Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Tuesday, June 26, 2007
INSIDEN DI KLIA
Pada malam 26 Mei 2007 jam 11.00 malam saya sudah sampai di KLIA. Memang agak awal juga la sebab 'boarding' jam 4.05 pagi. Sambil menunggu untuk 'check-in' tu lepak-lepak la kejap sambil minum kopi kat cafe KLIA. Pukul 2.30 am 27 Mei saya pun 'check-in' tapi kena tunggu kat hujung sekali sebab barisannya panjang sangat sebab ramai orang nak naik flight ke Doha subuh tu. Masa berbaris tu terjumpa dengan si Hisham, student Master di UKM dari Jordan. Dulu masa saya belajar di UKM selalu juga berbual-bual dengan Hisham ni. Tapi dah labih kurang 2 tahun tinggalkan UKM, sejak itu dah tak berjumpa lagi hinggalah pada subuh tu, sama-sama beratur nak 'chek-in' flight yang sama. Dia nak balik Jordan untuk berjumpa keluarga. Biasalah, kalau student Arab ni sekali balik kampung akan bawa banyak barang buat ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan. Si Hisham ni pun tidak lah terkecuali dalam kelompk itu. kami berbual-bual sambil bergerak perlahan-lahan dalam barisan hingga akhirnya tibalah giliran si Hisham ni 'check-in'. Biasalah kalau dah bawa barang banyak tu 'overload' lah jadinya. so, kerani kaunter tu suruh dia keluarkan barangan yang berlebihan kilo tu. Dia pun keluarkanlah dan dijinjing sebagai 'hand luggage' je. Saya kesian tengok dia sebab dah tak cukup tangan nak jinjing, jadi offer la tolong bawakan. Lagi pun saya tak banyak bawa barang bimbit, hanya beg galas kecik je. Lepas Hisham selesai, giliran saya la pulak 'chek-in'. Alhamdulillah... tak ada masalah. Ok Je. Kami pun sama-sama bergerak menuju ke pelepasan antarabangsa untuk 'boarding' sebab waktunya pun tak lama dah. Sebelum 'boarding' tu, semua barangan bimbit yang dibawa perlu di 'scan' terlebih dahulu. Kami pun letakkan lah barangan bimbit masing-masing. sampai giliran barangan Hisham yang banyak ni tadi di 'scan', alat pengesan pun berbunyi menandakan ada sesuatu yang tidak dibenarkan dibawa terkandung dalam beg bimbitnya. Pegawai imigresen pun membuka semua beg-beg tersebut dan mengeluarkan sejumlah barangan kosmetik berbentuk cecair. Pegawai imigresen bertanya kepada saya mengenai barangan itu sebab kebetulan saya yang tolong bawakan beg tu. Tapi saya cakap barangan tu bukan kepunyaan saya tetapi Hisham punya. Saya tolong bawakan saja. Pegawai tu bagi tahu pada Hisham bahawa barangan kosmetik yang berbentuk cecair tersebut terpaksa dirampas kerana undang-undang baru telah dikeluarkan bahawa barangan berbentuk cecair yang melebih 100 ml tidak boleh dibawa dalam beg bimbit kecuali dimasukkan dalam beg plastik yang disediakan oleh pihak KLIA dan diberikan secara percuma di kaunter-kaunter yang dibuka di sekitar ruang legar 'check-in' sebelum tadi. Saya sebenarnya telah mengetahui mengenai hal ini melalui akhbar yang dibaca sebelumnya. Malah keratan akhbar tersebut saya turut bawa dalam beg bimbit. Malangnya si Hisham ni tak tahu menahu mengenai hal itu. Jadi, terpaksalah merelakan barangan kosmetik yang dibelinya dirampas. Kesian gak tengok dia, pucat sampai berpeluh-peluh gak la dia. Tapi nak buat macamana, sebab barangan tu tadi dia keluarkan dari 'luggage' yang terlebih muatan masa 'check-in'. Dia pulak tak tahu-menahu pasal nak ambik plastik bungkus KLIA tu. Tapi kalau dia tahu pun tak semua barangan kometik tu boleh dibawa sebab banyak juga jumlahnyna. Melebihi limit yang boleh dimasukkan dalam karung plastik tu iaitu 500 ml sahaja dengan 100 ml setiap satu barangan. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Saya nampak memang dia agak kecewa sebab mungkin barang itu untuk ahli keluarga perempuannya yang memesan barangan tersebut. Well, flight pun dah nak gerak, jadi kami tak boleh tunggu lama-lama. Si Hisham ni pun tak boleh nak berkeras lagi. So, jalan masuk flight je la. Jadi, bagi anda yang nak naik flight pastikan tidak membawa barangan cecair (air mineral pun tak boleh tau!!!) dalam beg bimbit tanpa dimasukkan dalam beg plastik yang 'transparent' dan boleh di dapati di tuang legar KLIA. Bukan sendiri punya tau. Beg khas punya. Buat masa sekarang percuma la. masa-masa akan datang tak tau la pulak. Mungkin ada bayaran kot. Pada perkiraan saya pasti ada bayaran di masa kan datang sebabbb.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment