English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, May 28, 2018

SOLAT JUMAAT DI MASJID BIRU...



26.1.2018 (Jumaat)


Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Di pagi hari Jumaat ini, saya bangun pagi di kota Istanbul. Lebih khasnya di Sirkeci. Segar pagi ini setelah berjaya tidur nyenyak malam tidi selepas kejadian bersama pemandu teksi petang semalam.....Seawal jam 7.00 pagi, saya turun ke kafe untuk mendapatkan sarapan pagi...Alhamdulillah...menunya macam biasalah...sarapan Turki... semuanya menu2 sihat belaka...

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Menu sarapan pagi di Old City Viva Hotel

Sarapan pagi ini dinikmati dengan tenang dan nyaman sekali....saya menikmati sepuas-puasnya menu sarapan yang enak dan sihat itu....saya suka buburnya yang enak dan masih panas.....Saya tidak perlu tergesa-gesa sebab perkara penting yang perlu daya lakukan pada hari ini hanya berdekatan sahaja jaraknya.....seusai sarapan tu...saya terus bergerak melaksanakan urusan tersebut, iaitu membeli tiket keretapi........Jarak hotel dari stesen kereetapi Sirkeci hanya dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Setibanya di stesen tu saya terus bertanyakan tiket untuk bertolak ke Sofia,Bulgaria pada esok hari....

Membeli tiket keretapi ke Sofia di Stesen Sirkeci

Notis untuk penumpang keretapi

Saya dimaklumkan bahawa tiket boleh dibeli di situ dan saya pun membeli tiket untuk perjalanan ke Sofia pada esok malam (Sabtu) sebab saya dah tempah hotel duduk dua malam di Sirkeci ni. Jadi malam ni saya masih tidur di Istanbul lagi.....Saya diingatkan suapaya tiba di stesean Sirkeci selewat-lewatnya pada jam 8.00 malam.Sebab pada jam 9.00 malam shuttle bus akan tiba di stesen Sirkeci untuk membawa penumpang ke stesen Halkali. Saya pun akur........

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Usai mendapatkan tiket keretapi itu.... saya bergerak balik ke hotel semula dan membersihkan diri sebab hari ni hari Jumaat. Jadi saya perlu ke masjid biru untuk solat Jumaat...Alhamdulillah....hari ni saya dapat solat Jumaat di Masjid Biru, Istanbul, Turki.

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Solat Jumaat di Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Di sekitar Masjid Biru

Selesai solat Jumaat, saya sempat bersiar-siar sekejap di sekitar masjid biru sambil mencari-cari kedai untuk mendapatkan makan tengahari. Setelah puas berjalan-jalan tu, saya pun singgah di sebuah kedai yang menghidangkan makan tengahari.


Menu makan tengahari

Menu makan tengahari

Gambar di atas tu adalah menu makan tengahari saya untuk hari Jumaat yang indah ini. Sup lentil kegemaran saya sebagai pembuka selera dan nasi merah (tapi bukan daripada beras, tetapi macam barli pun ada) ditutup dengan roti bakar. Alhamdulllah...Usai mendapatkan makan tengahari, saya pulang semula ke hotel dan berehat seketika menghilangkan leleah sambil bersantai-santai di kamar.


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel

Pada sebelah petangnya pula, saya malas dah nak jalan-jalan. Jadi lepas bangun dari tidur seketika tu, saya turun ke kafe hotel di tingkat bawah dan mengmesakini dan merancang pngembaran saya seterusnya. Sambil itu, saya menikmati kafe latte dan sepotong kek yang enak itu....Cuaca sejuk jadi malas nak jalan-jalan di waktu malam ni....lepak-lepak sambil mengopi memang enak......

Minum petang di cafe Old City Viva Hotel


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel


Minum petang di cafe Old City Viva Hotel

Saya menghabiskan masa mengemaskini perjalanan pengembaraan ini sehinggalah terbitnya waktu Maghrib. Saya pun naik ke bilik semula untuk menunaikan solat. Oleh sebab masih kenyang lagi, jadi malam ni saya tidak bercadang untuk mendapatkan makan malam. Saya terus berehat-rehat sehingga akhirnya tertidur......








No comments: