English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, May 15, 2007

Happy Teachers Day


Awal-awal pagi lagi pada hari ini aku menerima sms dari beberapa bekas pelajar yang mengucapkan 'selamat hari guru'. Walaupun aku bukan guru sekolah dan tidak pernah pun menjadi guru sekolah, tapi konsep guru itu mungkin boleh diluaskan tafsirannya hingga meliputi para pensyarah yang berada di universiti pun boleh dipanggil guru. Ye lah, tugas guru selain daripada mengajar turut juga mendidik dan membimbing. Jadi tugas itu turut juga dilaksanakan oleh para pensyarah di peringkat universiti walaupun peranan yang lebih besarnya ialah lebih kepada membimbing. Maka, hari guru boleh la juga diraikan oleh para pensyarah dengan cara tersendiri walaupun tidak semeriah dan khusus seperti guru-guru sekolah. Walaupun begitu, ucapan daripada mahasiswa dan beksa mahasiswa ini turut meninggalkan kesan sebenarnya. Kita dapat merasakan bahawa diri kita ini bermakna dan sesuatu yang bermakna juga mungkin telah kita sampaikan hingga meninggalkan kesan terhadap anak didik kita. Mungkin begitu lah agaknya. Walau bagaimanapun, saya juga ingin mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru sekolah saya yang telah mendidik saya sehinggalah saya menjadi seperti sekarang ini. Terima kasih untuk guru-guru semua. Jasamu tetap dikenang. Insyaallah.

No comments: