12 Jun (Jumaat) seusai solat maghrib saya terus bersiap menunggu van untuk menjemput saya menonton persembahan tari sufi yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini. Tidak lama menanti van pun sampai dan saya ditemani oleh tuan punya hostel tempat say menginap sebab saya dah membeli pakej ni dari kaunter hostel je...Saya difahamkan lokasi persembahan tari sufi ni agak jauh dari pekan Goreme, iaitu kira-kira 20 minit perjalanan menaiki van.
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Ketika saya melangkah masuk ke dalam van, telah ada beberap orang yang turut bersama-sama saya untuk menonton tetapi mereka tinggal di hotle-hotel lain di kejiranan pekan kecil goreme itu. Saya difahamkan bahawa persembahan tari sufi yang bakal ditonton nanti merupakan persembahan murni yang mengekalkan ciri-ciri ritual amalam para sufi zaman dahulu. Saya sangat teruja untuk menyaksikannya....
Pintu gerbang bangunan yang menempatkan ruang persembahan
Ruang legar bangunan tanpa bumbung sebelum masuk ke ruang persembahan
Ruang dalam panggung persembahan
Para pemuzik sedang melakukan tuning terhadap peralatan muzik sebelum memulakan persembahan
Pemuzik sedang melakukan tuning terhadap peralatan muzik sebelum memulakan persembahan
Ruang dalam panggung persembahan tari sufi
Sebaik saya melangkah keluar dari van, keterujaan amat ketara sambil terpegun dengan keindahan rekabentuk bangunan yang menempatkan ruang persembahan. hiasan lampu yang dipilih turu menimbulkan kesan dramatik yang mendalam dan meningkatkan nuansa mistik zaman silam.
Ruang dalam panggung persembahan tari sufi
Ruang dalam panggung persembahan tari sufi
Sejurus melangkah masuk ke dalam bangunan, saya semakin terpesona dengan keindahan ruang legar yang luas tanpa bumbung menyerlahkan keterampilan ciri rekabentuk kerajaan Ottoman. Saya tanpa berlengah terus memotret sekitar kawasan yang saya lalui dengan sangat teruja sekali. Kekaguman saya semakin menyuntik sebaik memasuki ruang pangggung yang dihiasa dengan begitu banyak pintu-pintu dan laluan-laluan yang bagi saya amat mengelirukan tetapi menarik.
Ruang dalam panggung persembahan tari sufi
Ruang dalam panggung persembahan tari sufi
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Ruang persembahan berlangsung ditengah-tengah arena dan tempat duduk penonton diposisikan pada tiga sudut sementara ruang di bahagian belakan pemuzik dibiarkan kosong tanpa tempat duduk penonton. Ruang itu juga merupakan laluan untuk pemuzik dan penari keluar dan masuk ke ruang persembahan. Semua penonton dimaklumkan agar tidak mengambil gambar sewaktu persembahan berlangsung kerana persembahan ini adalah upacara ritual yang tidak membenarkan sebarang pengambilan fotografi mahupun video.
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Mendengarkan hal itu, saya pada mulanya agak kecewa kerana saya memang sangat berhajat untuk mengambil gambar dan video persembahan ini. Namun, bagi menghormati persembahan maka say akur kerana itu juga merupakan syarat untuk tontonan persembahan ini. Persembahan tari sufi ini berlangsung selam libeih kurang 30 minit dan kemudiannya berakhir.
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan
Namun sejurus persembahan ritual berakhir, pengajur persembahan memaklumkan kepada penonton bahawa pemain akan mempersembahakan tari sufi sekali lagi yang bukan bermaksud untuk ritual bagi membolehkan penonton mengambil gambar persembahan. Tetapi persembahan untuk pengambilan gambar ini hanya berlangsung dalam lebih kurang 5 minit sahaja bagi memuaskan hati penonton yang ingin mengambil gambar. Jadi, gambar-gambar penari sedang membuat persembahan ini saya perolehi selepas persembahan ritual tersebut......kaedahnyaaa....
Acara santai menikmati jamuan teh Turki selepas menonton persembahan
Acara santai menikmati jamuan teh Turki selepas menonton persembahan
Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi
Setelah persembahan tamat, saya terus keluar semula melaluiruang legar yang luas tanpa bumbung tadi dan di situ telah disediakan minuman teh yang sangat enak kerana bercampur dengan herba. Hidangan teh ini disediakan secara percuma kepada semua penonton untuk menikmatinya.....
Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi
Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi
Selesai minum-minum teh itu, saya terus keluar dari bangunan dan di hadapan pintu gerbang van yang menjemput saya dan pelancong lain telah pun sedia menunggu. Saya terus masuk ke dalam perut van dan tidak lama kemudian van pun bergerak meninggalkan lokasi persembahan menuju ke Goreme. Saya dihantar terus ke hostel dan sebaik tiba saya terus masuk ke kamar dan melabuhkan badan di atas katil seiring dengan berlabuhnya malam hari di Goreme....
No comments:
Post a Comment