Hari ni 11 Mei 2007 bersamaan denga hari Jumaat merupakan hari terakhir kursus induksi yang perlu aku lalui sebagai penjawat jawatan kerajaan Malaysia. Kursus ni sebenarnya diwajibkan oleh pihak JPA bagi semua kakitangan awam Malaysia. Seronok juga mengikuti kursus ni sebab banyak ilmu dan maklumat mengenai negara Malaysia serta sistem pemerintahannya yang dapat dikethui di samping maklumat mengenai USM itu sendiri.
Kandungan kursus ni sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu kursus induksi khusus dan induksi umum. Induksi khusus tu lebih menumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan polisi dalam USM sendiri. Bagi Induksi umum pulak mengenai polisi kerajaan Malaysia secara umum. Itu je bezanya...
Apa yang aku perhatikan sepanjang dua minggu mengikuti kursus ni ialah, kebanyakan ceramah dan tugasan yang dijalankan oleh penceramah dan peserta banyak mengaplikasikan teknik 'teater' selain daripada kursus itu sendiri sebagai suatu 'aktiviti performance'. Masa ikuti kursus tu, terasa la pulak macam student balik. ye lah, duduk dalam lecture hall dan dengar fasilitator bagi lecture.
sambil tu ada la pulak yang tersengguk-sengguk masa lecture. mengantuk la tu.... ha ha ha aku pun buat-buat la jugak jegilkan mata walaupun turut sama mengantuk sebenarnya. kelakar pun ada rasanya.
Mana tak kelakarnya, bila aku mengantuk je aku cuba la 'usha-usha' member yang mengantuk kat dalam hall tu, pas tu aku gelakkan mereka. itu je la caranya nak hilangkan mengantuk.
Yang best tu sebenarnya masa buat tugasan berkumpulan. Masa ni lah kami dapat main-main sambil berbincang sebab tak ada lecture. Tugasan kumpulan ni membawa nilai 60% untuk markah keseluruhan. Tugasan pulak tak payah dibawa balik, siapkan masa tu juga dan kemudian buat presentation. Time presentation yang best tu sebab boleh buat lakonan. Nampaknya dalam kursus ni banyak bakat-bakat pelakon baru yang menyerlah. Tu yang buat tak mengantuk tu....
Tapi it was a beautiful experience and the people in the group were also nice. Kepada semua peserta induksi USM mei 2007, selamat berjumpa lagi pada 24 mei untuk sama-sama mengambil exam bertulis pulak bagi menampung lagi 40% markah exam akhir. Good luck untuk semua termasuk diriku sendiri. see you all...
No comments:
Post a Comment