Yogjakarta, Indonesia
Usai solat subuh, saya memastikan sekali lagi perkara-perka penting yang perlu dibawa dan bila jam dah menghampiri 7.00 pagi, saya pun turun ke lobi apartment untuk mendapatkan teksi yang ditempah. Setibanya saya di lobi, teksi yang dijanjikan telah pun sedia menanti. Tanpa lengah, saya terus sahaja mesauk ke dalam perut teksi sambil menyapa pemandunya. Teksi terus bergerak meninggalkan apartment di mana saya tinggal dan meeluru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tidak banyak perbualan dengan pemandu teksi pada pagi itu, hanya sekadar pertanyaan kepastian dari pemandu teksi tentang waktu kapalterbang saya akan berlepas. Oleh sebab hari ni hari Ahad dan masih awal pagi, maka jalan raya menuju ke Lapangan terbang memang sangat lengang daripada kenderaan. Perjalanan teksi hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba di lapangan terbang itu.
Setibanya di lapangan terbang, saya terus sahaja membayar tambang seperti yang telah dijanjikan iaitu RM20. Sambil mengucapkan terima kasih, saya membuka pintu teksi dan keluar menuju ke dalam terminal. Saya masih tidak nampak kelibat rakan-rakan lain yang akan turut berpergian bersama-sama saya ke Jogjakarta yang seramai 14 orang itu. Oleh sebab masih awal lagi dan perut saya pun terasa lapar, lalu saya menuju ke restoran McDonald lalau memesan kopi dan pancake untuk sarapan pagi itu. Memandangkan ruang makan di situ penuh, jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari ruang terminal dan menuju ke sisi jalan untuk menikmati sarapan di situ. Kebetulan, bila keluar sahaja, saya di sapa oleh dua orang rakan lain yang turut berpergian bersama saya. Lalu, saya pun turut menyertai mereka duduk di sisi jalan itu sambil menikmati sarapan.
Ketika jam menunjukkan hampir jam 7.40 pagi, kami pun masuk ke dalam terminal dan terus menuju ke kaunter daftar masuk AirAsia dan di sana rakan urusetia lawatan kerja yang menguruskan hal ehwal perjalan ini telah sedia menanti untuk mendaftar masuk secara berkumpulan. Selalunya bila 'backpackers' saya sorang-sorang je menguruskan diri sendiri. Sekarang ni bila ada ornag lain yang menguruskan... rasa kekok pulak walaupun relatifnya lebih mudah. Bila semua urusan daftar masuk sudah selesai, saya dan beberapa rakan pergi semula ke restoran McDonald tapai saya tidak memesan makanan lagi, hanya sekadar menemani rakan-rakan yang belum bersarapan. Leka berbual, kami bergegas menuju ke ruang pelepasan bila jam menunjukkan jam 8.15 pagi.....mmmm....kira agak lewat dah nih...
Usai pemeriksaan imigresen, kami terus bergegas ke kaunter pelepasan kerana kapal terbang yang perlu kami naiki telah pun tiba dan semua penumpang ke Jakarta perlu masuk ke dalam pesawat segera. Penerbangan AirAsia yang saya naiki ni berlepas dari Penang - Jakarta - Jogjakarta, sebab tiada penerbangan terus AirAsia dari Penang ke Jogjakarta. Oleh sebab kami tidak mahu transit di Kuala Laumpur maka kami memilih untuk transit di Jakarta sahaja. Setelah masuk ke dalam pesawat, saya terus mengambil tempat duduk mengikut nombor yang tertera pada pada pas masuk. Kemudian anak-anak kapal melakukan pemeriksaan kabin yang mengambil masa beberapa minit jugak la untuk selesai. Kira-kira jam 9.25 pagi, baharulah pesawat berlepas menuju k Jakarta. Hidangan pagi turut disediakan keran telah ditempah lebih awal secara dlam talain oleh pihak urusetia. Menu pagi ini adalah Nasi Ayam...... ok la... tapi tak ada sayaur!!! semata-mata nasi dan ayam jer.....Oleh sebab saya telah pun mendapatkan sarapan pagi tadi, jadi tak la teruja sangat nak makan dan boleh terima la menu yang macam tu....sekadar untuk mengalas perut..... Namun begitu, sedikit cuitan buat pihak pengurusan AirAsia agar meningkatkan lagi kualiti penyediaan menu sajian kepada penumpang agar memenuhi keperluan keseimbangan khasiat pemakanan, terutamanya peminat sayuran dan buah-buahan seperti saya ni....
Menanti ketibaaan pesawat dari Jakarta ke Yogjakarta di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia
Penerbangan dari Penang ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta lebih kurang jam 10.50 pagi WIB [Waktu Indonesia Barat]. Kalau waktu Malaysia ialah 11.45 pagi kerana waktu Indonesia lewat satu jam berbanding waktu Malaysia. Sebak sahaja pesawat mendarat, saya pun menuruni tangga pesawat menuju ke shuttle bus AirAsia yang telah sedia menunggu untuk membawa saya ke terminal ketibaan. Sampai di terminal ketibaan, saya menuju ke bahagian pengambilan barangan untuk mendapatkan beg saya yang disimpan di kargo pesawat. Bial dah dapat beg tu, kena berjalan kaki keluar dari terminal dan masuk pula ke dalam terminal mendaftar masuk yang terletak bersebelahan untuk daftar masuk pesawat AirAsia ke Jogjakarta pulak.....Pendaftaran masuk pun sama gak dilakukan secara berkumpulan dan masa nak daftar tu kena bayar cukai lapangan terbang domestik sebanyak 40,000 Rupiah [lebih kurang RM12] dan sticker pembayaran dilekatkan pada pass masuk. Lebih kurang 30 minit urusan daftar masuk pun selesai dan saya pun terus naik ke ruang dewan pelepasan di tingkat satu bangunan terminal. Ok gak terminal ni... konsepnya jimat tenaga dengan memanipulasi tenaga solar terutamnya dari segi pencahayaan kerana sebahagaioan dariapda bumbungnya diperbuat daripada bahan telus cahaya. Penyaman udara juga sangat sederhana sejuknya dan tidak berlebihan dari segi penggunaan tenaga elektrik.
Pun begitu, penerbangan dari Jakarta ke Jogjakarta ni hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk tiba.... jadi 3.50 petang, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang [Bandara] Adji Sudjipto, Jojakarta, Indonesia. Oleh sebab bandara ni kecil sahaja, jadi jarak pesawat dengan terminal tidak lah jauh sangat dan hanya boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki shuttle bus. Saya pun turun dari perut pesawat dan terus menuju masuk ke dalam terminal dan di situlah juga lokasinya untuk mengambil barangan. Saya menanti seketika untuk mendapatkan beg dan apabila semua rakan-rakan telah mendaptkan barangan masikng-masing, kami pun bergerak melalui pegawai imigresen untuk keluar dari terminal. Setibanya di luar terminal, pemandu pelancung yang memang telah ditempah dari awal telah sedia menanti dan kami terus sahaja dibawa menuju ke bas yang telah pun sedia menanti. Urusetia memaklumkan bahawa kami perlu menunaikan solat terlebih dahulu sebelum dibawa menuju ke hotel. Akur dengan permintaan kami, Ibu Wati yang merupakan pemandu pelancung kami sepanjang tempoh keberadaan di Jogjakarta mencadangkan agar singgah di Masjid Baitul Hidayah yang betul-betul berada di hadapan terminal terbang. Lokasi masjid ini juga masih lagi berada dalam tanah milik bandara. Saya menunaikan solat di masjid itu beserta rakan-rakan yang lain.
Usai solat, hari sudah pun petang dan menghampiri malam kerana waktu Maghrib di sini lebih awal berbanding Malaysia sebab waktu gelapnya pun cepat kira-kira jam 5.40 pm dah nak masuk Maghrib. Jadi, untuk tidak membuang masa, kami mencadangkan agar dibawa ke restoran terlebih dahulu untuk mendapatkan makan malam dan selepas itu baharulah dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk. Ibu Watu bersetuju dengan cadangan itu dan kami pun terus dibawa ke Restoran Bumbu yang menghidangkan sajian masakan Jawa. Waduh.... memang enak maskan Jawa ni sebenarnya....tidak sama rasanya dengan masakan Jawa yang disajikan di luar Tanah Jawa. Tidak ketinggalan menu khas Jawa yang turut disajikan ialah nasi udeg, iaitu nasi yang berlaukkan tempe, tauhu dan sayur nangka muda masak rendang Jawa. Fuuhhh....enakkk...Saya sangat menikmati makan malam itu dan keenakannya sangat terasa... mungkin kerana itulah kali pertama saya merasa menu sebegitu dan ditambah pula perut saya memang sangat lapar waktu itu....mmmm....
Usai menikmati makan malam yang indah itu, kami terus sahaja dibawa ke lokasi penginapan kami sepanjang berada di Jogjakarta ini iaitu di LPP Convention Hotel. Setibanya di situ, kami semu terus sahaja mendaftar masuk dan mendapatkan kunci bilik masing-masing dan bilik saya bernombor 215. Walau pun hanya bertaraf tiga bintang, namun lanskap, prasarana dan menu sarapan pagi sama tarafnya macam 4 bintang di Malaysia. Setelah mendapatkan kunci bilik, saya menuju terus ke kamar yang terletak di tingkat satu dan terus meletakkan barangan, mandi dan menunaikan solat. Usai solat, saya terus turun semula ke lobi hotel sebab tadi telah berjanji dengan beberapa rakan untuk menemani mereka memebeli sedikit barang keperluan dengan ditemani oleh pemandu pelancung Ibu Wati. Dengan menaiki bas, sebahagian daripada kami [kerana sebahagian rakan yang lain ingin berhat di bilik sahaja] bersiar-siar di waktu malam mengelilingi daerah istimewa Kota Madya Jogjakarta.....Saya tidak membeli apa-apa, hanya menemani rakan sahaja dan sudah tentunya menikmati keindahan malam kota Jogjakarta dari dalam bas.....tidak lama lebih kurang 40 minit sahaja kami bersiar-siar lalu mengusulkan kepada ibu Wati untuk menghantar kami semula ke hotel sebab saya pun dah mengantuk sangat dah.... nak tidur..... kami pun balik ke hotel dan sebaik sahaja merebah diri di kaltil saya terus terlena.......
Penerbangan dari Penang ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta lebih kurang jam 10.50 pagi WIB [Waktu Indonesia Barat]. Kalau waktu Malaysia ialah 11.45 pagi kerana waktu Indonesia lewat satu jam berbanding waktu Malaysia. Sebak sahaja pesawat mendarat, saya pun menuruni tangga pesawat menuju ke shuttle bus AirAsia yang telah sedia menunggu untuk membawa saya ke terminal ketibaan. Sampai di terminal ketibaan, saya menuju ke bahagian pengambilan barangan untuk mendapatkan beg saya yang disimpan di kargo pesawat. Bial dah dapat beg tu, kena berjalan kaki keluar dari terminal dan masuk pula ke dalam terminal mendaftar masuk yang terletak bersebelahan untuk daftar masuk pesawat AirAsia ke Jogjakarta pulak.....Pendaftaran masuk pun sama gak dilakukan secara berkumpulan dan masa nak daftar tu kena bayar cukai lapangan terbang domestik sebanyak 40,000 Rupiah [lebih kurang RM12] dan sticker pembayaran dilekatkan pada pass masuk. Lebih kurang 30 minit urusan daftar masuk pun selesai dan saya pun terus naik ke ruang dewan pelepasan di tingkat satu bangunan terminal. Ok gak terminal ni... konsepnya jimat tenaga dengan memanipulasi tenaga solar terutamnya dari segi pencahayaan kerana sebahagaioan dariapda bumbungnya diperbuat daripada bahan telus cahaya. Penyaman udara juga sangat sederhana sejuknya dan tidak berlebihan dari segi penggunaan tenaga elektrik.
Menanti ketibaaan pesawat dari Jakarta ke Yogjakarta di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia
Oleh sebab ada banyak masa lagi untuk masuk ke dalam pesawat maka saya dan bebrapa rakan duduk di sebuah cafe [Diplomat Cafe namanya...] sambil mendapatkan secangkir kopi dan berbual-bual...Lama gak lepak kat cafe tu sebab tunggu pesawat yang tiba pada jam 2.00 petang. Kemudian saya pun menuju ke ruang berlepas melalui pemeriksaan imigresen namun pesawat masih belum tiba lagi. Jam 2.20 petang baharulah saya masuk ke dalam pesawat. Bila semua penumpang dah masuk, tu pesawat tak boleh berlepas lagi sebab ada masalah teknikal sikit katanya... yang perlu diperbaiki dan mengambil masa kira-kira 15 minit. bila dah ok tu, masih tak boleh terbang lagi kata pengumuman yang dibuat oleh juruterbang ekoran kesesakan lalulintas udara plak....katanya..... lewat lagi di situ dalam 15 minit...dan akhirnya....pesawat pun dibenarkan terbang setelah semua lalulintas aman.....Pun begitu, penerbangan dari Jakarta ke Jogjakarta ni hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk tiba.... jadi 3.50 petang, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang [Bandara] Adji Sudjipto, Jojakarta, Indonesia. Oleh sebab bandara ni kecil sahaja, jadi jarak pesawat dengan terminal tidak lah jauh sangat dan hanya boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki shuttle bus. Saya pun turun dari perut pesawat dan terus menuju masuk ke dalam terminal dan di situlah juga lokasinya untuk mengambil barangan. Saya menanti seketika untuk mendapatkan beg dan apabila semua rakan-rakan telah mendaptkan barangan masikng-masing, kami pun bergerak melalui pegawai imigresen untuk keluar dari terminal. Setibanya di luar terminal, pemandu pelancung yang memang telah ditempah dari awal telah sedia menanti dan kami terus sahaja dibawa menuju ke bas yang telah pun sedia menanti. Urusetia memaklumkan bahawa kami perlu menunaikan solat terlebih dahulu sebelum dibawa menuju ke hotel. Akur dengan permintaan kami, Ibu Wati yang merupakan pemandu pelancung kami sepanjang tempoh keberadaan di Jogjakarta mencadangkan agar singgah di Masjid Baitul Hidayah yang betul-betul berada di hadapan terminal terbang. Lokasi masjid ini juga masih lagi berada dalam tanah milik bandara. Saya menunaikan solat di masjid itu beserta rakan-rakan yang lain.
Usai solat, hari sudah pun petang dan menghampiri malam kerana waktu Maghrib di sini lebih awal berbanding Malaysia sebab waktu gelapnya pun cepat kira-kira jam 5.40 pm dah nak masuk Maghrib. Jadi, untuk tidak membuang masa, kami mencadangkan agar dibawa ke restoran terlebih dahulu untuk mendapatkan makan malam dan selepas itu baharulah dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk. Ibu Watu bersetuju dengan cadangan itu dan kami pun terus dibawa ke Restoran Bumbu yang menghidangkan sajian masakan Jawa. Waduh.... memang enak maskan Jawa ni sebenarnya....tidak sama rasanya dengan masakan Jawa yang disajikan di luar Tanah Jawa. Tidak ketinggalan menu khas Jawa yang turut disajikan ialah nasi udeg, iaitu nasi yang berlaukkan tempe, tauhu dan sayur nangka muda masak rendang Jawa. Fuuhhh....enakkk...Saya sangat menikmati makan malam itu dan keenakannya sangat terasa... mungkin kerana itulah kali pertama saya merasa menu sebegitu dan ditambah pula perut saya memang sangat lapar waktu itu....mmmm....
Usai menikmati makan malam yang indah itu, kami terus sahaja dibawa ke lokasi penginapan kami sepanjang berada di Jogjakarta ini iaitu di LPP Convention Hotel. Setibanya di situ, kami semu terus sahaja mendaftar masuk dan mendapatkan kunci bilik masing-masing dan bilik saya bernombor 215. Walau pun hanya bertaraf tiga bintang, namun lanskap, prasarana dan menu sarapan pagi sama tarafnya macam 4 bintang di Malaysia. Setelah mendapatkan kunci bilik, saya menuju terus ke kamar yang terletak di tingkat satu dan terus meletakkan barangan, mandi dan menunaikan solat. Usai solat, saya terus turun semula ke lobi hotel sebab tadi telah berjanji dengan beberapa rakan untuk menemani mereka memebeli sedikit barang keperluan dengan ditemani oleh pemandu pelancung Ibu Wati. Dengan menaiki bas, sebahagian daripada kami [kerana sebahagian rakan yang lain ingin berhat di bilik sahaja] bersiar-siar di waktu malam mengelilingi daerah istimewa Kota Madya Jogjakarta.....Saya tidak membeli apa-apa, hanya menemani rakan sahaja dan sudah tentunya menikmati keindahan malam kota Jogjakarta dari dalam bas.....tidak lama lebih kurang 40 minit sahaja kami bersiar-siar lalu mengusulkan kepada ibu Wati untuk menghantar kami semula ke hotel sebab saya pun dah mengantuk sangat dah.... nak tidur..... kami pun balik ke hotel dan sebaik sahaja merebah diri di kaltil saya terus terlena.......
No comments:
Post a Comment