17.4.19 (Rabu) – gerak ke klia2 –
tiba di seoul
Ini merupakan pertamanya kalinya
saya menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia untuk penerbangan jauh
melampaui Asia tenggara. Saya tiada pilihan lain dan masa juga sudah kian
suntuk, lalu terus sahaja membuat tempahan penerbangan secara dalam talin hanya
beberapa hari sahaja sebelum berlepas. Nak juga tahu macamana agaknya
penerbangan Air Asia X nih….kali pertama nak naik….macam biasalah masa membuat
tempahan melalui platform online tu harganya tidak termasuk makan, luggage 20
kilo dan pilihan tempat duduk. Jadi bila nak mendaftar masuk dalam talian
tu…kenalah tambah kos untuk perkara-perkara tersebut….Tak pe lah…cuba dulu kali
ni….nanti tengok macamana…..
Saya bangun seawal jam 3.00 pagi
sebab teksi akan mengambil saya dari rumah pada jam 4
pagi….Alhamdulillah….pakcik teksi ni tidak pernah mengecewakan saya…..dia tiba
memang lebih awal daripada waktu yang dijanjikan….lazimnya dalam 5 hingga 10
minit lebih awal. Setibanya teksi di hadapan rumah, saya pun terus meninggalkan
rumah menuju ke KLIA2 dan tiba di sana
pada jam 5.00 pagi. Saya pun membayar tambang teski sambil mengucapkan terima
kasih…..lalu terus menuju ke kaunter daftar masuk, tapi masih belum buka…..saya
memutuskan untuk mendapatkan sarapan pagi dahulu…..sehingga jam 5.30am saya
kembali ke kaunter tapi masih belum buka dan hanya akan dibuka pada jam
6.00am….saya pun menuju ke mesin automatic untuk mendapatkan tag
luggage…kemudian terus beratur di hadapan kaunter…..dan dalam jam 6.15am urusan
daftar masuk saya selesai. Saya terus bergerak menuju ke balai pelepasan dan
sempat untuk menunaikan soalt subuh terlebih dahulu…
Jam 7.40am penerbangan pun
berlepas menuju ke Seoul yang mengambil masa selama kira-kira enam jam. Tiba di
Seoul Airport saya ambil airport bus yang
tambangnya KRW10,000 dan turun kat
station Hyung Jung…. dan terus jalan kaki cari hotel…. tak jumpa. Lalu sya
terjumpa Starbuck Hongit University dan singah disutu untuk dapatkan wifi
sambil minum kopi. Saya bka google map dan print
screen lokasi hotel. Usai mengopi, saya meneruskan perjalanan mencari hotel
mengikut arahan google map tu sambil tanya orang yang saya jumpa…..mereka
sangat baik hati dan membantu…..akhirnya jumpa juga dengan Kennystory Inn Hotel….Alhamdulillah….check
in jam 6.30pm untuk 5 malam. Rehat……..print
screen Seoul Metro Map dari internet…
No comments:
Post a Comment