English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, January 21, 2008

Ranko Kurano (Soprano)



17 - 21 Jan. 2008, saya berkesempatan menghadiri 'resital vokal' oleh Ranko Kurano (Soprano) dari Jepun yang datang ke School of Arts, USM untuk sessi 'vocal workshop and presentation'.



Pengalaman beliau sebagai performer dan educator di Eropah memandu rintis perjalanan seni yang menjulangkan namanya sebaris dengan soprano terkemuka dunia. vocal workshop yang dijalankan amat berkesan terutamanya dalam mengaplikasikan technique yang sesuai bagi seorang vokalis. Cuma masanya secara relatif terlalu pendek jika dibandingkan dengan pelbagai technique yang perlu dipelajari oleh seorang vokalis atau yang berminat untuk mengetahui mengenai breathing technique yang wajar untuk diaplikasikan sewaktu bekomunikasi.

Saturday, January 19, 2008

Press Conference



20 Jan 08 merupakan Press Conference untuk produksi 'Storm in a Box' yang diadakan dalam ruang outdoor bersebelahan dengan Panggung Sasaran USM jam 3.00PM. Nasib baik pokok warisan tu rendang jadi tak panas la sebab hari tu memang panas terik.





Hari ni merupakan rehearsal penuh yang pertama dilakukan dalam ruang outdoor seperti ruang persembahan sebenar yang akan diadakan di tepi laut di padang sekolah St. Xavier, Penang.





Berbanding denga ruangan indoor, di luar ni lebih mencabar terutamanya dari segi teknikal.





Rasanya PC ni diadakan tanpa perancangan yang baik dan agak tergesa-gesa kerana banyak aspek teknikal tidak dapat digabungkan terutamanya slide projection sebab waktu siang jadi tidak boleh dimainkan kerana cahaya terang. Begitu juga denga effect music yang tidak turut serta.



Secara psychology, performer turut terganggu denga kekurang dari segi teknikal tersebut. Para wartawan pun rasanya tak ramai yang hadir dan tidak ada pun sessi soal-jawab bersama wakil press.

Wednesday, January 9, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH



SEMOGA KEHIDIRAN TAHUN BARU HIJRAH... kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (AN NISAA': 100)

Monday, January 7, 2008

Ombak-Ombak Latest Production...! Press Preview...

The poster of the latest 'Ombak-Ombak' production:

Below are some photos of 'a mixed media performance' by 'Ombak-Ombak Artstudio' during the press preview session.
Music: 'Letter from the Bird Community' - Composer: Tan Sooi Beng


Drama: 'Sonata Tropika' - Director: Janet Pillai - Actors: Aida Reza, Siau Fen & Ang Bang Siang


Dance Installation: 'Ombak Naik, Tuah Menurun' - Choreographer: Aida Reza - Dancers: Kipli, Hardy, Joey, Ken, Kun, Ang & Eu Jean.
For more details, visit www.storminabox.blogspot.com

Wednesday, January 2, 2008

Penutup Tahun & Penang Hill

29 Dis. 2007, saya dan beberapa kawan induksi 2007 yang suka aktiviti outdoor melakukan riadah memanjat Penang Hill. sebenarnya ini juga sebagai rehearsal untuk kami sebelum pergi panjat gunung jerai insyaallah tahun 2008 agaknya.

seperti biasa 'meeting point kami ialah di 'moon gate' seperti dalam gambar kat atas tu. agaknya sebab bentuk bulat tu kot diaorang kasi nama moon gate.


kat tengah perjalanan tu sempat la tengok pemandangan jambatan pulau pinang dari atas. wahh.....lega rasanya


ha, ni antara muka baru yang join panjat hari tu, sira, syazwana, zaidi dan sharifuddin.... nampak ceria je sebab dah sampai puncak...tahniahhhh...


dalam sejam gak lepak kat puncak tu sambil makan-makan...pas tu ready nak turun dah....cadang nak tahan jeep je kalau ada lalu masa turun tu, tapi tak de pun yang lalu...nampaknya kena jalan gak laa...

Tuesday, January 1, 2008

Mee Sotong Padang Kota


1 januari baru ni teringin plak nak makan mee mamak, pas tu terus teringat mee sotong di padang kota, Penang. sambil makan tu teringat la plak kat En Khalid, staff kedutaan Malaysia di Stockholm yang gemar makan mee mamak. Insyaalah, En. Khalid kalau datang Penang boleh singgah makan mee sotong kat Padang Kota ni. kalau sapa-sapa yang teringin nak try rasa mee sotong kat kedai Hammed di padang Kota boleh pi sana. rasanya lain sikit la daripada mee mamak yang biasa sebab ada sotong masak cili di taruk atasnya. kalau sekali rasa pasti nak lagi...

NI PISANG APA NAMANYA NI...!!???


1 januari 2008 sempena cuti tahun baru ni baru terperasan ada pisang yang macam ni dan di tanam di sekitaran School of Arts, USM Penang. sebelum ni pokok ni kecik jadi saya tak perasan sangat. tapi bila dah berbuah baru terperasan warnanya macam cokelat pun ada, purpule pun ada dan maroon pun ada. ingatkan buah dah busuk atau layu dipohonnya tapi bila tengok balik jantungnya masih elok dan segar. bila datang dekat-dekat memang sah elok tapi masih mentah agaknya ni.....apa nama buah pisang ni agaknya ye...sejak lahir hinggalah hari ni baru hari ni pernah nampak pisang macam ni.....apa namanya ekk...ha.. sapa nak jawab tu....!!!????