English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 8, 2011

PERJALANAN MENUJU HANOI, VIETNAM

Stesen bas Utara, Vientiane, Laos

16.7.11 (Sabtu)Jam 5.00pm, ejen yang dinanti pun tiba dengan sebuah ’van pick up’ dan saya pun terus naik ke dalamnya. Kemudaian van ni berhenti di beberapa hotel lain untuk mengambil beberapa penumpang lagi yang kesemuanya dari London iaitu seramai 4 orang. Setelah semua penumpang naik, perjalanan diteruskan menuju ke stesen bas hinggalah jam 5.25pm, kami tiba di stesen bas Selatan. Ingatkan nak turun kat sini dah. Rupanya belum lagi, sebab singgah kat sini Cuma untuk mengambil dua orang lagi penumpang orang putih perempuan yang tiba setelah 5 minit menanti. Jadi jam 5.30 pm van tu terus bergerak menuju ke destinasi yang sebenar iaitu ke stesen bas Utara yang tiba pada jam 5.55pm. jadi, hampir satujam gak la perjalanan dari kota Vientiane ke stesen bas Utara nih. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang relatif sempit dan sedikit berdebu sambil melalui kawasan sawah padi dan ladang.

Stesen bas Utara, Vientiane, Laos

Setibanya di stesen bas Utara tu, kami diberikan tiket bas dan diarahkan menuju ke bas masing-masing. Stesen bas ni agak becak kerana disirami hujan dan tidak bertar. Terdapat ramai penumpang yang telah bersesak-sesak di kawasan stesen tu untuk mendapatkan bas masing-masing. Akhirnya, jam 6.05 pm, saya pun dibenarkan masuk ke dalam bas dan diberikan bekas pelastik untuk menyimpan kasut kerana masuk dalam sleeper bus ni ken buka kasut. Sebabnya, bas ni untuk orang tidur dan baring dan bukannya duduk macam bas biasa je. Saya pun terus menuju ke katil saya yang terletak di tengah-tengah di antara dua barisan katil yang lain di kiri kanan saya. Situasi ni mengigatkan saya kepada kembara seaktu di China dulu. Macam ni lah saya naik bas dari Urumqi menuju ke Kashgar. Tapi masa tu saya dapat katil di sebelah tepi melekat ke tingkap. Akhirnya, jam 7.00pm semua penumpang sudah menaiki bas dan petugas pun mengedarkan sebotol air mineral untuk setiap penumpang, berus gigi beserta ubatnya serta tisu untuk mengelap muka. Jam 7.25 malam, bas pun bergerak meningalkan stesen bas utara, Vientaine itu.

Ruang dalam Sleeper Bus

Setelah lebih kurang sejam perjalanan, bas tu berhenti di sebuah restoran yang saya pun tidak pasti di mana lokasinya kerana malam yang gelap itu. Semua penumpang turun di sini untuk ke tandas dan yang mana lapar tu boleh mendapatkan makan malam di sini. Saya pun tak tau nak buat apa, ikut turun sekali dan mengambil peluang untuk ke tandas. Nak makan rasa tak sanggup plak sebab menunya semua diragui status halalnya. Akhirnya, saya hanya membeli sebotol air botol namun tidak dapat menghilangkan rasa lapar. Pun begitu, ditahankan juga. Nasib baik lah ada biskut lebih yang saya beli tempohari. Jadi boleh lah dimakan sedikit demi sedikit. Setelah lebih kurang 30 minit berhenti rehat di situ, bas pun meneruskan perjalanan diiringi dengan deruan hujan yang jatuh membasahi bumi pada malam itu. Saya tidur-tidur ayam je dan bila tersedar saya lihat jam di tangan menunjukkan jam 12.00 malam. Saya terjaga apabila bas berhenti di sebuah lokasi sambil memaklumkan sesuatu dalam bahasa Lao.

Ruang dalam Sleeper Bus

Saya tidak memahami apa yang dimaksudkan dan meneruskan tidur sebab ingatkan saja je berenti rehat seketika. Saya lihat sebahagian daripada penumpang turun meninggalkan bas dan sebahagian yang lain termasuk saya masih tinggal di dalam bas. Enjin bas turut dimatikan. Saya malas nak ambil pusing lalu terus melelapkan mata, empat hingga lima kali gak saya terjaga dan merasa hairan gak sebab bas nih tak jalan gak lagi. Setiap kali terjaga, saya pasti akan melihat ke arah jam tangan. Hari hujan sahaja sepanjang malam itu dan saya melelapkan mata lagi sehinggalah bila saya terjaga kali terakhir, jam menunjukkan jam 5.00 pagi. Saya terasa ingin buang air kecil lalu turun dari bas dalam hujan gerimis. Saya bertanyakan lokasi tandas di sekitar kawasan itu. Namun sebaliknya, saya disuruh je masuk ke dalam bas semula.

Ruang dalam Sleeper Bus

Malas nak banyak cerita, saya pun menahan je daripada membuang air tu dan naik semuala ke atas bas. Ingatkan tadi nak ambil air sembahyang sekali. Tapi nampaknya tak jadi lah plak. Saya cuba memerhatikan sekeliling dalam keadaan samar-samar tu untuk memastikan lokasi apakah ini? Tidak lama kemudian pemandu bas mula menghidupkan enjin dan sebahagian penumpang yang turun dari bas malam tadi naik semula dalam keadaan yang segar sekali....oooo... rupa-rupanya lokasi ni adalah rumah tumpangan dan penumpang yang tak nak tidur dalam bas boleh tidur di rumah tumpangan tu dan bayar la untuk penginapan malam tu. Tu yang sebahagian daripada penumpang yang turun malam tadi..

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Jam 5.30 pagi, bila semua penumpang sudah berada di dalam bas, baharulah bas meneruskan perjalanan menuju ke destinasi iaitu imigresen Nam Pao. Bila dah bas berjalan tu, saya pun menunaikan solat. Oleh sebab tak ada wuduk dengan air, saya pun bertayamum je lah dalam bas tu untuk menunaikan solat subuh. Jarak dari rumah tumpangan ni ke sempadan Nam Pao tu tak la jauh sangat sebab jam 6.00 pagi bas dah pun tiba di sempadan tuh. Dalam hujan yang masih gerimis tu, kami semua diminta turun dari bas untuk cop paspot. Mmmmhhh rupanya jaraknya tidak la jauh tapi sebab bas bergerak awal dan pejabat imigresen hanya dibuka pada jam 6.00 pagi, tu yang tidur kat rumah tumpangan tadi tu. Alahai.... kenapa lah jadual bas tu tak bergerak jam 12.00 malam je, jadi sampai kat imigresen jam 6.00 pagi. Tak payahlah kena berhenti untuk tidur dalam bas je tanpa bergerak.....mmmmm ....

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Sebelum menuju ke kaunter cop paspot, saya nampak ramai orang memanjat bukit ditepi jalan tu dan nampaknaya di situ ada tandas. Jadi saya pun, mengambil kesempatan ini untukikut naik memanjat bukit dalam hujan gerimis tu untuk ke tandas dan membersihkan diri apa yang patut. Baharulah lega rasanya...... bila turun dari bukit tu, pembantu bas tadi melaung-laung ke arah saya suruh cepat....cop paspot katanya....saya pun tanpa berlengah, akur dengan arahan itu.

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Tapi kat sini paspot saya tidak diminta oleh pemandu bas semalam. Tak macam kat Chiang Mai tempohari. Jadi di sini saya tak perlu bayar apa-apa. Masuk je ke dalam pejabat imigresen tu, punya ramai orang berebut-rebut nak cop paspot. Jangan mimpi la nak beratur kat sini. Kalau ikut aturan sangat memang tak bercop lah paspot tuh....masing-masing berpusu-pusu ke kaunter dan nak cop paspot dulu. Agak lama gak saya menunggu di situ dan akhirnya saya terpaksq akur dengan sistem di situ dan turut berebut gak nak cop paspot setelah menanti selama satu jam di situ.

Menyeberangi Nam Tuang Bridge yang memisahkan Negara Laos dan Vietnam

Bila dah cop paspot tu, kami semua diarahkan menyeberangi jambatan Nam Tuang yang memisahkan negara Laos dan Vietnam, dengan berjalan kaki menuju ke imigresen Cha Lo, Vietnam. Saya pun berjalanlah mengikut arahan tu dalam hujan gerimis sambil menikmati pemandangan hutan yang indah itu. Rasa syukur ke hadrat Illahi kerana peluang yang diberikan untuk menikmati keindahan ciptaanNya itu....

No comments: