Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, May 20, 2007
Makan-makan
'Nazri dan Sawah'
Hari minggu macam ni malas pulak nak lepak kat rumah je. Lepas kemaskan barangan untuk bercuti minggu depan saya pun call Nazri kalau-kalau dia free nak ronda-ronda Penang. Kebetulan dia nak hantar cousin dia ke jetty untuk ambil feri, so i pun pergi sekali hantar ke jeti. Pas tu cadang nak pegi Queens Bay Mall tapi tak jadi pulak sebab parking lot nampaknya penuh sesak dengan kenderaan yang berderet-deret tunggu que untuk masuk baik di bahagian luar mahupun dalam mall. Ahhhh ni yang buat i boring ni...Disebabkan malas nak bersesak-sesak kat situ kami pun cadang untuk blah je.
Pas tu Nazri bagi idea pulak untuk ke kg. Kuala Perlis yang terletak di Balik Pulau. i pun apa lagi, on je la. best gak makan-makan kat kampung tu. Dulu dah pernah pergi sekali dah, ok gak tempatnya. Yang seronoknya pergi kat kampung ni ialah suasana kekampungannya yang indah. Mungkin ramai orang luar hanya tahu Pulau Pinang ni hanya ada Batu Feringgi, Gurney Drive, Padang Kota, Bayan Lepas yang menggambarkan bentuk kota metropolitan yang terletak di sebelah persisiran yang menghadap tanah besar semenanjung. Tetapi ramai juga yang mungkin tidak tahu bahawa di Penang ni ada kampung yang cantik siap dengan sawah padi lagi selain daripada pokok durian dan pokok pala.
Kampung ni terletak di sebalik pulau atau dikenali juga sebagai 'Balik Pulau'. Iaitu di bahagian persisiran yang menghadap kepulauan Sumatera. Jadi kalau nak tengok sawah padi penang, jengok lah 'Balik Pulau'. Kalau pelancong mat salleh dia orang sewa motor je dan round keliling pulau hingga sampai lah ke kampung-kampung ni. Ada beberapa kampung kat sini tapi yang saya nak pergi makan ni kat kampung 'Kuala Perlis'. Kat kampung ni ada sebuah tempat makan yang popular yang dipanggil 'Restoran Laksa Gajus' kerana menu yang ngetop dikalangan pelanggan ialah 'laksa penang'. Mula-mula datang dulu tu agak pelik jugak kenapa namanya 'laksa gajus'.
Si Nazri ni pulak orang Kedah, jadi dia kata jom la singgah sebab dah lama tak makan laksa gajus (nama lain ialah janggus atau ketereh), so dia nak rasa la. dia ingatkan laksanya dicampur pucuk gajus. sebab kata nazri, kalau di Kedah memang ada laksa yang dicampur dengan pucuk gajus sebagai hiasan. i pun ok je sebab ini lah first time nak makan laksa campur gajus, sebelum ni tak pernah dengaar pun. Tapi bila kami dah order, tak ada pulak campuran pucuk gajus tu. i cakap kat nazri, betul ke ada laksa campur pucuk gajus. dia kata memang ada di kedah. Tapi bukan semua tempat. Tapi awat laksa kami tak ada pucuk gajus pulak.
Si Nazri ni biaq betui!!! Ada ka laksa campur pucuk gajus... Kami pun jenuh memikir-mikir kenapa laksa ni dinamakan laksa gajus, tapi tak ada gajusnya la pulak. Rupanya-rupanya memang dia tak campur gajus punnnn. Nama tu diambil sempena nama pokok gajus yang meneduhi gerai tu la. Kami duduk dekat meja yang terletak di bawah pokok gajus yang rendang. itu je la. He he he.. pakcik terkena! Tapi i tak puas hati, adakah pucuk gajus boleh dimakan sebab tak pernah makan pun sebelum ni. Nazri kata boleh dan sering dibuat ulam kalau kat kampung dia di Kedah nuu. i ni pun sebenarnya peminat ulam-ulaman gak so i pun petik la pucuk gajus sikit dan try rasa. mmmm... memang sedap rasanya. Ada macam rasa pucuk mangga sikit-sikit tapi yang ni lagi sedap.
Bestt gak...nazri kata kalau campur ngan laksa memang ngammm punya... i pun ada dok rasa macam tu la jugak bila lepas rasa pucuk tu. Jadi, kali kedua datang ni kami mai awai sikit dan sampai kat kedai tu jam 2.30pm tapi tak buka lagi untuk pesanan sebab operasi bermula jam 3.00pm. Masa kami sampai tu ada beberapa meja yang sudah diduduki oleh pelanggan. diorang datang lebih awal daripada kami dan sanggup tunggu semata-mata nak makan kat situ. Kami pun tunggu la jugak sampai persiapan mereka siap untuk jualan. Dalam setengah jam jugak la. Jam tiga petang orang dah berduyun-duyun datang dan semua meja yang disediakan hampir penuh. Kenderaan pulak berajela-jela di gigi jalan kampung tu sebab pelanggan dah ramai datang dan letak kenderaan kat situ. Kalau nak order kena berbaris la la pulak sebab kaedahnya ialah layan diri. Jadi kami yang mai awai ni pun jenuh la tunggu lagi sebab orang yang mai lewat tu mai-mai terus beratuq. kami dok lepak lagi, jadi tertinggallah kami kat belakang sekali, haru betuiiii... sabar je la.
Pesanan untuk laksa satu kaunter, minuman satu kaunter, goreng pisang satu kaunter. tapi kaunter bayarannya satu je. Tu yang buat slow tu, kena order banyak tempat dan banyak kali berbaris tapi kaunter bayarannya satu je. Yang banyak-banyak tu kaunter pesanan. Tension gak nihh. Selain daripada laksa, ABC ialah minuman yang popular gak kat sini. Hidangan untuk Laksa ada dua saiz. Saiz mangkuk besarnya berharga RM 1.80 manakala saiz mangkuk kecil plak berharga RM 1.00. Pas tu ABC plak yang tak ada aiskrim harganya RM 1.50 dan yang tambah aiskrim harganya RM 1.80. Agaknya orang ramai datang sebab harganya tu kot yang boleh dikategorikan dalam 'harga patut' dan rasanya plak boleh tahan jugak la selain lokasinya yang menjanjikan suasana kampung yang nyaman dan damai. Agak lama gak kami lepak kat situ sambil membaca akhbar, menjamu hidangan dan menikmati pemandangan kampung. Bila dah ramai sangat orang datang kami pun bagi can la kat orang lain nak duduk gak. So kami pun beredar la dari situ. Lain kali boring-boring boleh datang lagi. Sesaja je.... untuk perubahan.....!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Wah,pakcik glamer la masuk blog neh! Ahaks!
suka ke? kalau suka nanti i masukkan lagi gambar you yg lain kalau kebetulan kena dengan i punya tajuk.
haha, udah la tuh:P i tak fotogenik ...kwang3x....
Post a Comment