English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 2, 2009

Heavenly Lake - Urumqi

Semalam tiba di Urumqi jam 3.00 petang dan terus berehat-rehat je. Oleh sebab penerbangan ke Beijing akan berlepas pada esok hari, maka hari ni saya mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan 'Heavenly Lake' yang cantik itu sebab masa mula sampai di Urumqi ni tempohari tak sempat nak melawat ke sini.



Pemandangan di 'Heavenly Lake' ini akan berubah-ubah mengikut musim iaitu musim luruh, musim sejuk dan musim panas. Sewaktu lawatan saya ni musim panas maka pemandangannya cerah dan pepohonan nampak menghijau dan di puncak gunung tu nampak salji memutih.



Tasiknya ni terletak di kawasan tanah tinggi jadi dari kaki gunugn tu saya dibawa menaiki 'shuttle bus' menuju ke puncak. Oleh sebab terletak di kawasan tanah tinggi, jadi cuacanya tidak la panas sangat tetapi tidak juga sejuk sangat. Jadi, memang nyaman udara di sini. Saya sampai waktu tengahari di sini jadi terus makan tengahari sambil didendangkan dengan lagu-lagu Uigur yang melankolik itu secara 'live' oleh pelayan-pelayan dari etnik Uigur yang juga bertindak selaku penyanyi untuk menghiburkan pengunjung.



Tasiknya memang jernih membiru dengan latarbelakang gunung yang puncaknya bersalji, memang mengasyikkan.



Sewaktu turun dari tasik yang terletak di puncak gunung tu saya menaiki kereta kabel pulak menuju ke ke kaki gunung untuk mendapatkan bas balik semula ke pekan Urumqi semula.

No comments: