English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, January 14, 2018

LOMBOK ITU CILI.....

13 Sept. - 19 sept. 2017 - Pada tarikh ini saya berpergian ke Lombok untuk membentangkan kertas kerja dalam '1st Lombok Interntional Edu-Tourism Conference (LIETC) 2017' yang berlokasi di Golden Palace Hotel, Lombok Indonesia. Tarikh konferen adalah pada 15-18 Sept 2017. Namun saya bertolak pada 1 Sept. ke Lombok.

Dijemput oleh Dr. Salman dari bandara bersama Joe dan Shah menuju ke Golden Palace Hotel

Saya disertai oleh dua orang calon Graduate Research Assistant yang membantu penyeidikan saya dan mereka turut membentangkan kertaskerja dalam persidangan itu. Kami mengambil penerbangan Air Asia yang berlepasa pada jam 7.30am dari KLIA Ke Lombok. Setibanya di lapanganterbang Lombok, kami dijemput oleh Dr. Salman Alfaris (asal Lombok) yang merupakan urusetia yang terlibat dalam menguruskan konferen tersebu. Dari bandara kami terus di bawa ke Grand Palace Hotel untuk mendaftar masuk. 

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Melawat pura dan pantai di Batu Bolong

Makan jagung bakar enak di Sengigi

Menunggu jagung siap dibakar bersama Joe, Shah dan Sang Hoo Ha di Sengigi 

Pada sebelah petangnya kami disediakan pemandu untuk membawa kamai bersiar-sia dan pada petang ini kami turu disertai oleh Dr. Sango Ha (peserta dari Korea). Jadi kami berempat, iaitu Shah, Joe, Dr. Sango Ha dan saya dibawa melawat ke beberapa lokasi menari di Lombok ni seperti Pura Batu Bolong dan Sengigi yang terkenal itu. Seperti dalam foto-foto di atas.....


Shah, Dr. Sango Ha, saya Dr. Claire dan Joe


Saya dan Dr. Sango Ha


Makan tengahari selepas berpeleseran di pantai

Pada keesokan harinya, 14 Sept 2017 kami desediakan pemandu lagi untuk membawa kami bersiar-siar. Hari ni kami disertai oleh Dr. Claire. Sebenarnya kami yang menemankan Dr. Claire hari ni sebab dia yang nak ke pantai untuk surfing...katanya....Lombok ni memang terkenal dengan aktiviti surfing dan pelancong menjadikan Lombok destinasi surfing utama kini berbanding Bali....Jadi bila tiba di pantai tu, Dr. Claire je la yang pergi surfing...kami hanya menunggu berlepak santai sambil minum-minum jus di deretan kedai makanan yang terdapat di sepanjang persisiran pantai tu. Usai aktiviti surfing...kami pun bergerak meninggalkan pantai dan singgah sebentar di sebuah kafe yang tidak jauh dari pantai itu untuk mendapatkan makan tengahari...... 

Singgah Shopping di toko Sasaku, Sengigi

Usai makan tengahari, kami terus dibawa melawat beberapa lokasi pembuatan dan penjualan enderahati khas Lombok...lokasi terakhir yang kami singgahi adalah kedai cenderahati Sasaku yang terkenal itu....saya membeli beberapa ceaderahati di sini........


Makan malam di kediaman rasmi Gubernor Lombok


Makan malam di kediaman rasmi Gubernor Lombok

Pada sebelah malamnya pula kami dibawa ke kediaman Gubernor Lombok kerana di sini diadakan makan malam sebagai salah satu acara daripada konferen. Kami berlima turut disertai oleh Dr. Salman pada malam ini menikmati juadah yang sangat enak itu.....

Menonton Fashion Show di perkarangan kediaman rasmi Gurbenor

Selesai makan malam, kami dibawa pula untuk menonton persembahan 'fashion show' yang di adakan diperkarangan kediaman Gurbenor itu juga. Acara ini juga merupakan sebahagian daripada acara dalam program konferen yang diadakan. 

Bersiap untuk ke aca di Balai Islam, Lombok





Di Balai Islam, Lombok

Hari berikutnya, iaitu 15 Sept. 2017 kami berangakat pula ke salah satu lagi acara dalam progfam konferen ini yang diadakan di BAlai Islam Lombok. Di sini diadakan pameran produk halal yang turut disertai oleh beberapa negara lain dari Asia Tenggara. Kami berada di Balai ini sempena upacara perasmian sehinggalah selesai perasmian kami turut dihidangkan dengan makan tengahari di sini...enak hidangannya........

Shopping di Emporium Mall, Lombok

Usai di Balai Islam selepas makan tengahari....kami di lepaskan untuk melakukan aktiviti bebas dan yang utamanya adalah window shopping la.....kami memutuskan untuk dibawa ke Emporium Mall yang merupakan mall yang baharu sahaja di buka di Lombok ni.....saya memutuskan untuk membeli baju batik di sini sebab saya tidak membawa baju rasmi untuk konferen....sebab memang saya sudah bercadang untuk membeli baju di Lombok ini sahaja...jadi tak la banyak sangat bawa baju.....

Acara Konferen


Acara Konferen

Acara Konferen

Jadi moderator sesi plenary

Sesi pembentangan kertaskerja

Sesi pembentangan kertaskerja



Acara Konferen

16 & 17 September 2017 merupakan hari konferen yang menampilkan sejumlah pembentang kertaskerja daripada peserta Asia dan Asia Tenggara dalam masa dua hari tersebut. Topik-topik pembentangan adalah tentang Edu-Tourism dan hal-hal yang berkaitan dengan pelancongan....



Minum kopi di 'roof top' Golden Palace Hotel


Minum kopi di 'roof top' Golden Palace Hotel


Merehatkan lelah setelah berkonferen sehari suntuk, saya naik ke 'roof top' hotel di mana terdapat kafe di situ untuk saya menikmati kopi sambil menyaksikan matahari terbenam di kejauhan yang dapat disaksikan dengan jelas dari bumbung hotel itu....sangat indah......


Lawatan ke Pulau Gili Trawangan


Lawatan ke Gili Trawangan

Lawatan ke Pulau Gili Trawangan

Lawatan ke Gili Trawangan


Lawatan ke Pulau Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Buaian dalam laut di Gili Trawangan


Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

Menunggu bot untuk pulang ke Hotel

17 sept. petang adalah penutup konferen dan keesokan harinya 18 Sept. ada peserta yang mula pulang ke tempat masing-masing. Namun bagi yang masih belum pulang, kami melakukan aktiviti yang turut termasuk dalam program konferen, iaitu lawatan ke Gili Trawangan. 'Gili' tu samalah maksudnya dengan 'pulau'. Dari hotel kami dibawa ke jeti dan menaiki bot ke Gili Trawangan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit menaiki bot itu. Terdapat ramai pelancong di pulau ini dan saya melakukan aktiviti mandi laut dan main buaian dalam laut yang terkenal itu. Pelancong yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bermain dan berfoto di buaian ini. Saya berjalan kaki sahaja sewaktu menuju ke pantai yang ada buaian tu.....selesai mandi-manda saya memutuskan untuk menaiki kereta kuda pula untuk kembali ke hotel di mana makan tengahari disediakan untuk kami....Usai makan tengahari....kami menunggu bot yang akan membawa kami ke pulau Lombok utama....perjalanan balik ni lebih mengerunkan sebab ombaknya terlalu tinggi berbanding sewaktu datang tadi.....Setibanya di jeti Lombok....van telah sedia menunggu dan kami pun pulan ke hotel semual....... 

Beli buku di Gramedia

Pada sebelah malamnya pula saya, Shah dan Joe bercadang untuk toko buku Gramedia yang terkenal di Indonesia ni. Kami pergi dengan berjalan kaki sahaja dan agak jauh juga lokasinya dari hotel....Saya membeli beberapa buku di sini yang menarik hati untuk dibaca......Usai di situ....bergerak pula ke lokasi Mataram mall untuk mendapatkan makan malam.....usai makn kami pulang semula ke hotel.....

Bandara Lombok..nak balik dah....

19 Sept. 2017, Usai makan pagi saya dibawa oleh Dr. Salaman melihat-lihat sekitar lokasi kota Lombok sementara menunggu untuk daftar keluar pada jam 12pm nanti. Tepat jam 12pm kami daftar keluar hotel dan terus dibawa ke bandara untuk mendapatkan penerbangan pulang.....Selamat tinggal Lombok....Insyaallah jumpa lagi......























































































No comments: