English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 26, 2009

PELANCARAN BUKU & KUDA KEPANG



"Heboh Buku" Ekspo & Minggu ICT USM "Penerbitan Untuk Kelestarian" telah pun berlangsung pada 23 - 26 Julai 2009. Sempena pesta itu, buku saya yang bertajuk 'Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik Dalam Kuda Kepang Mabuk' turut dilancarkan. Pun begitu, saya tidak dapat berada di acara pelancaran tersebut kerana terpaksa memenuhi tuntutan acara lain pada tarikh yang sama iaitu pembentangan kertaskerja di 'Seminar Seni Kebangsaan 2009' anjuran Universiti Malaysia Sabah.



Namun saya berusaha berusaha untuk tidak menghampakan Penerbit USM dengan menjanjikan suatu persembahan Kuda Kepang pada tarikh 26.7.09 sebagai memeriahkan lagi acara Heboh Buku tersebut. Selesai pembentangan, saya bergegas kembali ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Jam 7.00 pagi dari K.Kinabalu dan tiba jam 9.30 pagi di USM.



Jadi sempatlah saya menyertai pelajar saya yang sangat komited untuk mempersembahkan persembahan Kuda Kepang bagi memeriahkan acara anjuran Penerb it USM itu.

PERSIDANGAN SENI KEBANGSAAN - UMS, K.KINABALU, 24-25 JULAI 2009



'TEKS PERSEMBAHAN BARONGAN' DALAM KONTEKS MASAYARAKAT JOHOR KONTEMPORARI

Oleh: Mohd Kipli Bin Abdul Rahman

Pokok perbicaraan adalah mengenai 'teks persembahan barongan' di negeri Johor, khasnya di daerah Batu Pahat dari aspek struktur serta kepentingannya dalam konteks masyarakat Johor kontemporari. Dalam masyarakat tradisional, fungsi barongan adalah untuk tujuan keagamaan, pendidikan, interaksi sosial dan hiburan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpu keempat-empat fungsi tersebut sama ada masih signifiken dalam kehidupan masyarakat Johor kontemporari yang masih lagi mengamalkan seni persembahan ini. Kajian ini juga turut membincangkan bagaimana teks persembahan ini mendepani era globalisasi dan tuntutan komersialisasi. Perubahan serta modifikasi dari aspek estetika persembahan yang berlaku dalam usaha melestarikan kewujudannya juga turut menjadi tumpuan.

Wednesday, July 15, 2009

KEAMANAN UNTUK URUMQI



Rusuhan etnik yang berlaku di Urumqi pada 5 julai 2009 lalu agak menyentak emosi saya kerana belum sampai sebulan rasanya saya meninggalkan jejak di kota yang indah itu. Sehingga hari ini dianggarkan kira-kira 192 orang telah terbunuh ekoran daripada peristiwa itu yang majoritinya adalah daripada etnik muslim Uygur. Saya mendoakan agar kemanan akan sentiasa mendampingi masyarakat di Urumqi dan perpaduan kaum akan terus utuh dan berkekalan.

Tuesday, July 7, 2009

Bird Nest & Water Cube

Dihadapan stesen 'subway' di perkampungan sukan Olempik, Beijing

Balik Dari Forbidden City berehat kejap kat guest house. Lepas tu sebelah petangnya saya menuju pula ke lokasi berikutnya iaitu Bird Nest dan Water Cube yang merupakan mercutanda baru Beijing yang terbina sempena pengajuran sukan Olimpik 2008. Disebabkan malamnya lewat hingga jam 10.30 pm dan kemudahan 'subway' yang murah [hanya 1 Yuan sahaja] maka memberikan ruang dan peluang untuk saya melawat ke sini kerana ini merupakan hari terakhir saya berada di China ni.



Saya naik dari stesen subway di Gulou tempat saya menginap dan turun di Olympic Green Station dan berjalan kaki menuju ke lokasi yang dituju.



Bird Nest dan Water Cube ni terletak bersebelahan sahaja, jadi saya dapat melawat kedua-duanya serentak. Lokasi acara suakan Olimpik ni memang besar dan luas. Kagum juga saya seketika...



Saya melawat ke lokasi ini pada sebelah petang kerana inigin menikmati keindahan kedua-dua mercutanda ini pada sebelah siang dan sebelah malam. Kerana waktu malam lampu akan dipasangkan pada kedua-duanya dan memberikan suatu kesan pencahayaan yang indah yang tidak dapat dilihat pada waktu siang.



Lagi pun saya tidak ada masa lain lagi untuk datang ke sini melainkan petang ini sahaja....Besok subuh-subuh lagi saya akan berangkat pulang tanpa dapat menikmati keindahan pengalaman berada di Tembok Besar Cina yang terkenal itu....

Monday, July 6, 2009

Tianenmen Square & Forbidden City

Penerbang dari Urumqi berangkat pada waktu malam semalam dan sampai di Beijing pada jam 11.00 malam. Dari airport naik 'shuttle bus' ke pusat bandar Beijing. Dari pusat bandar menuju ke 'guest house' menaiki teksi. Jam 12.m00 malam baru jumpa 'guest house' tu dan terus check-in.



Di sebelah paginya saya bercadang untuk ke Tembok Besar Cina yang terletak di Badaling dengan menaiki bas. Tetapi disebabkan sudah agak lewat saya difahamkan bahawa bas yang menuju ke Badaling tidak beroperasi pada hari tersebut. Saya memang sangat kecewa kerana sekiranya saya tidak dapat ke Tembok Besar pada hari ini bermakna saya akan terlepas untuk melawat ke sana kerana esok saya akan berangkat pulang ke Malaysia. Telah diusahakan tetapi malang.... gagal juga untuk ke Tembok Besar Cina tu...Saya tidak berlengah lagi dan terus melawat ke dua buah lokasi yang berikutnya iaitu Tianenmen Square dan Forbidden City yang bersejarah itu.



Memang luas ke dua-dua lokasi ini terutamanya Forbidden City. Sebenarnya satu hari suntuk sahaja masih tidak mencukupi untuk melawat keseluruhan Forbidden City ni. Sampai ke petang juga lah saya melawat kawasan tu secara sambil lalu sahaja. Kaki pun dah letih untuk bergerak ditambah lagi dengan cuaca yang relatifnya panas dan kering. Tetapi memang rasa berbaloi walaupun masih tidak dapat mengubati kehampaan tidak dapat berkunjung ke Tembok Besar Cina tu.....

Thursday, July 2, 2009

Heavenly Lake - Urumqi

Semalam tiba di Urumqi jam 3.00 petang dan terus berehat-rehat je. Oleh sebab penerbangan ke Beijing akan berlepas pada esok hari, maka hari ni saya mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan 'Heavenly Lake' yang cantik itu sebab masa mula sampai di Urumqi ni tempohari tak sempat nak melawat ke sini.



Pemandangan di 'Heavenly Lake' ini akan berubah-ubah mengikut musim iaitu musim luruh, musim sejuk dan musim panas. Sewaktu lawatan saya ni musim panas maka pemandangannya cerah dan pepohonan nampak menghijau dan di puncak gunung tu nampak salji memutih.



Tasiknya ni terletak di kawasan tanah tinggi jadi dari kaki gunugn tu saya dibawa menaiki 'shuttle bus' menuju ke puncak. Oleh sebab terletak di kawasan tanah tinggi, jadi cuacanya tidak la panas sangat tetapi tidak juga sejuk sangat. Jadi, memang nyaman udara di sini. Saya sampai waktu tengahari di sini jadi terus makan tengahari sambil didendangkan dengan lagu-lagu Uigur yang melankolik itu secara 'live' oleh pelayan-pelayan dari etnik Uigur yang juga bertindak selaku penyanyi untuk menghiburkan pengunjung.



Tasiknya memang jernih membiru dengan latarbelakang gunung yang puncaknya bersalji, memang mengasyikkan.



Sewaktu turun dari tasik yang terletak di puncak gunung tu saya menaiki kereta kabel pulak menuju ke ke kaki gunung untuk mendapatkan bas balik semula ke pekan Urumqi semula.

Keretapai Dari Kashgar Ke Urumqi



Oleh sebab perjalanan menaiki keretapi dari Kashgar ke Urumqi mengambil masa selam 24 Jam maka saya membeli tiket untuk 'hard sleeper' yang ada kabin untuk tidur. Berbanding dengan 'sleeper bus', keretapi ni nampaknya lebih selesa sikit. lagi pun tak la duduk terperap atas katil je tapi boleh berjalan-jalan dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

Wednesday, July 1, 2009

Kashgar: Sunday Market& Id Kah Mosque



Kashgar [7.6.09]- Saya tidur satu malam lagi di Kashgar ni sebab hari Ahad adalah hari yang dinanti untuk bersiar-siar dan menikmati pengalaman berada di 'Pasar Ahad' yang terkenal itu. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar ni dan saya hanya membeli 'kopiah Cina' yang terus dipakai sebagai cenderahati.



Setelah bersiar-siar di pasar tu saya menuju pula ke 'Id Kah Mosque' yang terkenal di Kashgar ni kerana sejarahnya usianya yang panjang. Menurut sejarah, masjid ini telah dibina sejak tahun 1442 lagi.



Kebetulan bila tiba di masjid ni telah masuk waktu Zohor. Jadi saya tidak melepaskan peluang untuk bersolat di dalamnya.