Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, May 9, 2007
cuaca global
Malam tadi angin yang bertiup agak kencang hingga menerbangkan barangan di dalam rumah dan salah satunya ialah lampu meja dalam bilik tidur utama yang diperbuat daripada seramik itu. Di Pulau Pinang sekarang keadaan cuaca agak tidak menentu. Waktu siangnya agak panas terik manakala waktu malamnya pulak tidaklah sejuk sangat tapi cuaca malam tadi boleh dikategorikan dalam kategori ribut jugak la. Aku terdengar bunyi dentuman kecil beberapa kali seperti barangan yang jatuh terhempas ke lantai dan gril pintu rumah yang tidak ditutup rapat berlanggaran ke dinding akibat tiupan angin yang kuat. Di celahan daunan pintu dan tingkap yang sedikit terbuka terdengar bunyi macam siulan oleh angin kuat yang melaluinya. Aku yang tinggal di apartment tingkat sepuluh ni agak sedikit risau juga dengan situasi malam tadi yang mungkin menjanjikan pelbagai kemungkinan. Terasa macam bergoyang je block apartment tempat aku tinggal ni. Sewaktu ingin melelapkan mata angin masih lagi bertiup dengan kencang. Aku suka suasana hujan yang nyaman tetapi situasi ribut yang agak kuat begini turut mencemaskan. Aku cuba melelapkan mata dan akhirnya terus tertidur setelah lena dibuai emosi yang silih berganti di antara menikmati kesejukan dan bunyian hujan dan kerisuan akibat daripada kemungkinan negatif yang bakal berlaku. Sebelum itu, berita di tv memuatkan berita mengenai pemanasan global dan simptom yang akan dialami oleh manusia melalui perbicaraan alam dalam benntuk bencana. Jadi, sentiasalah beringat untuk sentiasa menghargai dan menghormati alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment