English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, April 23, 2009

PENJOR


22.4.09 [Rabu] Hari ini merupakan hari terakhir bagi “Hari Raya Galungan dan Kuningan” yang diraikan oleh masyarakat Bali sejak awal April lalu. Upacara penutupnya ditandai dengan mencabut ‘Penjor’. Penjor ialah buluh yang dicacakkan di hadapan setiap rumah penduduk Hindu Bali sepanjang berlangsungnya Hari Raya Galungan dan Kuningan. Secara simboliknya, mengikut resmi buluh bermula dengan rebung yang kecil dan apabila semakin membesar ia akan menjulang tinggi ke langit. Apabila ketinggiannya sudah mencapai tahap maksimum maka hujung pucuknya akan melentur ke bawah. Jadi, resmi buluh itulah yang perlu diikuti oelh manusia Bali, apabila sudah berada di puncak kejayaan mahupun kekayaan, jangan lupa untuk melihat kebawah. Tempat dari mana kita bermula supaya tidak lalai dan alpa tentang dari mana asal-usul kita. Pun begitu, bagi keluarga yang mengalami kematian adalah dilarang mencacakkan penjor di hadapan rumah mereka kerana itu merupakan pantangnya. Keluarga yang mengalami kematian juga tidak dibenarkan pergi ke pura melainkan setelah mayat dikebumikan dan sajen pengebumian telah diberikan. Itu pun ada syaratnya lagi iaitu hanya boleh pergi ke pura selepas tiga hari sajen diberikan. Kesahhhnyaa....

8 comments:

artisticklytouch said...

kisahnya....banyak pantang larangkan..dah Hindu mereka tak sama dengan Hindu di Malaysia

mat gambier kashmiri said...

salam, wah best baca catatan hang...aku dok sibuk marking paper, assignments dll - wish i can travel too - tatau la bila tahun...

Bin Basra said...

art
memang banyak pantang larangnya hinggakan orang bali yang kebanyakan pun sukar untuk memahami kerumitan pantang larang tersebut tersebut. hindu bali memang berbeza denga hindu malaysia mahupn india kerana fahaman animisme sangat tebal dalam kepercayaan dan ritual mereka.

mat gambier
insyaallah... kalu bu free nanti boleh la pi travel gak...

smurf said...

amat menarik ..
bercadang nak ke sana disember nti , masa cuti sekolah ..
apa event yg menarik waktu tu ?

Penjejak Badai said...

dr...nati kita travel sama2 plak...

Bin Basra said...

ASE 1
bulan 12 tu lama lagi tu, saya tak pasti ada event apa lagi. tapi kalau bulan mei dan jun memang ada banyak event.

penjejak badai
insyaallah

Anak Antu Seni said...

dr bila balik penang ? ada byk benda nak bincang ni...

Bin Basra said...

anak antu
saya dah ada di penang dah la ni... mai la off.