English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, May 28, 2018

OOOHHH...PEMANDU TEKSI ISTANBULLL....



25.1.2018 (Khamis)
Setelah mendapatkan bagasi di Atarturk Airport, saya terus keluar dari terminal untuk mendapatkan Havabus untuk pergi ke Taksim. Walaupun ada teksi yang menunggu di situ, tapi saya bercadang untuk mengambil bas ke Taksim sahaja dan dari Taksim nanti baru ambil teksi untuk ke Sirkeci, sebab tiada Havabus yang singgah di Sirkeci walaupun sebelum sampai ke Taksim dari Atarturk airport akan melalui Sirkeci…..begitulah perancangannya…. Saya pun mendapatkan Havabus yang telah sedia menanti dan memasukkan beg di ruang penyimpanan dan terus masuk ke dalam bus. Tidak lama kemudian Havabus bergerak dan harga tiketnya cuma 12TL. Lebih kurang 20 minit perjalanan Havabus pun tiba di Taksim. Saya turun dan terus mendapatkan teksi yang berpeleseran di sekitar situ. Saya bertanya kepada pemandu tambang untuk ke Sirkeci…dia kata ikut meter….saya pun hairan juga…sejak bila pulak teksi di Istanbul ni menggunakan meter…ok lah saya ikutkan je….asalkan dia boleh hantar terus ke Old City Viva Hotel di Sirkeci tu…..say agak harganya dalam 20 – 25TL je. Harga tu standard la untuk teksi di sekitar Istanbul ni….saya pun masuk ke dalam teksi….pemandu tu ajak pulak kawan dia masuk sekali ke dalam teksi tu…saya pun layan kan je…walaupun sepatutnya dia bawa saya sorang je….tak pe lah….

Sepanjang perjalanan pemandu tu cuba berbual sambil bertanya dah pernah ke datang ke Istanbul. Saya kata dah biasa dah, ini kali yang keempat….saja saya cakap macam tu sebab nak bagi dia tahu yang saya dah biasa dengan jalan di Istanbul ni…..(dalam hati tu dah tergerak…macam nak kenakan aku je ni…) Jadi saya buat macam dah biasa je…bukan macam orang tak tahu apa-apa….pemandu tu bawa pusing ikut highway sebab katanya jalan jem…saya pun layan kan je….kemudian dia berhenti di perhentian bas Cankurtaran dan suruh saya turun di situ. Katanya Sirkeci tak jauh dah dari situ dan boleh jalan kaki je…dia tak boleh masuk ke situ sebab katanya jalan mati. Saya pun Tanya…saya nak diturunkan di hadapan hotel dan bukannya di sini. Saya tahu lokasi ni dan dari Cankurtaran ni ke Sirkeci kalau jalan kaki jaraknya lebih kurang sama macam saya jalan kaki dari Taksim tadi ke Sirkeci….   Alahaiii….pemandu tu kata dia tak boleh hantar saya ke hotel di Sirkeci sebab jalan mati….malas saya nak bergaduh…saya pun tanya berapa tambang…. Dia minta 70TL…saya dah agak dah…mesti dia nak ‘ketuk’ ni… saya tanya mana meter? Sebab sejak masuk tadi saya tak nampak pun ada meter tambang dalam teksi ni….pemandu tu kata meter rosak dan saya perlu bayar 70TL….malas nak panjang cerita…..saya bagi 50TL dan saya kata itu je jumlah duit tunai Lira yang saya ada. Dia berkeras minta 70TL juga…saya kata saya tiada duit tunai lagi sebab saya gunakan kad kredit…..sambil saya mengeluarkan kad kredit dan menunjukkan kepada pemandu tu….kebetulan ada duit ringgit terselit pada wallet kad kredit tu dan pemandu tu nampak….dia minta duit tu…saya kata ini duit ringgit dan tak laku di Turki…dia minta juga…dan saya bagi RM10….tapi dia tak puas hati dan minta lagi….kemudian dia keluarkan duit 10TL dan tunjuk kat saya…dan dia kata saya hanya bagi dia 10TL je (kebetulan duit 10 TL dan 50TL warnanya sama, iaitu merah…duit RM10 yang aku bagi tadi pun warnanya merah juga…alahai….)…pemandu tu nak bermain sandiwara la pulak…..saya enggan bagi tapi dia minta lagi….(saya pun dah agak gabra dah…kawan dia yang sorang lagi tadi tu dah di uar tunggu kat luar pintu belakang temapt saya duduk….hmmmmm….nampaknaya aku tak boleh keluar teksi ni selagi tak layan dia…) saya pun bagi je lagi duit kertas RM3….pemandu tu tak puas hati dan nak minta semua duit RM yang saya ada….(Saya ada dalam RM300+++)…Saya kata kat pemandu tu jumlah yang saya bagi tuh dah lebih daripada yang sepatutnya…..lepas tu saya kata sepatutnya saya diturunkan di hadapan hotel di Sirkeci….bukannya di sini….dan tambangnya standard la 20-25TL je…kemudian saya terus keluar dari teksi tu dan mengambil beg saya….lalu berlalu dari situ….kemudian saya menyeberang jalan untuk menaiki bukit Cankurtaran tanpa saya sedari rupanya hand phone saya tertinggal di dalam teksi tadi. Saya hanya menyedarinya apabila telah menyeberang jalan dan teksi tu pun dah berlalu……saya pasrah dan redho je…Insyaallah…saya yakin Allah pasti ada perancangan yang lebih baik……walaupun dalam hand phone tu ada banyak maklumat yang saya simpan seperti bukti tempahan hotel dan sebagainya…..tak apelah…bukan rezeki saya la tu…saya mula menaiki bukit yang dulu pernah saya lalui lokasi ni…memang agak jauh sebab saya perlu naik bukit ni sampai ke puncak dan sampai di di muzium Topkapi dan dari situ kena turun bukit pulak untuk sampai ke Sirkeci…hmmm…..

Sambil berjalan menaiki bukit tu….saya tergerak hati untuk bertanyakan lokasi hotel yang saya tujui kepada seorang wanita yang kebetulan lalau dari arah yang bertentangan. Kebetulan saya ada salinan hardcopy maklumat tempahan hotel, lalu saya menunjukkan kepada wanita itu dan bertanyakan lokasi sebenar hotel yang saya nak tuju….Alhamdulillah…wanita tu boleh berbahasa Inggeris dengan baik…lalu dia dengan ramah melayani saya….dia kata hotel yang saya nak tujui tu jauh lagi dari sini….dia pun tak boleh nak tunjukkan macam tu sahaja… sebab memang jalannya nanti berpusing-pusing dan bersimpang-simpang. Saya pun menceritakan kisah saya yang kena tipu dengan pemandu teksi tadi dan hal hand phone saya tertinggal di dalam teksi….kemudian wanita tu pun menenangkan saya dan memperkenalkan diri sebagai Dr. Nur (kerana kerjayanya sebagai seorang Doktor MD). Katanya dia berasal dari Khazakastan dan membuka kelinik di Istanbul ni….dia kata kalau tak pandai cakap Turki, memang mudah kena tipu di Istanbul ni…dia pun pernah mengalami situasi yang sama…tetapi disebabkan dia boleh bercakap bahasa Turki, maka tak dapat la depa nak klentong…..(ooo…..kesahnyaa…) lepas tu dia kata dia akan tolong saya dan ucapannya yang saya Insyaallah tak akan lupa berbunyi begini….  ‘You don’t have to worry… because now you have a doctor with you’….terus lega rasanya saya mendengarkan ucapan itu…..walaupun masa tu saya bukannya mengalami sakit fizikal…tetapi tekanan mental yang agak tinggi…stress….

Sedang kami berbual tu….tiba-tiba muncul semula teksi yang saya naiki tadi dan pemandunya berhenti di hadapan kami yang bediri di sisi jalan sambil pemandunya menunjukkan hand phone saya….saya teruja juga dan kata padany…  ‘ha...itu dia pemandu teksi tadi dan hand phone saya…’ saya cuba mengambil hand phone tu dari tangan pemandu tapi dia menarik semula sambil menyuruh saya masuk ke dalam teksi….Dr. Nur menegah saya daripada memasuki teksi sebab katanya nanti saya akan ditipu lagi….pemandu tu tak puas hati dan menghulurkan lagi hand phone saya dan saya cuba mengambil dan pemandu tu cuba menarik…saya dengan pantas dan gagah memegang dengan kemas handp hone tu dan menarik untuk mendapatkannya….Alhamdulillah….saya dapat hand phone saya semula…. Pemandu tu agak marah dan Dr. Nur membalas pemandu teksi tu dalam bahasa Turki dalam nada pertengakaran…..lalauan di lorong tu menjadi jem seketika dan orang ramai yang sedang memandu di situ memandang ke arah pertengakaran kami itu….yang saya faham adalah apabila Dr. Nur menyebutkan tentang perkataan ‘tourist’ sahaja… (Drama laaa…sanggattt…) saya hanya berdiam mendengar dan memerhatikan pertengakaran itu dalam nada lega kerana Dr. Nur mempertahankan saya…lega rasanya…pemandu-pemandu lain mula membunyikan hon kerana jalan yang sememangnya dah sesak itu menjadi bertambah sesak….pemandu teksi itu berlalu….Dr. Nur kata pemandu tu suruh naik teksi tu semula sebab tak puas hati dan dia nak kenakan saya lagi….(nak minta duit lagi la tu…. Katanya). Pemandu tu gunakan hand phone saya tu sebagai helah untuk dia kenakan saya lagi sebab tadi dia kata jalan mati tapi sekarang dah boleh hantar ke hotel pulak…. Dr. Nur kata dia pulangkan semula hand phone tu sebab hand phone tu tak boleh digunakan di Turki….. (ooo…kesahnya….) tak lama kemudian….dalam sya dan Dr. Nur masih berbual tentang cara nak ek Sirkeci tu….tiba-tiba pemandu teksi tu muncul semula dan berdiri di sebelah Dr. Nur… (nampaknya dia masih tak puas hati)…..mereka berdua pun bertengakar sekali lagi dalam bahasa Turki da saya hanya mendengarkan……setelah merasakan bahawa usahanya tu gagal…pemandu tu pun berlalu pergi……Dr. Nur kemudian menerangkan tentang isi pertengakaran mereka tadi kepada saya…Dr. Nur kata, pemandu tu tetap menggesa supaya saya masuk ke dalam teksi dan menghantarkan saya ke hotel di Sirkeci. Tetapi Dr. Nur memberi syarat, kalau pemandu tu betul-betul nak hantar saya ke hotel dengan teksi, Dr. Nur nak ikut sekali masuk dalam teksi tu untuk memastikan saya benar-benar di hantar ke hotel yang dimaksudkan…..mendengar syarat tu lah yang akhirnya pemandu tu berlalu…. Nampaknya…usahanya untuk memperdayakan saya kali ini gagal…..Alhamdulillah….

Setelah pemandu teksi tu berlalu…. Dr. Nur pun kata ‘tak apa lah….. mari saya hantarkan awak ke Sirkeci….. walau pun laluannya untuk ke lokasi temujanji bukan laluan Sirkeci namun dia ikhlas untuk membantu saya…….(berdasarkan pengalamannya juga sebagai sorang ‘orang asing’ di Istanbul ni…)… dia pun mengajak saya menyeberang jalan menuju ke perhentian bas, iaitu lokasi di mana saya diturunkan dari teksi tadi….Saya kata pada Dr. Nur…kalau naik bas saya tiada wang tunai untuk membayar tambang bas….Dr. Nur kata taka pa, dia akan bayarkan…Alhamdulillah….saya sangat berterima kasih dan bersyukur atas pertolongan Alllah ini… Selang beberapa minit kami menunggu di perhentian bas Cankurtaran tu, bas pun tiba. Dr Nur meminta saya naik dahulu dan dia mengimbas ‘Istanbul Kart’ miliknya pada mesin pengimbas kad dalam bas tu… (bas di sini tak terima wang tunai sebab semua penumpang mesti membeli kad terlebih dahulu). Kemudaian dia mengimbas kad sekali lagi untuk tambang dirinya pula…. Alhamdulillah…..dalam bas tu kami berdiri bersebelahan sambil saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Nur dan memohon maaf kerana menyusahkan dia serta membuatkan dia terlewat untuk temujanjinya. Dr Nur kata tak apa….dia ikhlas membantu dan faham situasi saya kerana dia juga seorang orang asing di sini…. Lagi pula, dia seorang yang berpendidikan… lebih kurang lima minit dalam bas tu….kami pun tiba di Sirkeci dan Dr. Nur kata saya perlu turun di situ…tapi dia mohon maaf kerana tak dapat menunjukkan lokasi sebenar hotel saya menginap…tapi katanya tidak jauh hotel tu….hanya di sekitar situ sahaja….saya kata taka pa sebab saya dah tahu nak cari hotel tu di mana…lagi pun saya dah biasa juga berjalan-jalan di sekitar sini setiap kali saya di Istanbul….kami bersalaman dan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan terus turun dari bas…Dr. Nur meneruskan tinggal dalam bas tu meneruskan perjalanan untuk temujanjinya…..Alhamdulillah……


Dari perhentian bas Sirkeci tu, saya terus menuju ke Stesen keretapi yang terletak berhadapan je dengan perhentian bas tu. Di Stesen keretapi tu, terdapat kaunter penerangan dan saya pun terus masuk dan bertanyakan lokasi hotel yang saya nak tuju. Dengan ramah petugas tu meneangkan kepada saya bahawa hotel tu terletak bersebelahan sahaja stesen sahaja dan menuliskannya di atas peta yang kemudian diberikan kepada saya. Saya punmengucapkan terima kasih dan berlalu dari situ. Saya menggunakan peta tersebut menuju ke hotel yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja untuk tiba dari stesen keretapi tu…Alhamdulillah….akhirnya saya tiba di Old City Viva Hotel, Sirkeci, Istanbul. Saya pun terus ke dalam hotel dan mendaftar masuk….

No comments: