15.2.2017 (Selasa) Pagi yang nirmala......hari ni adalah hari terakhir saya berada di Sarajevono.... flight saya ke Istanbul akan berlepas pada petang nanti... Jadi pagi ni....selepas berkemas-kemas sikit, saya terus keluar untuk bersiar-siar di kota lama Sarajevo buat kali terakhir sambil mendapatkan sarapan pagi.......terasa sangat indah pagi ini dengan sinaran matahari yang menambahkan seri keindahan kota Sarajevo....menjadikan saya terasa lebih sayu untuk meninggalkan bumi Balakan ini....pagi n saya hanya berjalan-jalan di sekitar kota lama ini sambil menghirup udara pagi yang segar kota Sarajevo.....Saya singgah sebentar di kaunterpertanyaan yang sudah mula beroperasi pada pagi itu untuk bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan bas menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo. Saya dimaklumkan bahawa stesen bas ke Lapangan terletak berhampiran dengan Bangunan Majlis Bandaran. Bas tersebut hanya akan tiba di situ pada jam 12.00pm. dan 4.00pm sahaja. Sekiranya terlepas kedua-dua waktu tersebut....harus mencari alternatif lain, iaitu dengan menaiki teksi atau kereta sewa..usai di situ, saya pun meneruskan jalan-jalan....
Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo
Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo
Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo
Selepas berjalan-jalan sekejap tu, saya pun memutuskan untuk singgah mendapatkan sarapan pagi di sebuah kafe yang terletak di dataran kota lama itu dan menghadap stesen tram. Kafe ni mempunyai dinding kaca yang luas betul-betul menghadap stesen tram dan dataran kota lam. Cahaya matahari pagi terus masuk menyinar ke dalam kafe melalui dinding kaca itu. Saya mengambil tempat duduk yang berada pada dinding kaca dan mnikmati kepanasan cahaya matahari yang masuk melepasi dinding kaca. Memberikan kepanasan yang menyegarkan badan di musim dingin yang indah ini....
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Setelah mendapatkan tempat duduk....saya pun memesan saarapan pagi, iaitu kopi dan roti cokelat yang enak itu...Sementara menanti pesanan tiba, saya mengambil kesempatan untuk mengambil foto-foto menarik setiap tram yang lalau dan singgah di stesen Bascarsija.......banyak tram-tram yang pelbagai warna menuju ke detinasi-destinasi yang berbeza di sekitar kota Sarajevo ini singgah di situ...
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Minum pagi di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Tram-tram yang lalu di Bascarsija
Agak lama juga saya berada di dalam kafe itu...bersantai dan melayan perasaan sambil menikmati pagi yang indah....Alhamdulillah.....waktu menunjukkan hampir jam 10.30am. Saya pun membayar bil makanan dan keluar meninggalkan kafe itu menuju ke hotel Zemzem yang terletak bersebelahan sahaja dengan kafe tu....saya terus naik ke bilik dan menyudahkan kemasan barangan terakhir.....usai berkemas, saya pun turun ke lobi dan mengucapkan selamat tinggal kepada Elvir yang bertugas pada pagi itu....Elvir menawarkan perkhidmatan untuk ke lapangan terbang...tetapi saya kata nak naik bas sahaja....
Bergerak meninggalkan hotel Zemzem
Foto selamat tinggal bersama Elvir
Bergerak meninggalkan hotel Zemzem
Foto selamat tinggal bersama Elvir
Saya pun mengucapkan selamat tinggal kepada Elvir dan mengambil foto kenangan terakhir sebelum melangkah keluar meninggalkan hotel itu.....saya bergerak menuju ke stesen bas berhampiran dengan bangunan Majlin Bandaran yang dimaksudkan....saya duduk menunggu di perhentian bas itu dan ada beberapa bas yang berhenti tetapi tidak ada yang menuju ke lapangan terbang......sehinggalah jam menunjukkan pukul 12.30pm....akhirnya saya bertanya kepada konduktor bas yang kebetulan turun dari bas yang berhenti di situ...saya pun bertanyakan kepadanya mana satu bas yang akan menuju ke lapangan terbang....dia memberitahu bahawa perhentian bas untuk ke lapangan terbang bukan di situ...sebaliknya di bahagian belakang.....ooooo......walaupun saya tahu waktu bas untuk ke lapangan terbang telah lepas....saya bergegas juga menuju ke arah yang ditunjukkan oleh konduktor itu....setibanya di situ saya dapati memang ada perhentian bas biasa sahaja dengan tiang sebatang....kosong je....lalu saya dihampiri oleh seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan teksi sapu....bas ke airport dah lepas katanya.....dia boleh hantar dengan kadar bayaran 20Euro.....agak mahal juga tu....untuk makan katanya....saya enggan menerima an berlalu dengan ucapan terima kasih....alamak....cam ner ni...saya perlu ke airport segera...flight saya jam 4.30pm.......
Stesen bas domestik Bascarsija
Saya pun teringatkan pelawaan Elvir tadi yang sudi untuk menghantar ke lapangan terbang....lalu saya pun bergegas semula balik ke hotel Zemzem...Alhamdulillah....Elvir masih ada di kaunter penerimaan tu... dia pun terkejut melihat saya muncul kembali...... saya pun menceritakan kisah ketinggalan bas kepada dia.... so, mintak dia kalau boleh untuk menghantarkan saya ke lapangan terbang......Elvir yang baik hati dan sentiasa tersenyum itu dengan senang hati bersedia untuk menghantar saya ke airport....dia suruh saya menunggu di gate hadapan hotel sementara dia mengambil keretanya yang di parkir di bahagian belakan hotel..... tidak lama kemudian....Elvir pun tiba dengan keretanya dan mempelawa saya masuk....saya pun masuk dan kami pun berbual-bual...walaupun perbendaharaan kata bahasa Inggerisnya, namun saya memahami melalui bahasa tubuh....Kehidupannya agak sederhana dengan seorang isteri dan dua orang anak katanya....lebih kurang begitulah... namun Elvir ni baik orangnya.....lebih kurang 15 minit perjalanan berkereta tu, kami pun tiba di lapangan terbang.....Alhamdulillah.....Elvir memakir keretanya di tempat pakir kereta....saya pun mengeluarkan beg dan mengucapkan salam selamat tinggal kepada Elvir...sambil itu...saya memberikan 20Euro kepada Elvir....itu bukan tambang yang dia minta sebab Elvir tak minta pun tambang tu....Saya bagi sebab saya teringat pemandu teksi sapu tadi meminta 20Euro....jadi saya rasa tak pe lah...bagi je 20Euro tu kepada Elvir....sebagai hadiah saja kepadanya.....sebab dia baik orang dan ikhlas...kami pun berpelukan sebagai tanda ucapan selamt tinggal....saya pun terus bergerak menuju ke terminal....
Di Lapangan Terbang Sarajevo
Di Lapangan Terbang Sarajevo
Di Lapangan Terbang Sarajevo
Sebaik sahaja masuk ke dalam terminal, saya pun terus menuju ke kaunter daftar masuk, mendapatkan tiket dan menyimpan beg yang akan dimasukkan ke kdalam kargo....usai di kaunter tu...terus melalui pemeriksaan imigresen untuk terminal berlepas...Sewaktu berurusan di kaunter tu saya ditanya menginap di hotel mana? saya maklumkan nama hotel tempat saya menginap. Kemudian pegawai tu meminta saya untuk menunjukkan resit penginapan. Saya kata, saya tidak diberikan resit...memang kebanyakan transaksi yang sya lakukan di sekitar Balkan ni tidak diberikan resit dan saya pun takde la nak minta....kemudian pegawai tu memberikan saya flyer dan memaklumkan bahawa undang-undang imigresen baharu Bosnia memerlukan pelancong yang keluar dari Bosnia untuk menunjjukkan bukti resit khasnya resit penginapan...saya pun maklum dan menyimpan flyer tersebut untuk peringatan di masa akan datang.....
Flyer notis baharu kerajaan Bosnia supaya pelancong menunjukkan resit
Minum kopi di Sarajevo Airport
Setelah selesai di kaunter imigresen tu, saya pun memutuskan untuk mendapatkan makan tengahari merangkap makan malam la....Saya duduk di kafe yang terdapat di situ dan memesan kopi, croissoint dan jus sambil menunggu untuk panggilan boarding.......Setelah panggilan untuk pelepasan dimaklumkan, saya pun meninggalkan kafe dan menuju ke barisan penumpang untuk berlepas....
Makan malam di Sarajevo Airport
No comments:
Post a Comment