10 Jun 2015 - Sesudah menikmati Bosporus Tour tadi kami menaiki bas dan di hantar semula ke hotel Nippon menjelang tengahari. Oleh sebab waktu masih awal siang lagi, saya diajak oleh teman dari USIM untuk menemani beliau berjalan-jalan ke Grand Baazar yang terletak di Sultanahmet.
Jadi, setibanya bas di Nippon hotel, saya dengan dua orang rakan dari USIM dan dari Iran berjalan kaki melalui Taksim Square sambil bersantai-santai. Tiba di Taksim, rakan dari Iran memohon diri untuk pergi ke lokasi yang lain dan beserta rakin dari USIM meneruskan perjalanan sehingga tiba di Galata Tower dan berehat seketika.
Dari Galata Tower kami menneruskan jalan-jalan menuruni bukit sehingga tiba di stesen metro yang terletak berhampiran jambatan yang menghubungkan kawasan Taksim Square dan Sultanahmet. dari situ, kami terus menuju ke stesen metro sebab dah letih jalan kaki dan naik naik metro pulak.
Tidak lama kemudian, metro pun tiba dan kami naik ke dalam metro yang bergerak hingga ke stesen Grand Bazaar dan kami pun turun di situ. Namun, sebelum tiba di Grand Bazaar, kami singgah dulu di Masjid Suleiman untuk menunaikan solat Zohor. Usai solat, sempat la pulak nak kilatkan kasut dengan pakcik yang berada di hadapan pintu masjid tu....
Bila kasut dah berkilat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Grand Bazaar yang menjual pelbagai jenis barangan itu. Kawan baru saya ni nak beli safron katanya di sini tapi tak mahu terbeli yang palsu. Jadi dia dah siap bawak contoh safron yang original yang dah dibelinya semalam di tempat. Safron ni banyak khasiatnya katanya dan kalau masuk dalam nasa masak memasak akan menjadi warna merah keemasanlah nasi tu. Harganya pulak memang mahal.....saya tidak berapa arif sangat tentang itu jadi saya ikutkan je.... dan saya tidak membeli apa-apa pun akhirnya..... cuma jalan-jalan je....
Ais krim Turki
Caffe Latte Turki
Dari Gran Bazaar, kami meneruskan perjalanan secara santai dan bila kaki dah letih, kami singgah di sebuah cafe dan memesan kopi.... lega rasanya dapat minum kopi Turki ni....
Singgah minum jus limau perah
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar
Taksim Square
Taksim Square
No comments:
Post a Comment