English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, August 2, 2018

SKOPJE, MACEDONIA


29.1.18 (Isnin) Setelah meningalkan imigresen Macedonia....kira-kira jam 1.30pm waktu Skopje, Macedonia (Waktu Bulgaria pula menunjukkan 2.30pm sebab lebih awal satu jam dari waktu Macedonia. Manakala waktu Bulgaria dan waktu Istanbul pula adalah sama) bas yang saya naiki pun tiba di Central Station, Skopje, Macedonia...Sampai di stesen ni, saya turun dari bas dan mendapatkan beg dari ruang simpanan bas lalu terus keluar dari ruang stesen bas yang terletak di bawah jejambat lebuhraya. Saya tidak bercadang untuk mendapatkan teksi atau bas kerana menurut penerangan semasa tempahan hotel, jarak lokasinya sejauh berjalan kaki sahaja dari stesen bas. Jadi saya pun meneruskan langkah melalui jalan utama menuju ke pusat bandar.... 

Tempahan hotel Square masa dalam bas tadi



Menelusuri pesisir Sungai Vardar, menuju ke Macedonia Square untuk mencari hotel


Alexender the Great Statute, Macedonia Square


Saya berjalan perlahan-lahan menelusuri pinggiran sungai Vardar (Vardar River) sehinggalah tiba ke Stone Bridge, iaitu jambatan yang merentangi sungai Vardar bagi menghubungkan Macedonia Square dan Skopje Old Bazar. Vardar River ini menjadi nadi kota Skopje, Macedonia manakala Alexender the Great Statute merupakan mencu tanda bagi Macedonia Square. 

Stone Bridge yang merentasi sungai Vardar

Dari stone bridge tu saya bergerak menuju ke arah Alexender the Great Statute yang terletak betul-betul di tengah-tengah Macedonia Squre. Menurut gambar dari maklumat tempahan hotel tu, sekiranya saya berdiri berdekatan Alexender the Great Statute tu, saya dah boleh nampak dah signage hotel Squre tu. Jadi setibanya saya di tengah-tengah Square tu, saya pun memusingkan badan saya melihat sekeliling bangunan yang berada di sisi dataran tu. akhirnya saya ternampak signage hotel Square dan saya menuju ke arah bangunan berkenan teatapi saya tidak berjumpa dengan pintu masuk hotel. Puas saya mencari dan bertanya, akhirnya saya ditunjukkan ke lorong yang menghala ke pintu masuk hotel...

Hotel Square

Pintu masuk hotel Square

Agak tersembunyi pintu masuk hotel ni (biasalah...hotel bajet!!!) dan terletak bersebelahan dengan kedai hardware. Dari pintu masuk tu saya perlu menaiki lift melalui tangga dan lift naik menuju ke tingkat lima bangunan di mana terletaknya kaunter penerimaan. Lobi hotel juga berada di tingkat yang sama...... Namun, lokasi hotel ni berada betul-betul di Macedonia Square dan sangat sesuai untuk diinapi khasnya oleh para 'backpackers' seperti saya ni...saya terus mendaftar masuk dan diberikan bilik yang betul-betul menghadap kaunter penerimaan tu.... saya meletakkan barang serta merehatkan diri seketika sebelum keluar semula untuk jalan-jalan di kota Skopje ni.....



Alexender the Great Statute, Macedonia Square


Alexender the Great Statute, Macedonia Square


Alexender the Great Statute, Macedonia Square



Bandar Skopje


Bandar Skopje


Bandar Skopje


Freedom Bridge 

Freedom Bridge yang merentasi Vardar River













Boatmen of Thessaloniki Monument di tebing sungai ardar




























Vardar River di waktu senja

Arah menuju ke Old Skopje Bazar

Stone Bridge yang merentasi sungai Vardar



Old Bazar, Skopje

Old Bazar, Skopje

Old Bazar, Skopje

Masjid di Old Bazar, Skopje

Masjid di Old Bazar, Skopje


Puas juga saya berjalan-jalan bermula dari Macedonia Square hinggalah ke Old Bazar....dari siang hingga membawa ke malam....Usai solat maghrib....saya singgah di Restoran Adana untuk mendapatkan makan tengahari merangkap makan malam. Menu saya malam ini adalah kebab yang berharga 120MKD.  Usai menikmati makan malam tu...saya meninggalkan Old Bazar untuk kembali semula ke hotel untuk merehatkan diri....esok pagi nak gerak ke Kosovo pulak.... 

Makan malam di Restoran Adana, Old Bazar


Makan malam di Restoran Adana,  Old Bazar


Skopje di waktu malam


Skopje di waktu malam







No comments: