English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 7, 2014

GREECE HARI KETIGA

Pose bersama Prof. Solehah Ishak di Ruang legar bilik konferen
 
Jam 7 pagi saya mula mendapatkan sarapan di cafe hotel sehinggalah jam 8 pagi baharulah kami memulakan perjalanan menuju ke Titania hotel semula untuk menghadiri konferen. Pagi ini adalah giliran kami pula untuk membentangkan kertaskerja. Sesi kami bermula pada jam 11 pagi hinggalah jam 1 tengahari. 
Sedang membentangkan kertaskerja

Kami beertiga berada dalam sesi yang sama dan membentangkan kertaskerja lepas seorang demi seorang. Usai pembentangan, kami mendapat respon yang baik dari para peserta memandangkan kertaskerja kami adalah lain daripada yang lain. Seorang pembentang dari Jerma menghampiri saya seusai pembentangan dan menyatkan bahawa perbicaraan korpus adalah menarik kerana kami tidak berbicara tentang seni persembahan Barat sebaliknya seni persembahan tradisional Asia Tenggara khasnya Malaysia. Dia kata dan bosan dengar tentang seni persembahan Barat je, tapi kami punya lain sangat sebab tajuknya juga tentang Ritual performance as a healing process.....Ye la, daripada berates peserta yang membentangkan kertaskerja hanya kami tiga orang sahaja pembentang dari Malaysia. Selebihnya adalah dari US, Canada dan Negara-Negara Barat yang lain. Hanya seorang dari Indonesia dan seorang dari India. Jadi, sudah pastilah pembentangan kami menjadi perhatian....

Sedang membentangkan kertaskerja

Satu hal lagi, majoriti bahkan 90 peratus daripada pembentang dan peserta tersebut tidak pernah sampai ke bumi Asia Tenggara. Apatah lagi ke Malaysia mahupun Indonesia. Jadi, ini merupakan pengalaman yang baharu bagi mereka. Bagi meneruskan perbualan, kami menyambung lagi sewaktu menikmati makan tengahari yang tersedia seusai sahaja pembentangan kami yang berakhir pada jam 1 tengahari itu. Pembentangan disambung semula selepas makan tengahari sehinggalah jam 5 petang.


Di hadapan lobi Titania hotel

Di hadapan lobi Titania hotel

Di hadapan lobi Titania hotel

National Library, Athens

Academy of Athens

Academy of Athens

National Library, Athens

National Library, Athens

University of Athens

University of Athens

Stesen metro Panepistimio, untuk ke hotel Titania
 
 
Academy of Athens

Academy of Athens

Sewaktu perjalanan pulang ke hotel, kami berjalan kaki sepanjang jalan menuju ke stesen metro yang melalui beberapa monument penting, iaitu National Library, Athens, Academy of Athens dan University of Athens. Tiba di hotel, tidak lama saya merehatkan diri kerana ingin memenuhi masa dan ruang yang ada untuk brsiar-siar lagi di kota Athens ini. Jadi, lebih kurang jam 5.30pm saya keluar semula menuju ke metro yang akan membawa saya ke Sytgma Square. Tiba sahaja di situ saya terus meluru ke bangunan parlimen kerana hari ni saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan upaca pertukaran syift pengawal perlimen.

Parlimen Athens

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan pertukaran syift

Pengawal Parlimen Athens sedang melakukan upacara pertukaran syift

Upacara pertukaran syift pengawal parlimen Athens ini dilakukan dalam bentuk gerakan danformasi yang menarik. Ia juga merupakan sebahagian daripada tarikan pelancong di kota ini. Hal ini lebih kurang sama macam situasi pengawal di istana Buckingham London, la..... Apabila selesai melakukan upacara pertukaran yang berlangsung kira-kira 15 minit itu, para pelancong dibenarkan untuk mengambil gambar dengan pengawal yang sentiasa berdiri tegak itu. Apa lagi, saya pun tidak mahu melepaskan peluang itu, terus sahaja berdiri di sebelah pengawal untuk merakamkan pemandangan yang menarik itu.....

Bersama pengawal parlimen setelah melakukan upacara pertukaran syift

Selesai di situ, saya meneruskan perjalanan menuju ke Plaka untuk melihat-lihat sahaja dan apabila hari sudah semakin gelap saya saya memutuskan untuk singgah makan malm di sebuah café yang namanya Tepina. Kebetulan pulak salah seorang pramusaji café Tepina tu adalah Muslim, jadi memudahkan saya untuk membuat pesanan dan dia pun turut memberi cadangan tentang status halal hidangan yang disediakan. Bila hidangan dah sampai saya pun menjamahnya dengan berselera sekali keran rasanya juga relative enak. Suasana malam di kota Athens sambil menikmati makanan yang enak itu amat menyenangkan sekali.... Alhamdulillah....

Makan malam

Plaka

Selesai menikmati hidangan malam itu, saya pun beredar meninggalkan Plaka untuk pulang semula ke hotel. Dari Plaka saya berjalan kaki ke stesen metro Sytgma untuk pulang sambil singgah sebentar di lokasi-lokasi menarik sepanjang perjalanan itu sambil merakamkan foto......

Gereja lama di Plaka

Suasana malam di kota Athens ini memeang tenteram dan menyenangkan serta selamat. Polis juga kelihatan di sekitar lokasi tumpuan pelancong walaupun tiada apa-apa perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Puas berjalan seharian itu, akhirnya saya pun tiba di hotel dan terus merehatkan diri......

Sunday, July 6, 2014

HARI KEDUA DI ATHENS

Ruang legar dewan konferen, Titania Hotel, Athens

Jam 7 pag ini seperti biasa saya akan turun ke café untuk mendapatkan sarapan pagi. Rakan lain masih belum turun lagi, tapi tak apalah saya tunggu di café je. Waktu konferen akan bermula pada jam 8.30 pagi jadi makan pagi ni kena cepat sikit..... dalam 15 minit kemudian rakan lain pun turut menyertai saya sarapan sehinggalah jam 8.15 pagi lebih kurang, baharulah kami memulakan perjalan ke konferen. Seperti juga semalam, kami menuju ke lokasi konferen dengan cara yang sama, iaitu dengan menaiki metro sebab mas pun dah agak suntuk nih.....

Urusetia konferen sedang mencatatkan pendaftaran peserta

Jam 8.30 pagi kami pun tiba dan terus melakukan pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran kepada urusetia konferen yang berada di ruang legar bilik konferen yang terletak di tingkat 1 hotel Titania itu. Setelah berjaya mendaftar, kami pun menuju masuk ke ruang seminar utama dan pengerusi ATINER sedang memberikan ucapan kepada para peserta. Maknanya kami agak lewat sedikit lah....

Sedang mengikuti pembentangan rakan dari Negara peserta

Pelbagai tajuk kertaskerja yang dibentangkan dari pagi hingga tengahari itu dan kesemuanya memang menarik. Setiap sesi akan diselangi dengan minuman ringan. Pada waktu tengahari pula semua peserta akan makan secara buffet di restoran hotel tersebut kerana ia termasuk dalam yuran konferen itu. Jadi, tengahari itu, saya makan di hotel Titania dan menu pilihannya juga adalah pelbagai dan boleh dimakan keran terdapat sayuran dan ikan yang relatifnya enak. Sewaktu menikmati hidangan tengahari itu, saya sempat berbua-bual dengan beberapa peserta konferen yang antaranya dari Romania, USA, Canada dan South Africa. Perbualan itu memang sangat memberangsangkan dan dapatlah bertuakar-tukar pandangan tentang situasi seni persembahan di Negara masing-masing.

Usai makan tengahari, konferen diteruskan dan bila selesai saya pulang semula ke hotel untuk berehat seketika. Namun kemudian keluar semula kerana waktu masih cerah lagi sebab maghrib hanya akan masuk pada jam lebih kurang 10 malam. Jadi waktu cerah yang ada digunakan untuk brsiar-siar. Petang ini kami perlu memenuhi keinginan semalam, iaitu mencari Hard Rock Café.

Di hadapan bangunan parlimen Athens

Sytgma Square

Sytgma Square

Sytgma Square



Sytgma Square

Sytgma Square ke Plaka

Jalan dari Sytgma Square ke Plaka

Jalan dari Sytgma Square ke Plaka

Jadi, keluar dari hotel je, terus ke stesen metro dan menuju ke Sytgma Square. Dari situ saya bergerak mencari lokasi Hard Rock café mengikut peta yang didapti dari penyambut tetamu hotel semalam. Laluan yang dilaui itu adalah lokasi Plaka yang tidak kurang terkenalnya di Athens ni sebagai pusat membeli belah. Puas berjalan, namun masih tidak ditemui yang dimaksudkan hinggga kami singgah di sebuah keai cenderahati dan bertanyakan pemiliknya tentang lokasi HRC. Si isteri dengan ramah melayani pertanya kami namun gagal menunjukkan lokasi HRC. Kemudian dia bertanyakan suaminya yang ttidak boleh langsung berbahasa Inggeris. Walaupun begitu, si suami ini amat prihatin untuk membantu lantas menghubungi rakannya bertanyakan lokasi HRC. Setelah beberapa panggilan dibuat, akhirnya kami dimaklumkan bahawa lokasi HRC telah berpindah ke tempat lain yang berhampiran dengan laut. Jaraknya dari tempat kami berada ketika itu adalah lebih kurang 30 minit dengan menaiki teksi. HHHmmmm agak jauh jugak tu......

Bersama pasangan suami & isteri penjual cenderahati yang peramah

Akur dengan jawapan tersebu, kami mematikan hasrat untuk mencara HRC lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada penjual yang peramah itu, kami pun berlalu dan meneruskan perjalanan bersiar-siar di Plaka yang tidak kurang terkenalnya itu. Setelah melalui pengalaman itu, saya mendapati bahawa masyarakat Athens ni secara relatifnya adalah peramah dan sedia membantu. Selain itu, orang-orangnya adalah relative cantik dan segak berbanding orang-orang negara Eropah yang lain.

Plaka

Plaka
 
Plaka

 
Puas berjalan, akhirnya saya singgah di sebuah café yang menyediakan kopi dan baklava. Jadi, saya pun duduk di situ dan memesan kedua-dua menu tersebut. Sambil menikmati hidangan enak itu, dapatlah merahtkan diri sekejap sebab kaki pun dah letih dan sakit-sakit sebab terlalu banyak berjalan. Namun, saya kira ini baik juga untuk saya sebagai suatu exercise. Beribu-ribu langkah jugak dah berjalan ni sejak dari hari pertama tiba di Athens ni.....
 
Menikmati kopi dan baklava di Plaka

Menikmati kopi dan baklava di Plaka

Selesai minum kopi dan berbual-bual kami meneruskan perjalanan di Plaka dan singgah di kedai cenderahati untuk membeli sedikit ole-ole. Sehinggalah malam menjelang tiba dan badan pun dah terasa letih namun tidak lah lapar sangat. Jadi malam ni skip je dinner.....terus menuju ke stesen metro dan balik semula ke hotel.

Singgah di kedai cenderahati Kedima di Plaka
 
Tiba di hotel dalam jam 10 malam, maknanya dah masuk maghrib la tu...... usai solat terus tidur sebab letih sangat.....Lagi pun besok pagi perlu pergi konferen lagi sebab hari ni kami hanya menikmati pembentangan rakan-rakan dari negara lain. Esok pulak adalah giliran kami untuk membentangkan kertaskerja. Semua powerpoint dah siap dah.... jadi tidur je lah.... 

HARI PERTAMA DI ATHENS, GREECE

Pemandangan dari tingkap kamar Hotel di waktu pagi

31.5.2014 (Sabtu), Usai solat subuh saya bersasa sedikti segar setelah dapat tidur agak lena malam tadi. Apabila hari telah semakin cerah, saya mengambil kamera untuk merakamkan pemandangan pagi pertama di Athens. Saya bersiap-siap untuk turun sarapan pada jam 7.00 pagi dengan memakai pakaian yang sama kerana beg pakaian saya tiada. Saya ingin mengetahuinya pagi ini lalu keluar bilik menuju ke lift dan terus turun ke lobi. Sesampainya sahaja di lobi saya dapati tiga bagasi telah diatur dengan elok di hadapan kaunter penyambut tetamu. Saya terus bertanyakan Aris yang masih lagi dalam syif tugasnya pada pagi itu berkenaan beg tersebut. Aris menyatakan bahawa beg tersebut telah tiba pada malam tadi dari lapangan terbang. Saya memang mengenali ketiga-tiga beg itu dan terus mengabil beg saya sambil mengucapkan terima kasih kepada Aris.

Saya memasuki lif dan membawa beg saya ke kamar dan setibanya di kamar saya langsung menghubungi kedua-dua rakan bahawa beg telah tersedia di kaunter lobi. Kemudian saya membuka beg saya dan dapatlah saya menukar pakain yang baharu pada pagi itu. Alhamdulillahhh..... Usai menukar pakaian, saya langsung sahaja turun semula ke lobi untuk mendapatkan sarapan pagi di café yang letaknya bersebelahan dengan kaunter lobi.
Di lobi hotel
 
Pagi pertama di bumi Athens amat menyenangkan sambil menikmati sarapan menu Greece yang enak itu. Pagi ni saya menikmati minuman jus, kopi, roti, sayuran, telur, susu, biji-bijian dan ikan yang disedikan sebagai menu yang halal untuk saya makan. Selain menyihatkan, menu tersebut juga sangat enak dan citarasa Greece nampakanya kena dengan selera saya. Kopi yang disediakan juga menepati selera dan citarasa saya. Sambil menunggu rakan-rakan lain turut serta menikmati hidangan, saya terlebih dahulu menikmatinya dengan santai sahja. lagi pun aktiviti hari ini hanyalah untuk melawat-lawat sahaja....
 
Taman bersebelahan hotel Alexandros dalam perjalanan menuju ke stesen metro

Selesai menikmati hidangan pagi itu, saya pergi ke kaunter penerimaan untuk mendapatkan peta Athens bagi memudahkan saya merancang lokasi yang ingin dituju. Hari ni saya bercadang untuk mencari lokasi konferen yang akan bermula esoh hari. Jadi, saya pertanyakan kepada penyambut tetamu tentang lokasi hotel Tatiana di mana konferen akan berlangsung. Setelah mengenalpasti lokasi dan cara untuk pergi ke sana, saya terus meninggalkan hotel menuju ke stesen metro. Pada awalnya saya telah menuju ke arah yang bertentangan. Hal ini disedari apabila saya merasakan bahawa jarak dan jangkamasa yang diberitahu oleh penyambut tetamu hotel tadi telah melebihi. Saya pun bertanyakan beberapa orang yang berbual-bual di taman berdekatan jalan yang saya lalui tentang lokasi stesen metro Megaro Moussikis. Seorang daripadanya memberitahu bahawa saya telah mengambil jalan yang bertentangan dan memaklumkan agar saya berpatah balik. Saya pun akur dengan keterangan itu dan mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Stesen Megaro Moussikis ini merupakan yang paling hampir dengan hotel saya menginap. Perjalanan menuju ke sini dari hotel mengambil masa kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki. Kedutaaan Amerika juga terletak bersebelahan dengan stesen metro Megaro Moussikis.
 


Setibanya di steten metro itu, saya membeli tiket melalui mesin yang tersedia di situ dan menekan butang untuk belian tiket secara pakej bagi tempoh seminggu yang hanya berjumlah 14 Euro. Tiket ini boleh digunakan selam 24 jam sehari dan mode kenderaan yang boleh dinaiki selain daripada metro adalah bas dan tram.

Stesen metro
 
Bila dah dapat tiket tu, saya pun turun ke dalam tanah lagi untuk mendapatkan line metro no. 3 berwarna biru yang menuju ke Sytgma Square. Kerana untuk pergi ke Titania hotel dari stesen Megaro Moussikis saya perlu singgah di sini dan mengambil metro lain yang menuju ke sana. Saya dimaklumkan oleh, penyambut tetamu hotel tadi bahawa sekiranya tidak mahu menggunakan metro, saya boleh turun di stesen ini dan berjalan kaki menuju ke hotel tersebut. Jarak berjalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minti sahaja.
Tangga masuk ke dalam stesen di bawah tanah


Oleh sebab saya sudah mengenalpasit lokasi hotel tersebut, maka pagi ini saya tidak terus pergi ke hotel itu. Saya bercadang untuk pergi ke sana pada sebelah petang. Sebab pagi ni saya mempunyai rancangan yang lain, iaitu melawat ke Akropolis yang terkenal itu. Jadi, setelah tiba di stesen Sytgma Square, saya turun di situ dan mengambil metro line no. 2 berwarna merah yang akan membawa saya ke Akropolis.

Menanti metro tiba

Tiba di Stesen Metro Akropoli
 
Perjalanan menaiki metro ni tidak lama, kira-kira 5 minit sahaja dah tiba di stesen Akropolis lalu saya pun turun di situ. Keluar sahaja dari torwong metro itu, terus sahaja ternampak Muzium Akropolis. Saya merasa sangat teruja untuk masuk ke dalamnya kerana setelah sekian lama, inilah masanya saya dapat menikmati pemandangan bersejarah yang indah itu.
 
Di luar Muzium Akropolis yang terkenal itu
 
Perjalanan memasuki muzium Akropolis

Menuju pintu muzium Akropolis


Di dalam lokasi muzium Akropolis berlatarbelakankan Theatre of Dionysus yang terkenal itu

Di dalam lokasi muzium Akropolis berlatarbelakankan Theatre of Dionysus yang terkenal itu

Theatre of Dionysus

Theatre of Dionysus

Theatre of Dionysus

Theatre of Dionysus

Dipertengahan jalan menuju ke puncak Akropolis

Dipertengahan jalan menuju ke puncak Akropolis
 
Menuju ke puncak Akropolis

Menuju ke puncak Akropolis

Coleseum Tinggalan Empayar Rome dari puncak Akropolis

Berlatar belakangkan Theatre of Dionysus dari puncak Akropolis

Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis

Di puncak Akropolis

Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis

Di puncak Akropolis

Berlatar belakangkan Parthenon yang terkenal itu di puncak Akropolis

The Erechtheion

The Erechtheion

Menuruni Akropolis melalui sisi Parthenon

Menuruni tangga ke kaki bukit meninggalkan puncak Akropolis

Itulah dia pengalaman saya melawat ke muzium Akropolis ini dengan kadar bayaran sebanyak 12 Euro untuk masuk ke muzium tu. Tempat-tempat atau monument yang saya lawati adalah Temple of Dynosia, Theatron, Pathenon dan The Erechteion. Hhhmmmm... sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana sensasi pengalaman yang saya lalui sewaktu melawat ke sini......

Usai lawatan dalam muzium tu, kaki pun dah terasa letih dan sakit-sakit sebab berjalan terlalu lama menaiki dan menuruni bukit Akropolis dalam cuaca yang relative panas itu..... saya singgah di warung penjual kekacang dan membeli sedikit untuk dikunyah..... pak cik 2 orang dalam gambar di bawah tu adalah penjual kacang yang berperisa manis dan ada juga yang masin.

Singgah membeli kekacang di luar Muzium

Bahagian belakang panggung Colesuem peninggalan Empayar Rome di Athens yang sedang direnovasi 


Tiba di luar museum berlatarbelakangkan barisan cafe

Singgah sebentar di café untk menikmati ais krim kerana cuaca yang panas



Dalam perjalanan pulang itu, saya sempat singgah di café yang menjual ais krim sebab cuaca panas kering ni teringin pulak untuk membasahkan tekak dengan ais krim. Setelah menikmati aiskrim tu, masuk pulak ke dalam kedai cenderahati untuk melihat-lihat apa yang boleh dijadikan cenderahati.....

Usai di situ, saya meneruskan perjalanan menuju ke stesen metro untuk ke destinasi berikutnya iaitu Flea Market yang terkenal itu. Tiada apa-apa yang dibeli di Flea Market ni, hanya berjalan-jalan dan melihat-lihat sahaja kerana belum ada keinginan untuk membeli-belah lagi. Pelbagai barangan yang dijual di sini yang beraneka ragam. Namun sebelum pulang, saya sempat membeli buah strawberry yang relative murah itu untuk dijamah. Walau pun tiada apa-apa yang debeli, namun agak lama juga saya berada di situ sehingga jam menunjukkan jam 6 petang. Baharulah saya mengambil metro semula untuk pulang ke hotel.


Singgah di Flea Market dalam perjalanan pulang ke hotel



Shopping jap di Flea Market


Buah-buahan murah di Flea Market

Cenderahati di Flea Market


Buah-buahan murah di Flea Market

Cenderahati di Flea Market (Topi Trojen)

Dataran di Flea Market

Di hadapan stesen metro di Flea Market

Tiba di hotel Alexandros

Setibanya di hotel saya merehatkan diri bagi menghilangkan lelah berjalan seharian sambil membersihkan diri dan menunaikan solat. Oleh sebab urusan hari ini masih belum selesai lagi maka pada jam 8 malam saya turun ke lobi dan bersama dengan rakan-rakan memulakan langkah menuju ke stesen metro semula. Sebabnya, kami perlu memastikan lokasi sebenar hotel Titania, iaitu tempat untk berseminar yang akan bermula pada esok pagi.

Hotel Titania, tempat konferen berlangsung

Setibanya di stesen Sytgma, kami tidak berjalan kaki ke sana kerana hari sudah agak gelap, risau takut sesat pulak. Jadi kami menaiki metro sahaja untuk ke sana. Tak la jauh sangat dalam kira-kira 5 minit naik metro dah sampai. Keluar dari stesen metro, kami perlu berjalan kaki sikit kira-kira dalam 3 minit untuk tiba di hotel tersebut. Setibanya di sana, saya bertanyakan penyambut tetamu di situ bagi memastikan bahawa kami telah berada di lokasi sebenar konferen esok. Setelah pasti, kami mengucapkan terima kasih. Tapi sebelum beredar kami sempat bertanyakan lokasi Hard Rock Café di Athens ni kepada penyambut tetamu tersebut. Katanya tak jauh lokasinya dan boleh berjalan kaki sahaja. Merujuk kepada peta yang diberikannya, lokasi itu tidak jauh dari Sytgma Square. Jadi, kami pun bejalan kaki menuju ke sana seperti yang dicadangkan.

Bangunan Parlimen, Athens, Greece di waktu malam

Lama berjalan akhirnya kami tiba di Sytgma Square namun gagal menemui lokasi yang dimaksudkan. Oleh sebab hari sudah agak glap maka kami memutuskan untuk mencarinya pada esok hari di waktu siang. Perut pun dah mula keroncong dan kebetulan di Sytgma Square terdapan restoran McDonald maka kami pun singgah di situ untuk mendapatkan makan malam, iaitu finsh & chip. Usai makan, kami mengambil metro semula untuk pulang ke hotel dan beradu.......Sebelum tu sempatlah mengambil gambar bangunan parlimen Athens pada waktu malam.....