2.55 petang dan terus menuju ke Masjid Agung Al-A’la di kota Ginyar lalu terus solat asar di sana. Tujuan saya ke kota Gianyar petang ni adalah untuk menyaksikan rehearsal persembahan untuk upacara perasmian Pesta Kesenian Bali XXXI 2009 bersempena hari jadi kota Gianyar ke-238 tahun yang akan dilaksanakan pada 17 April nanti. Lokasi berlangsungnya pesta tersebut adalah di padang bandaran (lapangan) kabupaten Gianyar. Ada bermacam-macam acara yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 17 April hingga 19 April tu sebenarnya. Ada pertandingan sukan, pertandingan kesenian, jualan dan acara yang macam funfair pun ada. Pendek kata nampak meriah la juga. Tapi petang ni belum bermula la semua tu, Cuma persiapannya sahaja yang dilakukan. Begitu juga dengan jualan dan pamerannya, masih belum bermula. Tapi tapak-tapak untuk acara tersebut sedang dipersiapkan. Pada petang 17 April nanti merupakan acara kemuncak dan perasmian sambutan hari jadi kota Gianyar ni. Saya pasti tidak melepaskan peluang untuk turut sama terlibat dalam acara ini walaupun hanya sebagai penonton. Nonton persembahan gratisss… lagiiii…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dr.beli buah tangan kat saya ya..jngan lupa kami di sini-abu musarrif hihihi
ini prog tahunan ke doc? ada mcam citrawarna kita?
artisticklytouch
ye, ia adalah program tahunan sempena sambutan harijadi kabupaten [daerah] Gianyar. di Bali ada banyak kabupaten dan setiap kabupaten akan meraikan hari jadi daerah masing masing. kebetulan saya berada pada tempat dan waktu bertepatan dengan acara sambutan tersebut.
dr.fizi tanya ,bangkok macam mana?
Post a Comment