English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 28, 2009

Tashkurgan ke Khunjerab Pass



[6.6.09]
Jam 9.30 pagi kami dikejutkan oleh pemandu kami yang bernama Hassan supaya bersiap kerana perjalanan akan dimulakan. Pagi ini kami bergerak menuju destinasi utama pakej yang diambil iaitu ke Khujerab Pass yang merupakan lokasi persempadanan yang memisahkan negara China dan Pakistan.



Bagi pemegang passport Malaysia, saya telah dimaklumkan oleh wakil travel agent di Kashgar tempohari bahawa tiada jaminan mutlak yang saya boleh dibenarkan oleh pegawai imigresen sempadan untuk melepasi laluan ke sana.



Terdapat tiga check-point yang perlu ditempuhi untuk sampai ke Khunjerab Pass ni. Check-point pertama yang harus ditempohi adalah amat penting yang letaknya kira-kira 5 minit perjalanan dari Traffic Hotel.



Di check-point ini passport kami diambil dan bagi mamat Korea tu tak ada masalah. Senang je lepas tanpa banyak soal.



Tapi bila terima passport Malaysia maka pegawai tu membelek banyak kali dan membuat panggilan telefon mungkin untuk mendapatkan kepastian daripada pegawai atasannya mengenai status pemegang passport Malaysia untuk ke Khunjerab Pass ni.



Dalam hal ni, pemandu kami Hassan turut memainkan peranan penting dalam memberikan jaminan untuk kami melepasi sempadan. Akahirnya kami dibenarkan lalu dan setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 10 Yuan.



Alhamdulillah… di dua check-point berikutnya passport kami diperiksa juga tetapi tidak begitu banyak soal kerana kami sudah mendapat surat kebenaran di check-pont yang pertama tadi.



Tiba di Khunjerab Pass yang berketinggian 4800 meter dari paras laut ini merupakan pengalaman terindah yang amat menakjubkan, karya estetika tertinggi Yang Maha Agung. Di sini juga merupakan klimaks bagi kembara Laluan Sutera ini....Biarlah visual dari foto sahaja yang menceritakannya….

Wednesday, June 24, 2009

Tashkurgan



Lebih kurang jam 8.00 malam saya tiba di pekan kecil Tashkurgan yang indah dan menarik itu. Pemandu terus membawa kami menuju ke ‘Traffic Hotel’ di mana kami akan menginap pada malam itu.



Penginapan ini tidak termasuk dalam pakej kerana pakej yang dibeli hanya untuk tambang teksi sahaja. Penginapan dan makan perlu ditanggung sendiri. Biasalah tuuu….ini lah dia pakej yang lazim dilakukan oleh ‘backpackers’…



cuaca di sini sangat sejuk hingga mencecah 0 darjah selsius kerana lokasinya terletak di atas tanah tinggi dan gunung-ganangnya diselaputi salji. Bila saya tiba tu cuaca agak gerimis bagi menambahkan lagi kesejukan.




Pun begitu, kami berempat masih mahu keluar untuk makan malam di sebuah restroran yang menyediakan ‘steam boat’ yang bahannya adalah ikan sungai dan sayuran. Tapi campuran herba yang digunakan memang amat sihat dan mampu memanaskan badan yang sedang kesejukan…

Monday, June 22, 2009

Karakul Lake



Lokasi pertama yang disinggahi dalam perjalanan ini adalah Karakul Lake yang terkenal itu. Tasik ini diapit oleh dua gunung utama iaitu 'Gunung Kongur' [berketinggian 7719 meter] dan 'Gunung Muztagh Ata' [berketinggian 7546 meter] yang puncaknya dilitupi salji nan memutih. Cuacanya sejuk walaupun sekarang musim panas kerana lokasinya yang terletak di kawasan tanah tinggi.



Sekiranya cuaca amat baik maka permukaan tasik ini menjadi cermin bagi memberikan refleksi kedua-dua gunung yang mengapitnya itu. Saya singgah masuk ke dalam ‘yurd’ iaitu rumah yang didiami oleh etnik Uighur yang beragama Islam dan dihidangkan dengan minuman susu yak [Sejenis haiwan macam lembu tetapi berbulu lebat] dan teh Cina serta roti. Kehidupan masyarakat yang tinggal di sini sangat sederhana, hanya ala kadar cukup untuk 'makan dan pakai' sahaja. Kediaman mereka adalah seluas 'yurd' yang dapat dilihat dalam gambar itu sahaja dengan keperluan material yang sangat sederhana.



Kalau mengikut perancangan awalnya kami akan bermalam di sini dan tidur di dalam 'yurd' bersama-sama dengan penghuni di sini kerana sebelah petangnya dapat menikmati keindahan matahari terbenam dan di sebelah paginya menikmati keindahan matahari terbit.



Tetapi kerana hari siang masih lagi panjang dan tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sementara menunggu waktu itu, maka kami semua sepakat untuk meneruskan perjalanan dan akan bermalan di Tashkurgan sahaja. Setelah berehat selama hampir satu jam, perjalanan diteruskan menuju ke Tashkurgan.

Dari 'Kashgar' ke 'Karakul Lake'

Banjaran Pamir

[5.6.09] Oleh sebab hari ini saya perlu daftar-keluar maka saya memutuskan untuk mengambil pakej yang disediakan oleh travel agent yang terdapat di hotel Seman bagi meneruskan kembara laluan sutera menuju ke Tashkurgan. Oleh sebab terdapat du premis travel agent yang terdapat di lobi hotel tu saya jadi keliru, yang mana satu Alim punya sebab kd yang dia bagi semalam dah saya hilangkan. Lupa lak letak kat mana…. Saya pun masuk je premis yang sudah terbuka dan jumpa mamat Korea yang nak join sama sebab perjalanannya ke sana menggunakan teksi yang boleh memuatkan 4 orang dalam satu pakej dan tambangnya lebih murah berbanding bersendirian. Setelah penawaran harga dilakukan dan tiket dibelai, tiba-tiba si Alim datang dan rupanya saya salah masuk premis travel agent. Yang ini bukan yang Alim punya tapi Abdul Wahab punya.



Rasa serba salah gak dengan si Alim tapi sebab dah beli tiket dan dia pun memahami. Masih lagi mahu membantu, katanya kalau balik dari lawatan satu hari satu malam tu dia bersedia mnecarikan tempat penginapan lain. Alim juga memberitahu bahawa seorang kawannya yang secara sambilan pada sebelah malam bekerja dengannya boleh bercakap bahasa Melayu sebab pernah belajar di universiti di Malaysia. Tapi saya tak sempat jumpa….

Dengan Bob dari Korea

Jam 10.00 pagi saya bersama 3 pengembara lain termasuk mamat korea tadi menaiki teksi menuju ke destinasi berikutnya. Pemandangan alam yang dilalui memang amat menakjubkan menelurusi laluan di sepanjang 'Banjaran Pamir' dan cuca hari ini juga menyebelahi kami. Singgah sebentar di tepi jalan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan ‘Sand Mountain’ yang indah itu.

'Sand Mountain" yang turut membentuk jajaran Banjaran Pamir'

Alim



Disebabkan penyambut tetamu di hotel tu [dan kebanyakan hotel dan perkhidmatan yang lain] tidak boleh berbahasa Inggeris maka dia memanggil seorang pemuda Uighur iaitu Alim yang menjalankan perniagaan ‘travel agent’ di premis yang terdapat di ruang legar lobi hotel tersebut untuk membantu sebagai penterjemah. Alim dengan ramah sedia membantu dan menunjukkan saya bilik hotel tempat menginap bagi malam tersebut. Sambil tu Alim memberitahu sekiranya inginkan perkhidmatannya untuk mendapatkan hotel bagi malam berikutnya atau untuk pakej lawatan, bolehlah menghubunginya. Ok gak tuuuu….

Kashgar


Jam 12.00 pm, bas bertolak ke Kasghar yang mengambil masa selama lapan jam perjalanan dengan tempat duduk kerusi biasa. Oleh sebab siangnya panjang, maka bila tiba di Kasghar jam 7.00 pm tu cuaca masih terang lagi. Pada awalnya saya telah menghubungi cawangan hostel Maitain di Kashgar untuk dijemput dari stesen bas. Semasa di hostel Maitain Urumqi, penyambut tetamunya yang bernama Ann memberitahu bahawa perkhidmatan ‘pick-up’ disediakan di hostel Maitain Kashgar. Tetapi setelah dihubungi, penyambut tetamu di hostel Maitain Kashgar memaklumkan bahawa polisi kerajaan China tidak membenarkan hostel budget menerima tetamu asing. Saya agak hairan juga kerana semasa di Urumqi tidak pun dimaklumkan mengenai hal ini…. Pelik gakk… Tapi kalau beradai di China ni tak ada apa yang pelaiknya kerana 'apa-apa pun boleh berlaku'... so kena sentiasa ada plan B, C, D... dan dan siap dengan 'improvisasi'! Kerana hari dah hampir gelap, saya terus mengambil teksi menuju ke tempat penginapan lain yang bukan bertaraf ‘budget hotel’ iaitu Seman Hotel dengan kadar tambang 5 Yuan [lebih kurang RM2.70 la]. Tambang pengangkutan wwam di China ni secara relatifnya adalah murah dan pemandu teksi sentiasa menggunakan meter. Walau bagaimanapun, bila dah daftar masuk, saya diberitahu bahawa penginapan hanya boleh satu malam sahaja dan besok perlu daftar keluar. Hal ini kerana hotel tersebut telah ditempah untuk para pelajar yang akan mengambil peperiksaan bagi melayakkan mereka memasuki universiti di China. Satu malam pun satu malam lahhh…. Esok fikir lain plak…

Khotan ke Kashgar



[4.6.09] Jam 9.00 pagi bas yang saya naiki tiba di pecan kecil Khotan lebih awal daripada yang dijadualkan. Pada awalnya saya ingin bermalam di sini, tetapi memandangkan tidak begitu banyak lokasi yang menarik ingin dilawati dan demi mengejar masa kembara yang pendek pada kali ini maka saya membatalkan niat itu. Setelah turun di stesen bas tu, saya membeli tiket bas menuju ke destinasi berikutnya iaitu Kasghar. Demi untuk berehat seketika sambil sarapan pagi, saya membeli tiket yang akan bertolak jam 12.00 tengahari. Sementara itu saya singgah makan di restoran untuk sarapan.

Sunday, June 21, 2009

Urumqi ke Khotan



[3.6.09 – 4.6.09] Jam 12.00 tengahari, bermula dari Urumqi ini saya meneruskan perjalanan untuk kembara kali ini merentasi Lalaun Sutera yang terkenal itu bagi menjejaki tapak-tapak yang telah ditinggalkan oleh para pengembara dan pedagang zaman silam.



Dari Urumqi saya menaiki bas yang dikenali sebagai ‘Sleeper Bus’ kerana tempat duduk dalam bas ni bukanlah kerusi tetapi katil yang digunakan untuk baring dan tidur. Sleeper Bus digunakan kerana perjalanan saya ke destinasi seterusya iaitu Khotan mengambil masa kira-kira 24 jam merentasi ‘Karakoram Highway’ yang terkenal itu.



Bukan itu sahaja, yang lebih menariknya perjalanan menaiki bas ni turut melalui sebuah padang pasir yang tidak kurang terkenalnya di sepanjang laluan sutera sebelah sini iaitu ‘Taklamakan Desert’.



Malangnya, ketika perjalanan bas melalui 'Taklamakan Desert' hari sudah malam dan saya sudah tertidur dan bila bangun pagi kawasan padang pasir itu pun dah berakhir. Sepanjang perjalanan bas ini melalui kawasan gurun yang kering dan tandus serta oasis yang menjadi penempatan penduduk Uighur yang mengusahakan perladangan

Hong Shan Pagoda - Urumqi



Sewaktu hari pertama berada di Urumqi tu saya sempat melawat ke Hong Shan Pagoda yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan iaitu jaraknya kira-kira 10 minit perjalanan dengan berjalan kaki.Hong Shan Pagoda ni juga merupakan mercu tanda pelancongan di Urumqi ni.

Masjid Urumqi



Bila dah daftar-masuk di hostel Maitain saya keluar jalan-jalan untuk mengisi perut bagi makan malam di gerai yang banyak terdapat di lorong bangunan. Lepas makan teringin nak beli buah peach yang banyak dijual di tepi jalan dengan harga yang pastinya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Tengah beli buah tu, terdengar bunyi azan pada kira-kira jam 10.15 pm. Saya menuju ke arah bunyi azan tersebut dan akhirnya menemui sebuah masjid yang terletak di celah-celah bangunan yang sedang dalam pembinaan. Saya pun singgah untuk solat maghrib dijamak dengan solat Isyak.



Keesokan harinya saya sempat lagi solat Zohor dijamak dengan Asar di Masjid yang sama yang saya tidak pasti namanya.

Wednesday, June 17, 2009

Variasi Makanan Halal di Urumqi [Wilayah Xin Jiang]

Bagi pengembara Muslim, pasal makanan halal di sini tiada masalah kerana banyak kedai-kedai Muslim yang menjualnya. Kalau naik kapal terbang domestik pun tiada masalah kerana mereka menyediakan makanan yang bertanda 'halal' ataupun 'muslim food' di atas kotak makanan yang disediakan. Disebabkan wilayah ni terletak jauh dari laut, jadi sumber protein yang ruci adalah kambing yang menjadi asas untuk semua jenis hidangan samada mee, nasi, pau mahupun sayuran. Mee dan pau adalah hidangan lazim manakala nasi pula ala nasi beriyani di Malaysia tetapi dimasak dengan kambing.