English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 23, 2018

MENUJU SOFIA, BULGARIA...

27.1.18 (sabtu) - Pagi ni saya mendapatkan sarapan seperti semalam dan menunya pun sama seperti semalam. Usai sarapan saya tidak ke mana-mana, sebaliknya mengemaskan barang-barang sebab malam nanti dah nak gerak ke Sofia. Saya daftar keluar pada jam 12pm dan tinggalkan beg di hotel sementara saya berjalan-jalan sambil menunggu waktu malam.....Semalam saya dah beli tiket di Sirkeci station  dengan kadar bayaran 170TL. Malam ni saya menunggu shuttle bus di Sirkeci station yang akan membawa saya ke Halkali Station yang jaraknya kira-kira 25 km dari Serkeci.  Jam 10.30pm keretapi yang saya naiki bergerak meningalkan Stesen Halkali, Istanbul Turki menuju ke Sofia, Bulgaria. 


Menikmati perjalanan dalam 'sleeper train'

Menuju Sofia

Menjelang  jam 7.30pm saya mendapatkan semula beg saya di hotel dan bergerak menuju ke stesen keretapi Sirkeci. Tiket 'sleeper train' saya dah beli semalam dengan harga 170TL. Tiket ni adalah untuk kabin dua orang. Tapi saya tak pasti lah siapa yang akan menjadi tetamu dalam kabin tu. Menjelang jam 8 malam, saya pun menuju ke kaunter tiket untuk mengesahkan tiket. Setelah disahkan, saya menunggu di ruang menunggu dengan beberapa penumpang lain di situ sehinggalah jam 9.00pm. Sehingga jam 9.00-m tu hanya ada lebih kurang 10 orang penumpang sahaja yang menunggu dan tidak lam kemudian shuttle bus pun tiba. Saya terus masuk ke dalam bas tu dan setelah semua penumpang naik, bas pun bergerak dari stesen Sirkeci menuju ke stesen Halkali yang jaraknya adalah 25 km dari Serkeci. Setelah satu jam perjalanan bas tu, saya pun tia di stesen Halkali pada jam 10pm. Stesen ni masih dalam proses pembinaan dan saya tak pasti bila ia akan siap sepenuhnya.  Setibanya di stesen Halkali tu, saya di arahkan naik dan kabin saya ditunjukkan bernimbor 41 dan 43. 

Nombor katil dalam kabin untuk 2 orang



Sinki untuk membersihkan diri


Katil


Penyangkut baju

Katil dua tingkat untuk 2 orang tetamu

Selimut dan cadar disediakan

Selimut

Sabun dan tuala kecil

Reffeshment turut diberikan untuk dinikmati sepanjang perjalanan

Saya pun masuk ke dalam kabin dan terdapat katil dua tingkat di dalamnya. saya diberikan selimut, sarung tilam, sabun, tuala kecil, biskut, air kotak dan air mineral. Malam ini saya akan bermalam di dalam kabin 'sleeper train' ini.....tepat jam 10.30 malam, keretapi pun bergerak dan semua penumpang telah pun masuk ke kabin masing-masing. Namun rakan sekabin saya masih belum masuk. Maknanya, hanya saya seorang sahajalah yang akan menginap di dalam kabin ini sepanjan perjalanan ini....Alhamdulillahhh


Penyangkut baju

Di dalam kabin

Lorong laluan di luar kabin

Di dalam kabin


Lorong laluan di luar kabin

Lorong laluan di luar kabin

Lorong laluan di luar kabin

Lorong laluan di luar kabin

Di dalam kabin

Imigresen Kapikule

Jam 2,30am (28.1.18=Ahad) sampai di Kapikule, Iaitu persempadanan di antara Turkey dan Bulgaria di mana terletaknya Imigresen Turki dan Bulgaria. keretapi berhenti di sini dan staf keretapi mengejutkan semua penumpang agar bagun dan turun dari keretapi menuju ke pejabat imigresen untuk mendapatkan chop pasport untuk keluar dari Turkey. Usai urusan di imigresen Turki kami perlu chop pasprot di imigresen Bulgaria pulak. Jadi, kesemua penumpang masuk ke dalam keretapi semula. keretapi bergerak dan dalam setengah jam iaitu kira-kira jam 4am tiba di imigresen Bulgaria. Urusan semakan pasport dilakukan oleh pihak imigresen Bulgaria apabila pegawai imigresen naik ke dalam keretapi dan menyemak semula semua pasport penumnpang sehinggalah jam menunjukkan pukul 4.30am baharulah selesai. keretapi meneruskan perjalanan melalui negara Bulgaria pula... Kira-kira jam 10am keretapi pun tiba di Central Station Sofia, Bulgaria. 

Imigresen Kapikule

Imigresen Kapikule

Suasana pagi yang bersalju di Bulgaria

Suasana pagi yang bersalju di Bulgari

Menikmati pemandangan pagi hening bersalju dai Bulgaria dari kabin

Bersiap untuk turun dari keretapi

Bersiap untuk turun dari keretapi

Bersiap untuk turun dari keretapi



Monday, May 28, 2018

SOLAT JUMAAT DI MASJID BIRU...



26.1.2018 (Jumaat)


Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Di pagi hari Jumaat ini, saya bangun pagi di kota Istanbul. Lebih khasnya di Sirkeci. Segar pagi ini setelah berjaya tidur nyenyak malam tidi selepas kejadian bersama pemandu teksi petang semalam.....Seawal jam 7.00 pagi, saya turun ke kafe untuk mendapatkan sarapan pagi...Alhamdulillah...menunya macam biasalah...sarapan Turki... semuanya menu2 sihat belaka...

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Sarapan pagi ini dinikmati dengan tenang dan nyaman sekali....saya menikmati sepuas-puasnya menu sarapan yang enak dan sihat itu....saya suka buburnya yang enak dan masih panas.....Saya tidak perlu tergesa-gesa sebab perkara penting yang perlu daya lakukan pada hari ini hanya berdekatan sahaja jaraknya.....seusai sarapan tu...saya terus bergerak melaksanakan urusan tersebut, iaitu membeli tiket keretapi........Jarak hotel dari stesen kereetapi Sirkeci hanya dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Setibanya di stesen tu saya terus bertanyakan tiket untuk bertolak ke Sofia,Bulgaria pada esok hari....

Membeli tiket keretapi ke Sofia di Stesen Sirkeci

Notis untuk penumpang keretapi

Saya dimaklumkan bahawa tiket boleh dibeli di situ dan saya pun membeli tiket untuk perjalanan ke Sofia pada esok malam (Sabtu) sebab saya dah tempah hotel duduk dua malam di Sirkeci ni. Jadi malam ni saya masih tidur di Istanbul lagi.....Saya diingatkan suapaya tiba di stesean Sirkeci selewat-lewatnya pada jam 8.00 malam.Sebab pada jam 9.00 malam shuttle bus akan tiba di stesen Sirkeci untuk membawa penumpang ke stesen Halkali. Saya pun akur........

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Usai mendapatkan tiket keretapi itu.... saya bergerak balik ke hotel semula dan membersihkan diri sebab hari ni hari Jumaat. Jadi saya perlu ke masjid biru untuk solat Jumaat...Alhamdulillah....hari ni saya dapat solat Jumaat di Masjid Biru, Istanbul, Turki.

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Selesai solat Jumaat, saya sempat bersiar-siar sekejap di sekitar masjid biru sambil mencari-cari kedai untuk mendapatkan makan tengahari. Setelah puas berjalan-jalan tu, saya pun singgah di sebuah kedai yang menghidangkan makan tengahari.


Menu makan tengahari

Menu makan tengahari

Gambar di atas tu adalah menu makan tengahari saya untuk hari Jumaat yang indah ini. Sup lentil kegemaran saya sebagai pembuka selera dan nasi merah (tapi bukan daripada beras, tetapi macam barli pun ada) ditutup dengan roti bakar. Alhamdulllah...Usai mendapatkan makan tengahari, saya pulang semula ke hotel dan berehat seketika menghilangkan leleah sambil bersantai-santai di kamar.


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel

Pada sebelah petangnya pula, saya malas dah nak jalan-jalan. Jadi lepas bangun dari tidur seketika tu, saya turun ke kafe hotel di tingkat bawah dan mengmesakini dan merancang pngembaran saya seterusnya. Sambil itu, saya menikmati kafe latte dan sepotong kek yang enak itu....Cuaca sejuk jadi malas nak jalan-jalan di waktu malam ni....lepak-lepak sambil mengopi memang enak......

Minum petang di cafe Old City Viva Hotel


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel

Saya menghabiskan masa mengemaskini perjalanan pengembaraan ini sehinggalah terbitnya waktu Maghrib. Saya pun naik ke bilik semula untuk menunaikan solat. Oleh sebab masih kenyang lagi, jadi malam ni saya tidak bercadang untuk mendapatkan makan malam. Saya terus berehat-rehat sehingga akhirnya tertidur......








OOOHHH...PEMANDU TEKSI ISTANBULLL....



25.1.2018 (Khamis)
Setelah mendapatkan bagasi di Atarturk Airport, saya terus keluar dari terminal untuk mendapatkan Havabus untuk pergi ke Taksim. Walaupun ada teksi yang menunggu di situ, tapi saya bercadang untuk mengambil bas ke Taksim sahaja dan dari Taksim nanti baru ambil teksi untuk ke Sirkeci, sebab tiada Havabus yang singgah di Sirkeci walaupun sebelum sampai ke Taksim dari Atarturk airport akan melalui Sirkeci…..begitulah perancangannya…. Saya pun mendapatkan Havabus yang telah sedia menanti dan memasukkan beg di ruang penyimpanan dan terus masuk ke dalam bus. Tidak lama kemudian Havabus bergerak dan harga tiketnya cuma 12TL. Lebih kurang 20 minit perjalanan Havabus pun tiba di Taksim. Saya turun dan terus mendapatkan teksi yang berpeleseran di sekitar situ. Saya bertanya kepada pemandu tambang untuk ke Sirkeci…dia kata ikut meter….saya pun hairan juga…sejak bila pulak teksi di Istanbul ni menggunakan meter…ok lah saya ikutkan je….asalkan dia boleh hantar terus ke Old City Viva Hotel di Sirkeci tu…..say agak harganya dalam 20 – 25TL je. Harga tu standard la untuk teksi di sekitar Istanbul ni….saya pun masuk ke dalam teksi….pemandu tu ajak pulak kawan dia masuk sekali ke dalam teksi tu…saya pun layan kan je…walaupun sepatutnya dia bawa saya sorang je….tak pe lah….

Sepanjang perjalanan pemandu tu cuba berbual sambil bertanya dah pernah ke datang ke Istanbul. Saya kata dah biasa dah, ini kali yang keempat….saja saya cakap macam tu sebab nak bagi dia tahu yang saya dah biasa dengan jalan di Istanbul ni…..(dalam hati tu dah tergerak…macam nak kenakan aku je ni…) Jadi saya buat macam dah biasa je…bukan macam orang tak tahu apa-apa….pemandu tu bawa pusing ikut highway sebab katanya jalan jem…saya pun layan kan je….kemudian dia berhenti di perhentian bas Cankurtaran dan suruh saya turun di situ. Katanya Sirkeci tak jauh dah dari situ dan boleh jalan kaki je…dia tak boleh masuk ke situ sebab katanya jalan mati. Saya pun Tanya…saya nak diturunkan di hadapan hotel dan bukannya di sini. Saya tahu lokasi ni dan dari Cankurtaran ni ke Sirkeci kalau jalan kaki jaraknya lebih kurang sama macam saya jalan kaki dari Taksim tadi ke Sirkeci….   Alahaiii….pemandu tu kata dia tak boleh hantar saya ke hotel di Sirkeci sebab jalan mati….malas saya nak bergaduh…saya pun tanya berapa tambang…. Dia minta 70TL…saya dah agak dah…mesti dia nak ‘ketuk’ ni… saya tanya mana meter? Sebab sejak masuk tadi saya tak nampak pun ada meter tambang dalam teksi ni….pemandu tu kata meter rosak dan saya perlu bayar 70TL….malas nak panjang cerita…..saya bagi 50TL dan saya kata itu je jumlah duit tunai Lira yang saya ada. Dia berkeras minta 70TL juga…saya kata saya tiada duit tunai lagi sebab saya gunakan kad kredit…..sambil saya mengeluarkan kad kredit dan menunjukkan kepada pemandu tu….kebetulan ada duit ringgit terselit pada wallet kad kredit tu dan pemandu tu nampak….dia minta duit tu…saya kata ini duit ringgit dan tak laku di Turki…dia minta juga…dan saya bagi RM10….tapi dia tak puas hati dan minta lagi….kemudian dia keluarkan duit 10TL dan tunjuk kat saya…dan dia kata saya hanya bagi dia 10TL je (kebetulan duit 10 TL dan 50TL warnanya sama, iaitu merah…duit RM10 yang aku bagi tadi pun warnanya merah juga…alahai….)…pemandu tu nak bermain sandiwara la pulak…..saya enggan bagi tapi dia minta lagi….(saya pun dah agak gabra dah…kawan dia yang sorang lagi tadi tu dah di uar tunggu kat luar pintu belakang temapt saya duduk….hmmmmm….nampaknaya aku tak boleh keluar teksi ni selagi tak layan dia…) saya pun bagi je lagi duit kertas RM3….pemandu tu tak puas hati dan nak minta semua duit RM yang saya ada….(Saya ada dalam RM300+++)…Saya kata kat pemandu tu jumlah yang saya bagi tuh dah lebih daripada yang sepatutnya…..lepas tu saya kata sepatutnya saya diturunkan di hadapan hotel di Sirkeci….bukannya di sini….dan tambangnya standard la 20-25TL je…kemudian saya terus keluar dari teksi tu dan mengambil beg saya….lalu berlalu dari situ….kemudian saya menyeberang jalan untuk menaiki bukit Cankurtaran tanpa saya sedari rupanya hand phone saya tertinggal di dalam teksi tadi. Saya hanya menyedarinya apabila telah menyeberang jalan dan teksi tu pun dah berlalu……saya pasrah dan redho je…Insyaallah…saya yakin Allah pasti ada perancangan yang lebih baik……walaupun dalam hand phone tu ada banyak maklumat yang saya simpan seperti bukti tempahan hotel dan sebagainya…..tak apelah…bukan rezeki saya la tu…saya mula menaiki bukit yang dulu pernah saya lalui lokasi ni…memang agak jauh sebab saya perlu naik bukit ni sampai ke puncak dan sampai di di muzium Topkapi dan dari situ kena turun bukit pulak untuk sampai ke Sirkeci…hmmm…..

Sambil berjalan menaiki bukit tu….saya tergerak hati untuk bertanyakan lokasi hotel yang saya tujui kepada seorang wanita yang kebetulan lalau dari arah yang bertentangan. Kebetulan saya ada salinan hardcopy maklumat tempahan hotel, lalu saya menunjukkan kepada wanita itu dan bertanyakan lokasi sebenar hotel yang saya nak tuju….Alhamdulillah…wanita tu boleh berbahasa Inggeris dengan baik…lalu dia dengan ramah melayani saya….dia kata hotel yang saya nak tujui tu jauh lagi dari sini….dia pun tak boleh nak tunjukkan macam tu sahaja… sebab memang jalannya nanti berpusing-pusing dan bersimpang-simpang. Saya pun menceritakan kisah saya yang kena tipu dengan pemandu teksi tadi dan hal hand phone saya tertinggal di dalam teksi….kemudian wanita tu pun menenangkan saya dan memperkenalkan diri sebagai Dr. Nur (kerana kerjayanya sebagai seorang Doktor MD). Katanya dia berasal dari Khazakastan dan membuka kelinik di Istanbul ni….dia kata kalau tak pandai cakap Turki, memang mudah kena tipu di Istanbul ni…dia pun pernah mengalami situasi yang sama…tetapi disebabkan dia boleh bercakap bahasa Turki, maka tak dapat la depa nak klentong…..(ooo…..kesahnyaa…) lepas tu dia kata dia akan tolong saya dan ucapannya yang saya Insyaallah tak akan lupa berbunyi begini….  ‘You don’t have to worry… because now you have a doctor with you’….terus lega rasanya saya mendengarkan ucapan itu…..walaupun masa tu saya bukannya mengalami sakit fizikal…tetapi tekanan mental yang agak tinggi…stress….

Sedang kami berbual tu….tiba-tiba muncul semula teksi yang saya naiki tadi dan pemandunya berhenti di hadapan kami yang bediri di sisi jalan sambil pemandunya menunjukkan hand phone saya….saya teruja juga dan kata padany…  ‘ha...itu dia pemandu teksi tadi dan hand phone saya…’ saya cuba mengambil hand phone tu dari tangan pemandu tapi dia menarik semula sambil menyuruh saya masuk ke dalam teksi….Dr. Nur menegah saya daripada memasuki teksi sebab katanya nanti saya akan ditipu lagi….pemandu tu tak puas hati dan menghulurkan lagi hand phone saya dan saya cuba mengambil dan pemandu tu cuba menarik…saya dengan pantas dan gagah memegang dengan kemas handp hone tu dan menarik untuk mendapatkannya….Alhamdulillah….saya dapat hand phone saya semula…. Pemandu tu agak marah dan Dr. Nur membalas pemandu teksi tu dalam bahasa Turki dalam nada pertengakaran…..lalauan di lorong tu menjadi jem seketika dan orang ramai yang sedang memandu di situ memandang ke arah pertengakaran kami itu….yang saya faham adalah apabila Dr. Nur menyebutkan tentang perkataan ‘tourist’ sahaja… (Drama laaa…sanggattt…) saya hanya berdiam mendengar dan memerhatikan pertengakaran itu dalam nada lega kerana Dr. Nur mempertahankan saya…lega rasanya…pemandu-pemandu lain mula membunyikan hon kerana jalan yang sememangnya dah sesak itu menjadi bertambah sesak….pemandu teksi itu berlalu….Dr. Nur kata pemandu tu suruh naik teksi tu semula sebab tak puas hati dan dia nak kenakan saya lagi….(nak minta duit lagi la tu…. Katanya). Pemandu tu gunakan hand phone saya tu sebagai helah untuk dia kenakan saya lagi sebab tadi dia kata jalan mati tapi sekarang dah boleh hantar ke hotel pulak…. Dr. Nur kata dia pulangkan semula hand phone tu sebab hand phone tu tak boleh digunakan di Turki….. (ooo…kesahnya….) tak lama kemudian….dalam sya dan Dr. Nur masih berbual tentang cara nak ek Sirkeci tu….tiba-tiba pemandu teksi tu muncul semula dan berdiri di sebelah Dr. Nur… (nampaknya dia masih tak puas hati)…..mereka berdua pun bertengakar sekali lagi dalam bahasa Turki da saya hanya mendengarkan……setelah merasakan bahawa usahanya tu gagal…pemandu tu pun berlalu pergi……Dr. Nur kemudian menerangkan tentang isi pertengakaran mereka tadi kepada saya…Dr. Nur kata, pemandu tu tetap menggesa supaya saya masuk ke dalam teksi dan menghantarkan saya ke hotel di Sirkeci. Tetapi Dr. Nur memberi syarat, kalau pemandu tu betul-betul nak hantar saya ke hotel dengan teksi, Dr. Nur nak ikut sekali masuk dalam teksi tu untuk memastikan saya benar-benar di hantar ke hotel yang dimaksudkan…..mendengar syarat tu lah yang akhirnya pemandu tu berlalu…. Nampaknya…usahanya untuk memperdayakan saya kali ini gagal…..Alhamdulillah….

Setelah pemandu teksi tu berlalu…. Dr. Nur pun kata ‘tak apa lah….. mari saya hantarkan awak ke Sirkeci….. walau pun laluannya untuk ke lokasi temujanji bukan laluan Sirkeci namun dia ikhlas untuk membantu saya…….(berdasarkan pengalamannya juga sebagai sorang ‘orang asing’ di Istanbul ni…)… dia pun mengajak saya menyeberang jalan menuju ke perhentian bas, iaitu lokasi di mana saya diturunkan dari teksi tadi….Saya kata pada Dr. Nur…kalau naik bas saya tiada wang tunai untuk membayar tambang bas….Dr. Nur kata taka pa, dia akan bayarkan…Alhamdulillah….saya sangat berterima kasih dan bersyukur atas pertolongan Alllah ini… Selang beberapa minit kami menunggu di perhentian bas Cankurtaran tu, bas pun tiba. Dr Nur meminta saya naik dahulu dan dia mengimbas ‘Istanbul Kart’ miliknya pada mesin pengimbas kad dalam bas tu… (bas di sini tak terima wang tunai sebab semua penumpang mesti membeli kad terlebih dahulu). Kemudaian dia mengimbas kad sekali lagi untuk tambang dirinya pula…. Alhamdulillah…..dalam bas tu kami berdiri bersebelahan sambil saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Nur dan memohon maaf kerana menyusahkan dia serta membuatkan dia terlewat untuk temujanjinya. Dr Nur kata tak apa….dia ikhlas membantu dan faham situasi saya kerana dia juga seorang orang asing di sini…. Lagi pula, dia seorang yang berpendidikan… lebih kurang lima minit dalam bas tu….kami pun tiba di Sirkeci dan Dr. Nur kata saya perlu turun di situ…tapi dia mohon maaf kerana tak dapat menunjukkan lokasi sebenar hotel saya menginap…tapi katanya tidak jauh hotel tu….hanya di sekitar situ sahaja….saya kata taka pa sebab saya dah tahu nak cari hotel tu di mana…lagi pun saya dah biasa juga berjalan-jalan di sekitar sini setiap kali saya di Istanbul….kami bersalaman dan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan terus turun dari bas…Dr. Nur meneruskan tinggal dalam bas tu meneruskan perjalanan untuk temujanjinya…..Alhamdulillah……


Dari perhentian bas Sirkeci tu, saya terus menuju ke Stesen keretapi yang terletak berhadapan je dengan perhentian bas tu. Di Stesen keretapi tu, terdapat kaunter penerangan dan saya pun terus masuk dan bertanyakan lokasi hotel yang saya nak tuju. Dengan ramah petugas tu meneangkan kepada saya bahawa hotel tu terletak bersebelahan sahaja stesen sahaja dan menuliskannya di atas peta yang kemudian diberikan kepada saya. Saya punmengucapkan terima kasih dan berlalu dari situ. Saya menggunakan peta tersebut menuju ke hotel yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja untuk tiba dari stesen keretapi tu…Alhamdulillah….akhirnya saya tiba di Old City Viva Hotel, Sirkeci, Istanbul. Saya pun terus ke dalam hotel dan mendaftar masuk….

KEMBARA BALKAN 2018





24.1.2018 (Rabu) – Jam 8.00pm bergerak ke KLIA. Penerbangan Etihad Airways 25.1.2018 (Khamis) – Jam 2.5am – dari KLIA ke Abu Dhabi Airport - Penerbangan Etihad Airways. Mendarat jam 6.10am waktu Abu Dhabi perjalanan selama lebih kurang 7 jam. Transit selama 7 jam sebelum menaiki pesawat Emirates menuju ke Ataturk Airport, Istanbul jam 1.10pm (waktu Abu Dhabi). Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dari Abu Dhabi untuk tiba di Atarturk Airport, Istanbul...





Abu Dhabi Airport

Abu Dhabi Airport


Abu Dhabi Airport

Abu Dhabi Airport


Tiba di Ataturk Airport menunggu Havabus untuk ke Taksim


Tiba di Old City Viva Hotel, Sirkeci