English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 25, 2018

DARI SOFIA, BULGARIA KE MACEDONIA


Syariakt Bas MATPU

29.1.2018 (Isnin).....Setelah terjatuh tadi....saya terus bangun dan meneruskan perjalanan ke Stesen bas dan tiba dalam jam 7.30 pagi. Saya menuju ke kaunter tiket syarikat MATPU (tetapi bunyi sebutannya tidaklah sama macam ejaan tu!! Saya pun dah lupa bunyi nak sebut!) dan Alhamdulillah...masih ada tiket untuk ke Skopje yang akan bergerak pada jam 9.30 pagi nanti. Matawang Bulgaria ni dikenali sebagai Lev. 1 Bulgarian Lev bersamaan dengan 0.51Euro (Pada masa tiket itu di beli). Saya membeli tiket dengan harga 30 Lev (Lebih kurang 15.3 Euro).


Jadual bas dari Sofia ke Skopje, Macedonia

Perjalanan dari Sofia ke Skopje ni katanya mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti rehat dan pemeriksaan imigresen....Jadi setelh membeli tiket bas tu saya punmenunggu sehingga jam menunjukkan 9.30 pagi. Bas pun tiba dan penumpang dibenarkan memasukkan barangan ke dalam ruang penyimpanan. Setelah meletak barak, Saya menunukkan tiket kepada konduktor untuk menaiki bas........



Tiket bas dari Sofia ke Skopje

Tiket bas dari Sofia ke Skopje

Saya pun naik ke dalam bas dan terus mendapatkan tempat duduk dan menunggu sehingga semua penumpang naik ke dalam bas. Tepat jam 9.30 pagi....bas pun bergerak meninggalkan Sofia.....Sambil bas bergerak tu saya memikirkan di mana nak tinggal nanti ni bila tiba di Skopje....?... Saya terpandang ikon wifi tertera pada sisi bas tu....terus saya try buka wifi....Alhamdulillah....memang ada free wifi dalam bas ni....tanpa berlengah...saya terus melayara laman sesawang booking.com untuk mencari hotel yang sesuai untuk saya menginap malam ini.....Cari punya cari saya memilih untuk menginap di Hotel Square. Menurut penerangan dalam laman sesawang tu, hotel ni terletak betul-betul di tengah kota Skopje yang katanya menghadap patung Alexander the Great yang menjadi mercu tanda kota Skopje Macedonia.  Saya pun terus menempah hotel berkenaan yang katanya tidak jauh berjalan kaki dari stesen bas dan terletak betul-betul di tengah kota.....Alhamdulillah....


Bas dari Sofia ke Skopje

Bas dari Sofia ke Skopje

Bas dari Sofia ke Skopje

Bas dari Sofia ke Skopje

Dah book hotel tu saya rasa lega sikit....terus tutup data dan menikmati keindahan perjalanan menuju ke Skopje.....Hari ni cuaca sangat cerah yang menjadikan pemandangannya sangat indah. Cuaca derah di musim sejuk memang sangat indah.......ssehingga tanpa disedari bas telah berhenti untuk berehat seketika di lokasi yang berhampiran dengan sempadan imigresen Bulgaria dan Macedonia. Saya turn dari bas tetapi tidak mendapatkan makanan sebab masih kenyany. Lagi pun dalam bas saya makan bekalan yang saya bawa di dalam beg, iaitu buah dan keropok.....


Bas dari Sofia ke Skopje

Perjalanan dari Sofia ke Skopje

Perjalanan dari Sofia ke Skopje


Berhenti rehat

Berhenti rehat

Berhenti rehat


Berhenti rehat

Berhenti rehat

Bas meneruskan perjalanan

Apabila jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengahari dan kami telah tiba di imigresen bulgaria. Semua penumpang diminta turun dari bas dan mengambil beg masing dari ruang penyimpanan dan beratur untuk melalui pemeriksaan pegawai imigresen. Kami diminta membuka dan mengeluarkan barang-barang dari beg masing-masing untuk pemeriksaan....jenuh juga sebab bila dah dikeluarkan dari beg tu......part yang nak masukkan semula tu yang leceh....tapi nak buat macamana....ikut je la prosedur....lebih kurang  24 minit proses tu....jam 12.24pm selesai urusan di situ.


Tiba di imigresen sempadan Bulgaria dan Macedonia

Tiba di imigresen sempadan Bulgaria dan Macedonia

Selesai urusan di imigresen di bulgaria....kami semua naik ke dalam bas dan lebih kurang dalam 3 minit dah sampai pulak di imigresen Macedonia. Penumpang tak perlu turun di sini sebab pegawai imigresen yang naik ke dalam bas dan memeriksa pasport penumpang. Pegawai-pegawai yang bertugas semuanya peramah dengan penumpang.....Alhamdulillah....urusan di sini berlangsung dengan pantas dan dalam jam 12.33pm dah selesai.....Salam pertemuan Macedonia.....dan sepanjang perjalanan dari imigresen ke Central Station di usat bandar Skopje tu saya nampak ada banyak masjid di penempetan penduduknya......


No comments: