27.1.18 (sabtu) - Pagi ni saya mendapatkan sarapan seperti semalam dan menunya pun sama seperti semalam. Usai sarapan saya tidak ke mana-mana, sebaliknya mengemaskan barang-barang sebab malam nanti dah nak gerak ke Sofia. Saya daftar keluar pada jam 12pm dan tinggalkan beg di hotel sementara saya berjalan-jalan sambil menunggu waktu malam.....Semalam saya dah beli tiket di Sirkeci station dengan kadar bayaran 170TL. Malam ni saya menunggu shuttle bus di Sirkeci station yang akan membawa saya ke Halkali Station yang jaraknya kira-kira 25 km dari Serkeci. Jam 10.30pm keretapi yang saya naiki bergerak meningalkan Stesen Halkali, Istanbul Turki menuju ke Sofia, Bulgaria.
Menuju Sofia
Menjelang jam 7.30pm saya mendapatkan semula beg saya di hotel dan bergerak menuju ke stesen keretapi Sirkeci. Tiket 'sleeper train' saya dah beli semalam dengan harga 170TL. Tiket ni adalah untuk kabin dua orang. Tapi saya tak pasti lah siapa yang akan menjadi tetamu dalam kabin tu. Menjelang jam 8 malam, saya pun menuju ke kaunter tiket untuk mengesahkan tiket. Setelah disahkan, saya menunggu di ruang menunggu dengan beberapa penumpang lain di situ sehinggalah jam 9.00pm. Sehingga jam 9.00-m tu hanya ada lebih kurang 10 orang penumpang sahaja yang menunggu dan tidak lam kemudian shuttle bus pun tiba. Saya terus masuk ke dalam bas tu dan setelah semua penumpang naik, bas pun bergerak dari stesen Sirkeci menuju ke stesen Halkali yang jaraknya adalah 25 km dari Serkeci. Setelah satu jam perjalanan bas tu, saya pun tia di stesen Halkali pada jam 10pm. Stesen ni masih dalam proses pembinaan dan saya tak pasti bila ia akan siap sepenuhnya. Setibanya di stesen Halkali tu, saya di arahkan naik dan kabin saya ditunjukkan bernimbor 41 dan 43.
Nombor katil dalam kabin untuk 2 orang
Sinki untuk membersihkan diri
Katil
Penyangkut baju
Katil dua tingkat untuk 2 orang tetamu
Selimut dan cadar disediakan
Selimut
Sabun dan tuala kecil
Reffeshment turut diberikan untuk dinikmati sepanjang perjalanan
Saya pun masuk ke dalam kabin dan terdapat katil dua tingkat di dalamnya. saya diberikan selimut, sarung tilam, sabun, tuala kecil, biskut, air kotak dan air mineral. Malam ini saya akan bermalam di dalam kabin 'sleeper train' ini.....tepat jam 10.30 malam, keretapi pun bergerak dan semua penumpang telah pun masuk ke kabin masing-masing. Namun rakan sekabin saya masih belum masuk. Maknanya, hanya saya seorang sahajalah yang akan menginap di dalam kabin ini sepanjan perjalanan ini....Alhamdulillahhh
Penyangkut baju
Di dalam kabin
Lorong laluan di luar kabin
Di dalam kabin
Lorong laluan di luar kabin
Lorong laluan di luar kabin
Lorong laluan di luar kabin
Lorong laluan di luar kabin
Di dalam kabin
Imigresen Kapikule
Jam 2,30am (28.1.18=Ahad) sampai di Kapikule, Iaitu persempadanan di antara Turkey dan Bulgaria di mana terletaknya Imigresen Turki dan Bulgaria. keretapi berhenti di sini dan staf keretapi mengejutkan semua penumpang agar bagun dan turun dari keretapi menuju ke pejabat imigresen untuk mendapatkan chop pasport untuk keluar dari Turkey. Usai urusan di imigresen Turki kami perlu chop pasprot di imigresen Bulgaria pulak. Jadi, kesemua penumpang masuk ke dalam keretapi semula. keretapi bergerak dan dalam setengah jam iaitu kira-kira jam 4am tiba di imigresen Bulgaria. Urusan semakan pasport dilakukan oleh pihak imigresen Bulgaria apabila pegawai imigresen naik ke dalam keretapi dan menyemak semula semua pasport penumnpang sehinggalah jam menunjukkan pukul 4.30am baharulah selesai. keretapi meneruskan perjalanan melalui negara Bulgaria pula... Kira-kira jam 10am keretapi pun tiba di Central Station Sofia, Bulgaria.
Imigresen Kapikule
Imigresen Kapikule
Suasana pagi yang bersalju di Bulgaria
Suasana pagi yang bersalju di Bulgari
Menikmati pemandangan pagi hening bersalju dai Bulgaria dari kabin
Bersiap untuk turun dari keretapi
Bersiap untuk turun dari keretapi
Bersiap untuk turun dari keretapi
No comments:
Post a Comment