Petang itu, saya pun keluar dari hotel dan berjalan menuju ke Sarajevo National Theatre yang terletak dataran Susan Sontag Squre. lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki, saya pun tiba di situ dan terus menuju ke kaunter box office untuk mendapatkan tiket. Alhamdulillah...saya dapat membeli tiket berharga 10KM (lebih kurang RM20) untuk tontonan malam itu. Harga tiket tontonan teater di sini relatifnya tidaklah mahal. Seperti yang tertulis di situ tiket-tiket berharga 10KM, 15KM dan 20KM.
Tiket berharga 10KM
Poster teater yang saya tonton malam itu
Poster teater yang saya tonton malam itu
Setelah mendapatkan tiket, saya keluar menuju ke ruang pameran poster di luar sementara menunggu pintu panggung dibuka pada jam 7.00pm sebab persembahan akan bermula pada jam 7.30pm....Terdapat sejumlah persembahan teater yang sedang dan akan berlangsung di situ yang merangkumi drama, opera, ballet dan harga tiketnya adalah sama untuk setiap persembahan.
Bentuk-bentuk teater yang dipersembahkan
Kalender teater yang dipersembahkan
Kalender teater yang dipersembahkan
Pintu panggung telah dibuka
Tepat jam 7.00pm, pintu panggung pun dibuka, saya pun terus meluru masuk dan meninggalkan jaket di kaunter yang menyediakan ruang khas untuk penyimpanan jaket dan baju tebal....maklumlah...musim sejuk nih....setelah meninggalkan jaket, saya diberikan nombor locker untuk disimpan dan ditunjukkan semula ketika mengambil jaket itu kembali setelah selesai tontonan. Saya pun berlegar-legar menikmati keindahan dekorasi ruang legar panggung yang indah dengan membawa nuansa erpah zaman pembaharuan itu.....
Ruang Legar National Theatre, Sarajevo
Ruang Legar National Theatre, Sarajevo
Ruang Legar National Theatre, Sarajevo
Ruang Legar National Theatre, Sarajevo
Ruang legar panggungnya sangat luas, megah dan mewah sehingga saya merasakan bahawa sangat berbaloi dengan harga tiket yang saya bayar...bahkan tidak mungkin saya dapat menikmati keindahan panggung seperti itu di negara saya sendiri dengan harga tiket yang sedemikian.......Alhamdulillah.....Saya ada banyak masa untuk menikmati keindahan ruang legar itu kerana ada satu lagi pintu yang terdapat di ruang legar itu, iaitu pintu masuk ke auditorium yang masih belum dibuka. Tidak lama kemudian, seorang penyambut tetamu berbaju merah di situ memaklumkan bahawa pintu auditorium telah dibuka dan penonton dibenarkan masuk.....
Penyambut tetamu berbaju merah di pintu masuk Auditorium
Di dalam ruang auditorium
Di dalam ruang auditorium
Di dalam ruang auditorium dan bahagian pentas yang masih ditutupi langsir merah tua
Saya berada di tempat duduk paling atas
Bahagian bawah ruang auditorium
Tiga tingkat ruang auditorium
Dekorasi ruang
Dekorasi ruang
Dekorasi ruang
Penyambut tetamu menunjukkan saya ke tempat duduk di auditorium yang terletak ditingkat atas sekali. Dari situ saya dapat melihat hampir keseluruhan ruang panggung dan auditorium dari perspektif yang luas. Sebelum persembahan bermula, saya sempat mengambil gambar ruang auditorum dan panggung yang indah dan megah itu. Tidak lama kemudian, lampu digelapkan dan pengacara mengumumkan persembahan akan bermula.
Persembahan teater ini dipersembahkan dalam bentuk muzikal yang membawa ciri-ciri Opera dengan menekankan unsur-unsur aria dan recitative, iaitu dialog-dialog pelakon di selang-seli di antara 'dilagukan' dan 'diucapkan'. Ceritanya mengisahkan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya negara Bosnia. Walaupun tidak memahami bahasanya, namun secara keseluruhan saya memahami inti ceritanya dan setiap perubahan mood dramatik persembahannya. Setelah hampir satu jam setengah, persembahan pun berakhir........usai menonton itu, saya turun ke lobi semual untuk mendapatkan jaket yang saya simpan tadi.Saya kemudaiannya terus meninggalkan panggung dan singgah di sebuah kafe berhampiran hotel untuk mendapatkan makan malam sebelum pulang ke hotel. Usai makan malam tu, saya terus pulang ke hotel dan berehat...sebab esok dah nak balik ke Istanbul semula....
No comments:
Post a Comment