English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 28, 2009

Tashkurgan ke Khunjerab Pass



[6.6.09]
Jam 9.30 pagi kami dikejutkan oleh pemandu kami yang bernama Hassan supaya bersiap kerana perjalanan akan dimulakan. Pagi ini kami bergerak menuju destinasi utama pakej yang diambil iaitu ke Khujerab Pass yang merupakan lokasi persempadanan yang memisahkan negara China dan Pakistan.



Bagi pemegang passport Malaysia, saya telah dimaklumkan oleh wakil travel agent di Kashgar tempohari bahawa tiada jaminan mutlak yang saya boleh dibenarkan oleh pegawai imigresen sempadan untuk melepasi laluan ke sana.



Terdapat tiga check-point yang perlu ditempuhi untuk sampai ke Khunjerab Pass ni. Check-point pertama yang harus ditempohi adalah amat penting yang letaknya kira-kira 5 minit perjalanan dari Traffic Hotel.



Di check-point ini passport kami diambil dan bagi mamat Korea tu tak ada masalah. Senang je lepas tanpa banyak soal.



Tapi bila terima passport Malaysia maka pegawai tu membelek banyak kali dan membuat panggilan telefon mungkin untuk mendapatkan kepastian daripada pegawai atasannya mengenai status pemegang passport Malaysia untuk ke Khunjerab Pass ni.



Dalam hal ni, pemandu kami Hassan turut memainkan peranan penting dalam memberikan jaminan untuk kami melepasi sempadan. Akahirnya kami dibenarkan lalu dan setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 10 Yuan.



Alhamdulillah… di dua check-point berikutnya passport kami diperiksa juga tetapi tidak begitu banyak soal kerana kami sudah mendapat surat kebenaran di check-pont yang pertama tadi.



Tiba di Khunjerab Pass yang berketinggian 4800 meter dari paras laut ini merupakan pengalaman terindah yang amat menakjubkan, karya estetika tertinggi Yang Maha Agung. Di sini juga merupakan klimaks bagi kembara Laluan Sutera ini....Biarlah visual dari foto sahaja yang menceritakannya….

2 comments:

Breakshutter said...

bro....apakata kita buat trip kembara ke north pakistan?

Anonymous said...

.

Penulis perlu menceritakan kepada pembaca apa intention penulis untuk sampai ke destinasi. Apa yg penulis expect untuk achieve dan apa perasaan penulis apabila telah sampai ke destinasi tersebut. Bukan semata-mata gambar-gambar show and tell.

Sebagai contoh,

"Long before I go to China, I’ve heard and seen on TV and read from the internet about the Karakoram Highway (KKH) that connects China and Pakistan, being one of the scariest and toughest road in the world. We could expect an adventurous travel. It will be really exciting to travel to North West China and experience a little bit of a journey travelling the KKH down the road to Tashkurgan and Khunjerab Pass. The road is expected not to be in good condition, but the scenic view offered along the way will be spectacular!"

Baru nampak penulis bersemangat utk menulis.

.