English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, August 7, 2011

SAMBUTAN GERIMIS DI VIENTIANE, LAOS

Bas yang membawa saya dari imigresen Laos ke kota Vientiane

15.7.11 (jumaat)

Urusan di kaunter imigresen Laos ni berlangsung dengan cepat dan lancar terutamanya pemegang paspot Malaysia macam saya berbanding dengan pemegang paspot sesetengah negara yang lain. Asal je tunjuk paspot Malaysia, pegawai tu tak cerita banyak, terus je cop. Tanpa apa-apa bayaran di sini untuk pemegang paspot Malaysia. Rasa bangga la plak menjadi pemegang paspot Malaysia, mmmm. Tanpa melalui pengalaman begini, tak tahu la pula betapa berharganya nilai paspot Malaysia nih...Apabila dah selesai urusan cop paspot di imigresen Lao, semua penumpang dalam bas yang dinaiki tadi diminta untuk menaiki bas ’Indochina Travel’ yang telah sedia menanti di hadapan pejabat imigresem Lao itu.

Mencari-cari hotel di kota Laos

Restoran Nazim, Vientiane, Laos

Saya pun terus msauk ke dalam bas sambil menanti penumpang lain yang msaih belus selesai urusan di pejabat imigresen. Kira-kira jam 11.00 pagi, baharulah bas mula bergerak dari situ menuju ke pusat bandar Vientiane, Laos yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan bas tuh. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi bila saya tiba di kota Vientiane tetapi hari masih lagi hujan. Turun sahaja dari bas, saya terus menuju ke pejabat pertukaran wang dahulu untuk mendapatkan matawang Kip Laos. Pun begitu, matawang Thai Bath masih boleh diterima di sini.

Hidangan tengahari Jumaat nasi beryani ayam di restoran Nazim

Phone Paseuth Guest house tempat menginap di Vientiane

Phone Paseuth Guest House

Selesai urusan pertukaran wang, saya terus merayau-rayau mencari hostel yang sesuai namaun tidak juga bertemu. Dalam merayau-rayau tu saya terjumpa la plak dengan sebuah masjid yang terletak betul-betul di tengah kota Vientiane nih. Sempat sekejap mengambil gambar dalam gerimis tu tetapi tidaklah singgah. Hingga akhirnya, kaki saya telah membawa saya ke sebuah restoran halal yang bernama restoran Nazim oleh sebab dorongan kelaparan perut. Tengok je nama restoran tu, terus saya teringat kat arwah abang saya, sebab namanya Nazim gak!...penyelia restoran ni plak boleh cakap Melayu sebab katanya pernah bekerja di Malaysia selama 10 tahun. Jadi, kami berkomunikasi dalam bahasa Melayu je lah. Saya pun memesan nasi beryani ayam, manggo lassi dan sup untuk hidangan tengahari sebab jam dah menunjukkan jam 12.00pm. Hari masih lagi hujan gerimis namun saya tidak dapat berborak lama dengan penyelia tu sebab dia perlu berlalu untuk ke masjid yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota Vientiane yang saya jumpa tadi bagi menunaikan solat Jumaat, sebab hari ni hari Jumaat. Saya tidak dapat menyertai beliau sebab perlu menghabiskan makan tengahari dan perlu mencari hotel plak lepas nih. Maklumlah.... saya pun hanya bermusafir di sini!

Jalan-jalan sekitar Vientane dalam hujan gerimis berlatarbelakang That Dam

Minum jus Avocado cokelat sementara menunggu hujan teduh

Selesai makan tengahari tuh, saya terus berjalan dalam gerimis untuk mencari hotel yang saya temui setelah merayau-rayau sekian lama. Namanya Phone Paseuth Guest House dan Kadar yang dikenakan berjumlah 600B (sebab kerani kaunter tu kira dalam Thai Bath) bersamaan dengan RM60 untuk satu malam. Agak relatif mahal gak la, tapi saya dah malas nak merayau-rayau lagi dalam gerimis tu, maka saya pun bersetuju untuk menginap selama satu malam dulu. Esok kalau nak sambung saya bayar lain...ok gak biliknya, memang agak selesa gak la... saya pun tanpa membuang masa terus membersihkan diri. Oleh sebab hari masih gerimis, maka saya memutuskan untuk berehat sahaja di dalam kamar.

Jalan-jalan sekitar Vientiane di waktu gerimis

Vientiane di waktu malam

Makan malam dengan capati je...

Sehinggalah jam 3.00 petang, hari masih mendung tetapi gerimis tidak lah kuat sangat. Jadi saya pun memutuskan untuk keluar bersiar-siar di sekitar kejiranan hotel nih. Tengah-jalan-jalan tuh, gerimis makin kuat dan saya pun singgah di sebuah cafe menjal jus segar. Hujan bertambah lebat dan saya pun memesan minuman kegemaran saya yang saya temui di sini iaitu jus Avocado Ovaltine (sebab kedai ni tak ada Avocado cokelat) dengan harga 20,000KIP (lebih kurang RM7). Saya menikmati jus tu sehinggalah hujan reda tetapi gerimis masih ada. Saya pun terus bergerak meninggalkan geri jus itu menuju ke hotel semula.....

Supervisor restoran Nazim yang pernah kerja kat Malaysia 10 tahun tuh. Boleh cakap Melayu dia nih...tapi lupa tanya nama.

Tiba di hotel saya terus beristirehat sambil menanti hujan berhenti sehinggalah saya terlena seketika dan terjaga semula pada kira-kira jam 6.30 pm. Hujan pun telah berhenti bila saya terjaga. Tanpa berlengah, saya mengambil kesempatan ini untuk keluar bersiar-siar di waktu malam sambil mencari makan malam. Suasana malam di kota Vientiane agak sunyi kerana jam 7.00 malam, kebanyakan premis perniagaan telah pun tutup kecuali beberapa cafe dan kelab malam yang dikunjungi pelancong. oleh sebab tiada apa sangat perkara menari yang dapat dihayati pada malam itu, saya memutuskan untuk ke restoran Nazim bagi mendapatkan makan malam.

Vientiane di waktu malam

Oleh sebab perut saya tidak begitu lapar pada malam ini keran masih lagi terasa kenyang dengan hidangan nasi beryani siang tadi. Jadi, untuk hidangan malam ini, saya hanya memesan capati sahaja untuk lapik perut. Sambil tu, dapat mengisi waktu malam yang agak sunyi ini. Sambil tu berborak-borak dengan penyelia restoran Nazim yang tidak sempat saya tanya namanya. Pun begitu, saya sempat mengambil gambarnya atas pemintaannya sendiri. Kira-kira jam 9.00 malam, saya beredar dari restoran Nazim lalu kembali semula ke hotel.....

No comments: