English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, January 2, 2018

SARAJEVO AKU DATANG LAGI

Eternal Flame

14.2.2017 (Isnin) Alhamdulillah....hari ni menghabiskan masa satu hari lagi di Sarajevo sebelum terbang ke Istanbul pada esok hari. Jadi, pagi ni saya bercadang untuk keluar bersiar-siar lagi dai sekitar Sarajevo Old Town ni....dari hotel saya bergerak menuju ke Eternal Flame, Ia merupakan sebuah memorial untuk memperingati tentera dan orang awam yang menjadi mangsa dalam Perang Dunia Kedua di Srajevo, Bosnia Harzegovina. Memorial ini telah didedikasi pada 6 April 1964, sempena ulang tahun pertama pembebasan Bosnia daripada tentera Nazi, Jerman. Memorial ini terletak betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Sarajevo. Di persimpangan jalan di antara Mula Mustafa Baseskije, Titova dan Ferhadija. 

Eternal Flame

Eternal Flame

Eternal Flame

Eternal Flame

Eternal Flame

Eternal Flame

Sarajevo National Theatre

Dari Eternal Flame, saya terus berjalan dan akhirna terjumpa Sarajevo National Theatre. Bangunan teater terletak di Obala Kulina Baini, dibina menghadap dataran Susan Sontag Squre pada tahun 1919 dan melalui pelbagai penambahbaikan dan pada tahun 1921 baharulah persembahan pertama dipersembahkan di sini. Setelah hampir 100 tahun penubuhannya, telah lebih daripada 1000 persembahan di sini...oleh sebab tertarik, saya pun singgah untuk melihat-lihat di sini. Saya sempat ke kaunter box office dan bertanyakan tentang persembahan yang akan berlangsung pada malam ini. Tiket sentiasa ada dijual di situ...katanya, jadi saya bercadang untuk datang awal pada petang ini dan membeli tiket pada waktu itu sahaja.  
Sarajevo National Theatre




Bazar Sarajevo,  Old Town

Usai di National Theatre, saya meneruskan perjalanan melalui bazar di lorong-lorong sepanjang Old Town Sarajevo tu...sehingga akhirnya saya tiba di Sebilj, iaitu fountain yang diperbuat daripada kayu mengikut gaya pseudo-Ottoman. Fountain ini terletak di tengah-tengah dataran Baščaršija dan telah dibina oleh Mehmed Pasha Kukavica dalam tahun 1753. 

Sebilj, Bascarsija, Sarajevo Old Town


Sebilj, Bascarsija, Sarajevo Old Town



Sebilj, Bascarsija, Sarajevo Old Town





Sebilj, Bascarsija, Sarajevo Old Town


Sebilj, Bascarsija, Sarajevo Old Town


Bascarsija, Sarajevo Old Town

Gazi Husrev Beys Mosque,Bascarsija, Sarajevo Old Town 

Gazi Husrev Beys Mosque, Bascarsija, Sarajevo Old Town 

Di Bascarsija, Sarajevo Old Town ini juga, berhampiran dengan fountain tu terdapat Gazi Husrev Beys Mosque. Masjid ini telah dibina pada tahun 1530 oleh Gazi Husrev Beys.  

Gazi Husrev Beys Mosque,Bascarsija, Sarajevo Old Town 

Gazi Husrev Beys Mosque,Bascarsija, Sarajevo Old Town 

Gazi Husrev Beys Mosque,Bascarsija, Sarajevo Old Town 


Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town


Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town


Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town

Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town

Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town

Sungai Miljacka, Bascarsija, Sarajevo Old Town

Vijecnica, Sarajevo City Hall

Dari masjid itu, saya bergerak menuju Vijecnica yang telah dibina pada tahun 1891 oleh Karel Prik, iaitu arkitek dari Chzech tetapi pembinaannya tergendala sebab mendapat kritikan daripad Menteri pada masa itu, iaitu Baron Benjamin Kally. Vijecnica ni merupakan bangunan terbesar yang mewakili era Austro-Hungarian di Sarajevo dan dijadikan city Hall. Ia hanya dibuka semula pada 9 Mei tahun 2014.


Vijecnica, Sarajevo City Hall

Singgah makan tengahari

Lama sangat dah berjalan-jalan rasanya, hari pun dah semakin tinggi menjelang tengahari. Saya pun bercadang nak singgah makan tengahari pulak. Puas juga berputar-putar sekitar Old Town tu untuk mencarai makanan yang membuka selera sehingga akhirnya saya singgah di sebuah restoran yang ada menghidangkan nasi goreng, koatanya. Saya pun masuk dan memesan nasi goreng campur ayam....tapi bila dah tiba...nasi gorengnya tidaklah kering macaman di Malaysia, tapi lebik je dan rasa macam mentah je....tapi sebab dah order....saya pun makan je la....tapi tak dapat nak habiskan.... saya makan ayamnya je....
Singgah makan tengahari

Singgah makan tengahari


Menu makan tengahari, nasi goreng ayam...


Menu tambahan makan tengahari, sup ayam...

Oleh sebab tak puas rasanya amakan nasi goreng lembik tu, saya pun meemsan sup ayam dan Alhamdulillah...bolehlah memenuhi selera dan sup tu saya cicah dengan roti yang turut dihidangkan dengan nasi tadi........Usai makan menu utama tu, saya pun memesan caffe latte dan terus duduk berehat-rehat di restoran tu.....

Caffe Latte selepas makan tengahari

Usai makan tengaharim, saya pun pulang semula ke hotel untuk merehatkan diri....sebab petang nanti nak keluar lagi menonton teater......

No comments: