English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, June 26, 2007

QATAR, OH! QATAR AIRWAYS - SUATU PERTEMUAN

Bila dah masuk dalam flight Qatar Airways ni rasa lega la pulak. Rindu rasanya pada Qatar Airways ni sebab last sekali bersamanya ialah semasa kembara ke Morokko bulan Disember 2005 yang lalu. Dah agak lama gak la. Kebetulan la pulak 'seat' saya dengan Hisham ni sebelah-menyebelah la pulak. Macam berjanji-janji je la pulak. Itulah ketentuan Allah, kita tak perlu merancang pun. Yang saya suka sangat dengan Qatar Airways ni ialah 'sevice' nya. Sebab tu tak hairanlah kalau mereka menerima anugerah 'the best flight services' untuk empat tahun berturut-turut. Yang paling saya suka ialah makanannya, best! Saat makan ialah saat yang paling ditunggu-tunggu dan kerap dihidangkan sampaikan belum sempat lapar lagi dah datang lagi hidangan lain. Tapi subuh tu saya tak dapat menghabiskan makanan yang dihidngkan sebab tadi kat KLIA dah pekena kopi pekat dan karipap. Jadi udah le kenyang! Sayang rasanya tapi nak buat macamana dah tak boleh masuk. Mata tak boleh lena la pulak sebab tadi dah pekena kopi pekat gak. Hisham kat sebelah tu dah lena dahh!! lepas sembang-sembang kejap tadi. So, melamun je lah... sampailah hidangan untuk breakfast plak sampai. Time ni saya dah terasa lapar la sikit. So, apa lagi makan je la hidangan pagi yang enak itu. Selepas breakfast tiba-tiba terjumpa la pulak lagi seorang kawan Arab dari Jordan jugak iaitu Yusoff. Memang dah lama tak jumpa mamat ni sebab masa berkawan dulu saya masih dalam tahun pertama pengajian Ijazah pertama di USM. Yusoff ni pulak masa tu merupakan pelajar luar negara yang membuat Master dalam komputer sains di USM jugak. Selepas dua tahun Master dia tamat tapi saya punya first degree masih belum tamat sebab tempoh pengajian pada masa tu ialah empat tahun. Selepas itu kami tidak pernah berjumpa lagi dan saya mengetahui dari rakan-rakannya yang dia ni mendapat tawaran kerja sebagai pensyarah di UNIMAS. Sehinggalah pertemuan dalam flight ni barulah kami berjumpa semula. Saya masih mengenalinya dan dia juga masih mengenali saya. Dia pun dah berkahwin dan mendapat dua orang cahayamata. Rupanya dia baru sahaja menghabiskan PhD nya di UKM dan sekarang nak balik kampung di Jordan jugak, kesahhnnyaa. Tak lama lepas breakfast dihidangkan, maka pengumuman untuk mendarat di Doha pun dilakukan. Tepat jam 6.41 pagi (waktu Doha) flight mendarat untuk transit di sini. 6.45 pagi kat Doha ni matahari dah tinggi macam jam 10 pagi kat Malaysia. Cuacanyanya pulak tu, ya Allah.... panas bahangnya. Padahal baru jam 6.45 pagi, tuuu. Akhirnya, saya pun menjejakkan kaki semula di bumi Doha ni selepas kali terakhir pada Disember 2005 yang lalu. Ada sedikit perubahan pada airport ni. Sebab dulu masa transit kat sini untuk ke Morokko airport ni masih 'under renovation' sebab Qatar pada masa itu tengah membuat persediaan kerana terpilih menjadi tuan rumah untuk sukan Asia. so, kelam kabut sikit. Tapi sekarang dah selasa sebab dah kemas dan lapang. So, sampai kat sini saya dan Hisham serta Yusoff pun mengucapkan salam perpisahan sebab diaorang kena transit kat sini selama lapan jam sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Jordan. Tapi saya tak lama. Sampai je kat terminal terus boarding untuk naik Qatar Airways sekali lagi menuju ke destinasi seterusnya iaitu London pada pukul 7.50 pagi. Flight dari Doha ke London ni lebih special sikit sebab setiap seat ada monitor masing-masing. Tak lah macam dari KLIA ke Doha tadi, monitor kena share. So, boleh la saya menonton filem-filem kegemaran melalui program khas yang dipakejkan oleh Qatar Airways. Makanan dan layanan tetap sama istemewanya dan selama lapan jam untuk penerbangan ke London ni, dapat lah saya tidur sikit. Tapi itu pun tidur-tidur ayam je. Memang la saya ni jenis yang susah sangat nak tidur dalam kenderaan kecuali sewaktu memandu. Kalau memandu kereta tu macam dibelai-belai je bulu mata ni nak tidur. Tapi kalau duduk senang-senang dalam kenderaan memang susah nak tidur. Ok, lah selepas hampir lapan jam dalam flight tu yang turut menemukan beberapa pertemuan maka mendaratlah Qatar Airways di Heathrow Airport, London....

No comments: