English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, August 14, 2012

BERANGKAT MENINGGALKAN YOGYAKARTA

19.7.12 [Khamis]

Pagi ni, saya bangun seperti biasa untuk mendapatkan sarapan terakhir di hotel ni dan saya sangat menikmati hidangan Jawa ala Yogyakarta yang enak itu. Jam 12.00 pm nanti pesawat kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Jadi, sarapan pagi ni santai-santai je sebab masih awal lagi. Lebih kurang dua jam gak la saya borak-borak sambil menikmati hidangan pagi tu sebelum masuk semula ke kamar untuk mengemaskan beg yang telah pun dikemaskan sebahagiannya malam tadi. Kemudian memastikan bahawa tiada barangan yang tertinggal di dalam bilik tu. Usai berkemas, saya membawa kesemua barangan saya turun ke lobi hotel untuk menyertai teman-teman yang lain mendaftar keluar.
Bersama teman-teman di Bandara Adji Soecipto Yogyakarta

Bersama teman-teman di Bandara Adji Soecipto Yogyakarta
Oleh sebab barangan saya tidaklah banyak sangat, hanya satu beg galas kecil dan beg komputer riba sahaja, jadi tak lah risau macamana nak masukkan ke dalam bas tu. Lepas je dah daftar keluar, semua barangan di masukkan ke dalam bas. Kira-kira jam 9.30 pagi, kami pun bergerak meninggalkan hotel dan lebih kurang 15 minit perjalanan kami singgah di sebuah kedai menjual barang cenderahati berupa ole-ole yang boleh dimakan dipertengahan jalan tu.
Bersama teman-teman di Bandara Adji Soecipto Yogyakarta
Bersama teman-teman di Bandara Adji Soecipto Yogyakarta
Kami semua turun dari bas dan singgah sebentar untuk membeli cederahati di saat akhir sebelum tiba di bandara. Tak banyak yang saya beli cuma biskut 'bakpia' yang dikatakan terkenal itu. Barangan lainnya saya kira hampir sama sahaja seperti yang ada di Malaysia. Ada juga barangan pelik lain seperti anak belut goreng dan keropok kulit goreng, tetapi saya tidak rasa ia perlu untuk dibeli.......Tidak lama kami di sini, lebih kurang 20 minit sahaja sebelum berlalu meninggalkan kedai jualan tu dan meneruskan perjalanan ke bandara dan tiba di sana 10 minit kemudian. Ooooo.... dekat je rupanya bandara ni dengan pusat bandar....tak la jauh sangat....
Bersama teman-teman di Bandara Adji Soecipto Yogyakarta
Tiba di bandara, kami mendaftar masuk dan menanti pesawat yang akan membawa kami ke Jakarta. Tiba di Bandara Soekarno Hatta lebih kurang jam 12.30pm. Dari sini kami perlu mengambil semula barangan dan mendaftar masuk untuk mendapatkan pesawat yang akan membawa kami ke Pulau Pinang plak....Kami menunggu ketibaan pesawat agak lama di sini sehingga Jam 4.30pm yang akan berangkan ke Pulau Pinang


Di bandara Soekarno Hatta, Jakarta
Jadi di sini, saya sempat mendapatkan makanan ringan sambil minum kopi terlebih dahulu sementara menanti pesawat. Mula cadang nak makan tengahari, tetapi mengingkatkan nanti dalam pesawat akan makan hidangan yang telah ditempah, maka saya pun membatalkan niat itu. cukuplah minum kopi dulu.....dah sudah minum kopi, saya terus menuju ke ruang pelepasan dan kebetulan pesawat pun dah tiba, jadi terus sahaja saya beratur untuk masuk ke dalam pesawat.....tamatlah sudah lawatan muhibbah ke Yogyakarta pada kali ini dengan harapan membunga agar dapat kembali lagi ke sini dengan tujuan yang sama iaitu mengeratkan kerjasama dengan UGM dalam bidang penyelidikan kearifan tempatan.......

LAWATAN SANTAI SEKITAR YOGYAKARTA

18.7.12 [Rabu]
Yogyakarta, Indonesia

Hari ni merupakan aktiviti lawatan santai sebab acara yang berbentuk ilmiah telas selesai semalam. Walaupun santai namun masih ada hubungkaitnya dengan tujuan acara lawtan ini iaitu menelurusi ilmu kearifan tempatan. Jadi, usai sarapan kira-kira jam 8.30 pagi kami saya dan rakan-rakan menaiki bas menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama hari ini iaitu Muzium Sonobodoyo. Menurut ibu Wati hari ini merupakan pendaftaran baharu untuk penggal persekolahan. Sebab itulah ramai anak-anak sekolah berbaris bergerak di dalam kumpulan. Mereka tu sebenarnya sedang melalui proses orientasi. Di Indonesia ni, bukan Mahasiswa universiti sahaja yang ada orientasi tapi bermula dari sekolah rendah dan sekolah menengah pun dah ada hari orientasi. Salah satu aktiviti orientasi ni ialah membawa murid-murid berjalan melawsat ke lokasi penting di sekitar kota Yogyakarta ni. Kalau dekat mereka di bawa berjalan kaki sahaja. Tu yang banyak murid-murid berpakaian seragam sekolah di sekitar kota ni.


Baru tiba di Muzium Ssonobodoyo

 Setibanya kami di Muzium Senibodoyo yang jaraknya dari hotel sekitar 15 minit perjalanan bas sahaja, saya lihat terdapat ramai murid sekolah di situ. Jadi, melawat muzium adalah salah satu daripada aktivi orientasi ini. Murid-murid sekolah debawa ke muzium dan didedahkan tentang seni dan budaya mereka agar rasa menghargai seni dan budaya itu tertanam dalam diri mereka. Ini merupakan suatu proses pembelajaran tidak formal yang dilakukan secara santai dan ceria. Melalui pengamatan saya, nampaknya murid-murid ini sangat gembira dengan suasana orientasi ini. Jadi saya pun turut serta menjadi sebahagian daripada murid-murid itu dan tumpang untuk mendengar taklimat dari staf muzium tentang muzium itu serta seni budayanya.

Murid sekolah yang khusyuk mendengar taklimat dari staf muzium
Artifak yang dipamerkan dalam muzim ini khusus tentang seni dan budaya Jawa terutamanya Yogyakarta serta hubungan seni budaya dengan kelultanan Jawa. Patung-patung wayang kulit daripada pelbagai watak turut dipamerkan di sini.
Dalam Muzium Sonobodoyo


Dalam Muzium Sonobodoyo
 Kami menghabiskan masa kira-kira 30 minit sahaja di muzium ini dan usai di situ kami perlu bergerak menuju destinasi yang kedua pula iaitu Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta. Lokasinya tidak jauh dari muzium ni dan boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja. Tapi sebab dah datang naik bas maka kami pun menuju  ke sana dengan menaiki bas. Kraton ni merupakan Istana raja sewaktu zaman kegemilangan era pemerintahan kesultanan Jawa dari keturunan Hamengkobuwono. Apabila pertelingakahan berlaku di antara sultan Hamengkobuwono dan sepupunya Susuhan Pakubowono maka kesultanan Jawa terpecah dua apabila Susuhan Pakubowono lari ke Surakarta (sekarang dikenali sebagai Solo) lalau medirikan istana baharu di sana. Akhirnya, pihak Belanda mengambil kesempatan atas situasi ini dan mengistiharkan Indonesia sebagai sebuah negara Republik.
Tiba di Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta


Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta
 Walaupun secara politiknya, Jawa khasnya dan Indoensia amnya tidak mempunyai raja namun bagi orang Jawa sendiri, raja masih signifikan dalam kehidupan mereka. Psyche orang Jawa masih lagi mengangap bahawa raja itu serta keturunannya sebagai pemimpin mereka yang perlu dihormati. Oleh sebab itulah maka Yogyakarta diwartakan sebagai 'Daerah Istimewa' kerana gabenornya terlantik secara keturunan iaitu dari generasi Hamengkobuwono dan bukannya melalui pilihanraya. Sebahagian besar tanah di kota Yogyakarta ini adalah hak milik sultan. Rakyat di sini dibenarkan membuat rumah di tanah milik sultan ini dan tinggal di situ secara percuma selagi mendapat kebenaran daripada keturuna sultan. Pun begitu, mereka tidak boleh memiliki geran hak milik dan tidak ada hak untuk menjual tanah dan rumah yang dimiliki. Selain itu, keturunan sultan berhak untuk menggunakan tanah yang sama untuk tujuan lain terutamanya untuk pembangunan kota sekiranya perlu.

Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta
Para abdi dalem yang setia menjaga tradisi kraton Jawa

Abdi  dalem junior yang telah diasuh dari kecil untuk mewarisi ketaatan terhadap tradisi kraton

Walaupun gabenor mahupun keturunan sultan tidak tinggal lagi di istana ini, namun ia masih lagi tetap dijaga rapi dan dihormati oleh para abdi dalem (abdi istana) yang setia melaksanakan tugas mereka memelihara tradisi kraton ini secara sukarela. Kebanyakan abdi dalem ini adalah daripada kalangan warga emas dan mereka bekerja secara sukarela tanpa menerima gaji. Namun kadang-kadang mereka turut diberikan ganjaran sebanyak lebih kurang 300 ribu Rupiah (RM1) sebulan. Hal ini tidak membebankan bagi mereka kerana sememangnya niat mereka menjadi abdi dalem adalah untuk menghambkan diri kepada sultan dan keturunannya. Sebilangan daripada kalangan abdi dalem itu juga merupakan para pesara penjawat awam sewaktu zaman muda mereka. Dengan berpakaian hitam dan berkaki ayam, mereka memelihara warisan kesultanan mereka dengan taat. Para pelancong juga tidak dibenarkan membelakangi para abdi dalem ini sewaktu mengambil gambar sebagai suatu tanda menghormati mereka.

Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta

Dalang sedang mempersemabahkan wayang golek


Barisan patung wayang golek
 Oleh sebab ini merupakan kali yang ketiga saya melawat ke kraton nih, maka tiada apa sangat yang mengujakan saya selain daripada menikmati kebesaran warisan kesultanan Jawa nih. Selebihnya, hanya menemani teman-teman yang pertama kali ke sini dan sangat teruja. Di penghujun lawatan ke kraton ni, saya singgah sebentar di panggung persembahan untuk menonton persembahan wayang golek yang dimainkan sepanjang tempoh lawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan istana.

Di dalam bas menuju ke Borobudur
 Selesai menonton persembahan wayang golek, saya dan rakan pun beredar keluar meninggalkan perkarangan ikraton menuju ke bas semula untuk meneruskan acara lawatan kami ke destinasi yang berikutnya, iaitu candi Borobudur yang terkenal itu. Di pertengahan jalan menuju ke candi tu, kami singgah disebuah restoran untuk mendapatkan makan tengahari. Perut pun memang tengah lapar dah ni sebab dah tegahari dah pun... menu yang disajikan adalah hidangan ala Jawa dan kami memilih di ruangan terbuka restoran ini yang berbentuk sebuah pondok berhampiran dengan tasik kecil buatan.
Restoran yang disingahi untuk makan tengahari dalam perjalanan menuju ke Borobudur
Memang agak berselera saya menikmati makan tengahari ni sambil berehat santai di bawah pondok makan tu. Usai menjamu selera tengahari itu, saya terus menunaikan solat di surau yang turut disediakan di restoran tu kerana waktu zohor pun dah masuk. Lepas solat saya terus sahaja masuk ke dalam perut bas sebab tidak mahu diganggu oleh para penjual cenderahati yang memujuk dan merayu-rayu saya supaya membeli barangan mereka. Bagi mengelakkan keadaan yang sedikit merimaskan itu, saya menyembunyikan diri di dalam bas sambil menanti rakan-rakan yang lain selesai dengan urusan mereka. Walaupun telah masuk ke dalam bas, para penjual itu masih lagi melambai-lambi saya sambil menunjukkan barangan mereka dengan harapan saya akan membeli barangan itu, kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bas pelancong. Kesian juga tengok pera penjual tu, tapi nak buat macamana.... saya tidak ada keperluan untuk membeli barangan yang ditawarkan...pun begitu, saya menghormati kegigihan mereka untuk memastikan kelangsungan hidup...
Tiba di Borobudur

Borobudur

Borobudur
Bial semua rakan dah masuk ke dalam bas, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Borobudur dan lebih kurang 20 minit dari restoran tu, kami pun tiba....saya pun turun dari bas dan terus menuju ke kaunter pembelian tiket yang ditunjukkan oleh petugas di situ. Berbeza dengan kedatangan saya teerdahulu ke sini, kini sudah ada sedikit perubahan iaitu kaunter untuk pelancong dan orang tempatan telah dipisahkan. Jadi saya menuju ke arah bangunan yang ditunjukkan untuk membeli tiket. Ruangan kaunter untuk pelanconga asing ni sekarang merupakan sebuah bilik berhawa dingin yang berdindinga kaca dan para pelancong dijamu dengan minuman panas [kopi dan tah] dan air mineral secara percuma. Mmmm....kebetulan saya pun memang sangat teringin untuk minum kopi nih....minuman ni pulak tida limitasi dan boleh didapatkan beberapa kali yang dikehendaki.
Berbaris untuk mendapatkan kopi panas percuma

Borobodur

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur
Setelah berehat sambil menikmati kopi tu selesai, kami bergerak dalam kumpulan dari kaunter tersebut menuju ke candi dengan ditemani oleh pemandu pelancung yang disediakan khas oleh pihak pengurusan candi. Sebelum ni, tiada perkhidmatan ini tetapi menurut pihak pengurusan hal ini dilakukan untuk berbahagi rezeki dengan penduduk tempatan hasil daripada lawatan pelancong ke daerah mereka. Kesemua ini telah termasuk dalam tiket yang dibeli itu tadi. Walaupun sepatutnya kami dikehendaki memakai kain sarung batik yang disediakan untuk masuk ke dalam candi namunn ekoran terlalu ramai pelawat yang hadir secara serentak maka mereka telah kehabisan kain batik. Jadi kami pun dikecualikan daripad memakai kain sarung batik itu.
Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur 

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Gunung yang dikatakan meyerupai patung Buddha sedang tidur
Pose kejap sementara nak berjalan ke candi

Pose kejap sementara nak berjalan ke candi
Setelah semua sedia, pemandu pelancong pun mengajak kami memulakan perjalanan sambil bercerita serb sedikit tentang candi Borobudur dan kawasan sekitarnya. Candi ni dikatakan bukti peninggalan hindu-buddha di daerah ini. Walaupun begitu, identitinya sebagai sebuah kuil hindu-buddha masih lagi dipertikaikan dan menjadi perdebatan yang hangat dalam kalangan sarjana.
Bergambar ramai berlatarbelakangkan gunung yang dikatakan menyerupai patung Buddha sedang tidur


Candi Borobudur
Dari segi persekitaran, candi ini masih lagi tidak berubah dan sama sahaja seperti waktu sebelumnya saya tiba di sini kira-kira tujuh tahun yang lalu. Namun, di beberapa bahagian candi itu strukturnya masih dalam proses renovasi. Terdapat juga beberapa patung yang patah dan sedang diperbaiki semula. Candi ini sangat kukuh kerana ia diperbuat dariapada batu gunung berapi. Sebab itulah batunya kelihatan berwarna hitam dan namapak sangat klasik. Ukiran-ukiran yang terdapat pada bangunan candi ini menceritakan keseluruhan empik Ramayana dan juga tentang kamasutra yang mengindahkan lagi dekorasi strukturnya. kedua-dua hal ini turut dikaitkan dengan status sosial dan politik kesultanan Jawa sewaktu era kegemilangannya
Candi Borobudur

Candi Borobudur

Mendengar penerangan dari pemandu pelancong tentang Candi Borobudur
Setelah selesai memanjat anak tangga dari bawah sempai ke atas dan turun ke bawah semula, kami pun bersedia untuk meninggalkan candi yang terkenal itu dengan merakamkan fotao berlatarbelakangkan candi. Dalam perjalanan balik dari candi ke kaunter masuk tadi, saya sekali lagi dikerumuni oleh para penjual cenderahati yang memujuk dan merayu agar membeli barangan mereka. Oleh sebab tidak dapat lagi mengelak kerana lokasi bas masih agak jauh, maka akhirnya saya terpaksa mengalah dan akur dengan rayuan mereka dan membeli beberapa cenderahati yangn saya rasa berabaloi dibeli. Bila dah beli satu barang tu, mulalah kawan-kawannya yang lain mengerumuni saya dan menuntut saya membeli juga barangan mereka. Namun saya gagahkan hati untuk tidak terpujuk lagi.... kerana memang tidak ada keperlun untuk memebeli....
Mendengar penerangan dari pemandu pelancong tentang Candi Borobudur

Dalam kepayahan menolak pujukan dan rayuan itu.....ahkirnya saya tiba juga di pejabat kaunter penerimaan tadi dan saya pun terus masuk ke dalamnya dan para penjual tadi tidak boleh lagi mengikuti saya kerana mereka dilarang masuk ke kawasan itu. Baharulah saya berasa lega dan terus sahaja menuju ke meja yang menyediakan minuman tadi dan mendapatkan kopi sekali lagi sambil duduk berbual menyertai teman-teman lain yang sudah sedari awal tiba di situ....setelah menghabiskan kopi, saya dan rakan-rakan keluar dari bangunan kaunter penerimaan dan berjalan menuju ke bas. Sementara itu, saya sempat singgah di kedai jualan cenderahati yang berserakan di kiri kanan jalan menuju ke bas tu lalu membeli beberapa cenderahati yang memang saya bercadang nak beli...



Candi Borobudur

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur sebelum menamatkan lawatan
Setelah membayar harga cenderahati tu, saya terus berlalu dari situ menuju ke bas dengan tergesa-gesa kerana rakan-rakan dah memanggil agar segera menaiki bas untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Nak ke mana plak lepas ni...? mmmppphhh....ke mana lagi....sebab hari pun dah makin gelap dan perut pun dah boleh tahan laparnya.... kami berpesan kepada ibu Wati agar terus sahaja membawa kami untuk makan malam.... bas pun bergerak menuju ke kota Yogyakarta dan setibanya di bandar, semua bersetuju untuk menikmati hidangan nasi Padang. Jadi kami pun singgah sekali lagi di Restoran Sederhana tempohari dan makan malam di situ. Saya pun betul-betul menikmati lauk kegemaran saya di sini iaitu 'kikil'.....Usai makan malam kami di bawa pulang semula ke hotel dan boleh melakukan aktiviti bebas selepas itu..... saya hanya merehatkan diri di bilik sambil menonton tv dan akhirnya tertidur.......

Friday, August 10, 2012

ACARA KEMUNCAK LAWATAN

17.7.12 [Selasa]
Sedang tiba di Falkutas Ilmu Budya, UGM untuk pendaftaran kolokium
Hari ni saya bersiap sedia dengan baju batik memandangkan ia merupakan kemuncak lawatan akademik ke UGM Yogyakarta sebab hari ni saya dan bebarapa rakan lain yang mewakili bidang kepakaran masing-masing akan membentangkan kertaskerja dalam majlis kolokium yang dianjurkan oleh Fakultas Ilmu Budaya [FIB], UGM dengan kerjasama Universiti sains Malaysia. Usai sarapan di hotel, kira-kira jam 8.00 pagi, kami semua menaiki bas menuju ke UGM. Tiba di UGM, kami terus dibawa menuju dewan tempat belangsungnya kolokium yang dijadualkan hari ini.
Sedang beratur untuk mendaftarkan diri menyertai kolokium
Sesampainya di dewan persidangan, kami semua terus sahaja naik ke tingkat satu untuk mendaftarkan diri yang turut juga disertai oleh wakil dari tuan rumah sendiri iaitu staf FIB, UGM.
Sedang menulis nama pada buku pendaftaran
Sedang mengemaskini 'powerpoint' pembentangan
Setelah mendaftarkan diri, saya terus sahaja masuk kedalam dewan berlangsungnya kolokium dan membuka komputer untuk melakukan persiapan pembantangan dan mengemaskini mana-mana maklumat yang perlu di dalam 'powerpoint'. Agak ramai juga perserta yang hadir terdiri daripada kalangan pensyarah dan mahawiswa sarjana muda dan sarjana UGM terutamanya dari FIB.

Membentangkan kertaskerja
Tidak berapa lama kemudian, pengerusi majlis memulakan acara bagi sesi pertama kolokium ini dengan menjemput wakil Ucaptama dari UGM untuk memulakan acara sambil mengalu-alukan kunjungan kami ke FIB, UGM. Kemudian ucapan balas USM dijemput pula oleh pengerusi majlis dan wakil Ucaptama dari USM memaklumkan tujuan kunjungan kami. Kemungkinan kolaborasi di antara kedua-dua universiti juga diusulkan dan bakal dimeterai kedua-dua pihak. Sesi pertama ini berlangsung selama lebih kurang satu jam.
Membentangkan kertaskerja
Usai sesi pertama, sesi kedua pula menyusul dengan menapilkan pembentangang mengikut disiplin yang khusus dalam bidang kepakaran masing-masing dari UGM dan USM. Dalam sesi ini empat orang pembentang yang membentangkan kertaskerja diwakili oleh 3 orang dari USM dan seorang pembentang dari UGM. Saya diamanahkan untuk menjadi pembentang yang pertama dan kemudian diakhiri oleh wakil dari UGM. Setiap pembentang hanya diperuntukkan 15 minit sahaja untuk memperihalkan ide tentang kearifan tempatan. Jadi, setelah berlangsung selama lebih kurang 1 jam, sesi kedua ini pun berakhir lalu diikuti dengan sesi ketiga apabila pengerusi majlis menjemput semula kedua-dua wakil Ucaptama dari UGM dan USM untuk merumuskan keseluruhan pembentangan tentang kearifan tempatan. Setelah semuanya berakhir, kedua-dua pihak berpuashati dengan acara yang berlangsung secara santai namun imiah itu. Langkah seterusnya adalah untuk merealisasikan segala perbincangan dan persetujuan yang telah dimeterai dalam bentuk tindakan pada waktu-waktu yang mendatangkan. Menjelang tengahari, acara pun berakhir dan kami dijamu dengan hidangan tengahari ala Jawa yang memang enak. Menu ala-buffet itu disajikan di ruang legar dewan persidangan dengan turut disertai oleh semua pembentang dan peserta kolokium. Sambil makan tengahari itu, banyak lagi hal-hal yang dibualkan secara tidak rasmi dengan wakil dari kedua-dua pihak. Sementalahan perus sudah tengah lapar, saya sangat menikmati hidangan tengahari menu Jawa itu....

Desa wisata di Manding
Selesai menikmati hidangan tengahari itu, kami semua memohon diri untuk meninggalkan UGM dan mendapatkan bas yang setia menanti. Oleh sebab acara berikutnya adalah lawatan santai, jadi pihak urusetia mencadangkan agar kami balik semula ke hotel trlebih dahulu untuk menunaikan solat dan menukar pakaian yang lebih santai. Mana-mana peserta juga dibebaskan untuk melakukan aktiviti sendiri ataupun turut serta dalam kumpulan untuk acara santai berikutnya. Kami semua setuju dengan cadangan itu dan setibanya di hotel kami diberikan kemeja 'T' sahaja sebab lebih selesa. Setengah jam telah berlalu, semua rakan yang nak ikut serta telah sedia menunggu di lobi hotel dan kami pun masuk ke dalam bas untuk meneruskan acara. Destinasi kami yang pertama ini menuju ke Desa Wisata Mending yang merupakan sebuah perkampungan yang diwartakan sebaga desa pelancongan dengan oleh pemerintah Indonesia dengan identiti perusahaan kulit. Jadi, di desa ini perusahaan kulit dijadikan sebagai janaan ekonomi apabila dijualkan kepada para pencong yang datang ke sini. perjalanan dari kota Yogyakarta ke desa ini mengambil masa kira kira 1 jam menaiki bas dan melalui kawasan perkampungan yang musnah akibat letusan gunung Merapi yang lalu. kesan lahar gunung merapi yang mengering masih dapat disaksikan dan sebahagiannya yang telah disodok di timbunkan di tepi jalan. Menurut ibu Wati, Selepas kejadian letusan seluruh jalan raya  di situ tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana disaluti oleh lahar gunung berapi yang tebal. Jadi, penduduk begotong-royong membersihkan jalan raya serta turut membina rumah-rumah baharu bagi penduduk yang rumah mereka musnah dijilat lahar gunung merapi secara bergotong-royong. Dari penjelasa ibu Wati, masih nampak jelas semangat bergotong-royong yang menebal dalam diri masyarakat Jawa di Yogyakarta ni....

Pada awalnya saya ada la bercadang nak membeli barangan kulit di sini. Namun, akhirnya saya membatalkan niat itu sebab tak ada yang berkenan di hati. Lagi pun, bukan semua barangan kulit yang dijual adalah hasil buatan dari desa ini sebaliknya diimport dari China dan Thailand yang bahan buatannya adalah PVC dan bukannya kulit. Hanya ada beberapa sahaja barangan kulit buatan desa ini yang dijual di sini. Saya hanya menjengah ke dalam beberapa kedai sahaja terus menuju ke bas semula apabila tidak tertarik dengan barangan yang dijual di situ. Kami berada di sini pun tak lah lama sangat lebih kurang 30 mint je. Lepas tu, semua dah masuk dalam bas dah dan masing-masing nampaknya tidak membeli apaa-apa barangan kulit di sini....mmmm...
Tembi Rumah Budaya
Bila semua dah masuk dalam bas, kami pun bergerak menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu Tembi Rumah Budaya yang merupakan muzium swasta yang menyimpan beberapa artifak tentang seni dan budaya Yogyakarta. Selain dijadikan sebagai muzium, rumah lama ini juga dijadikan sebagai hotel yang menyediakan beberapa buah chalet untuk dihuni oleh pelancong yang berminat. Memang cantik Tembi Rumah Budaya ni bukah sahaja dari segi dekorasi chalet bahkan juga lokasinya yang terletak di kawasan sawah padi serta mengadap gunung Merapi yang masih aktif itu. Kebetulan kami tiba di situ sewaktu hari merangkak senja dan dari kejauhan saujana mata memandang, kelihatan matahari yang mula melabuhkan dirinya di ufuk Barat memancarkan cahaya kemerahan lalu dipantulkan pada kehijauan sawah padi yang tebentang luas serta pada bangunan Tembi Rumah Budaya yang diperbuat daripada lapisan bata merah hingga menyerlahkan lagi keindahan warnanya....di bahagian belakan Rumah budaya ini turut dibina ruang persembahan kebudayaan bagi tontonan pelancong dengan sawah padi menjadi latar belakangnya. Namun pada waktu kami tiba di situ, tidak ada pertunjukan persembahan. Jadi tak dapat la nak tengok show....Kami berada di situ sehingga matahari tenggelam sebelum berlalu untuk meneruskan aktiviti berikutnya iaitu mendapatkan makan malam.

Sedang menunggu makan malam dihidangkan
Ibu wati membawa kami ke sebuah restoran yang menyediakan masakan Jawa dan bangunan restoran ini merupakan sebuah rumah agam kerabat Sultan Jawa, keturunan Hamengkobuwono. Rumah agam ini sangat besar dan didekorasi mengikut gaya istana Jawa. Rumah ini selain daripada berfungsi sebagai tempat kediaman kerabat diraja Jawa tersebut di bahagian atas, turut dijadikan sebagai ruang restoran di bahagian bawahnya. Di bahagian sisi kiri rumah dijadiakan kedai jualan dan bengkel perusahaan batik manakala di bahagian kanan pula dijadikan kedai jualan dan bengkel perusahaan perak. Kedua-dua perusahaan itu diuruskan oleh kedua-dua orang puteri kerabat diraja tersebut sementelahan beliau tidak memiliki anak lelaki. Restoran tu pulak adalah milik selisi keluarga. Jadi, dengan cara itulah keluaarga ini menjana ekonomi mereka.....
Masih menunggu hidangan sampai
Menu yang disediakan masih bercirikan Jawa dan rasanya juga relatif enak mengikut citarasa Jawa Yogyakarta. Kami merehatkan diri secara santai sambil menikmati hidangan malam di sini. Selesai makan, kami melihat-lihat sebentar di kedua-dua kedai cenderahati batik dan perak yang terdapat di situ. Sehinggalah semua selesai menikmati hidangan malam dan membeli-belah sikit di situ, kami pun berlalu pergi. Sebelum terus pulang ke hotel, kami sempat meminta ibu Wati agar singgah sembentar di Malioboro yang terkenal itu untuk melihat-lihat barangan jualan. Saya tidak bercadang membeli apa-apa malam ini kerana terlalu letih dan tidak berminat. Jadi, cukup sekadar menemkan rakan-rakan yang membeli-belah di pasar Malioboro. Lama gak kawan-ikawan ni shopping.... bila dah letih berjalan tu, saya kembali semula ke lokasi bas di pakir dan hanya menanti rakan lain di dalam bas sahaja..... dapat duduk dan berehat. Akhirnya saya kembali ke hotel pada malam itu dengan rasa mengantuk dan letih lalu terus tertidur....