English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, October 30, 2015

DAY 7 MALAM - MENONTON TARI SUFI



12 Jun (Jumaat) seusai solat maghrib saya terus bersiap menunggu van untuk menjemput saya menonton persembahan tari sufi yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini. Tidak lama menanti van pun sampai dan saya ditemani oleh tuan punya hostel tempat say menginap sebab saya dah membeli pakej ni dari kaunter hostel je...Saya difahamkan lokasi persembahan tari sufi ni agak jauh dari pekan Goreme, iaitu kira-kira 20 minit perjalanan menaiki van. 



Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan



Ketika saya melangkah masuk ke dalam van, telah ada beberap orang yang turut bersama-sama saya untuk menonton tetapi mereka tinggal di hotle-hotel lain di kejiranan pekan kecil goreme itu. Saya difahamkan bahawa persembahan tari sufi yang bakal ditonton nanti merupakan persembahan murni yang mengekalkan ciri-ciri ritual amalam para sufi zaman dahulu. Saya sangat teruja untuk menyaksikannya....


Pintu gerbang bangunan yang menempatkan ruang persembahan

Ruang legar bangunan tanpa bumbung sebelum masuk ke ruang persembahan

Ruang dalam panggung persembahan

Lebih kurang 20 minit perjalan menuju ke kawasan pedalaman yang dikelilingi oleh bukit-bukit batu, van yang saya naiki pun tiba dilokasi persembahan dan nama kumpulan produksi tari sufi ini adalah Saruhan yang dikatakan tealah ditubuhkan sejak 1249 dan diwarisi secara turun-temurun dengan mengekalkan ciri mistik persembahan yang dianggap murni ini.


Para pemuzik sedang melakukan tuning terhadap peralatan muzik sebelum memulakan persembahan

Pemuzik sedang melakukan tuning terhadap peralatan muzik sebelum memulakan persembahan

Ruang dalam panggung persembahan tari sufi

Sebaik saya melangkah keluar dari van, keterujaan amat ketara sambil terpegun dengan keindahan rekabentuk bangunan yang menempatkan ruang persembahan. hiasan lampu yang dipilih turu menimbulkan kesan dramatik yang mendalam dan meningkatkan nuansa mistik zaman silam.


Ruang dalam panggung persembahan tari sufi

Ruang dalam panggung persembahan tari sufi

Sejurus melangkah masuk ke dalam bangunan, saya semakin terpesona dengan keindahan ruang legar yang luas tanpa bumbung menyerlahkan keterampilan ciri rekabentuk kerajaan Ottoman. Saya tanpa berlengah terus memotret sekitar kawasan yang saya lalui dengan sangat teruja sekali. Kekaguman saya semakin menyuntik sebaik memasuki ruang pangggung yang dihiasa dengan begitu banyak pintu-pintu dan laluan-laluan yang bagi saya amat mengelirukan tetapi menarik.

Ruang dalam panggung persembahan tari sufi

Ruang dalam panggung persembahan tari sufi

Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan

Ruang persembahan berlangsung ditengah-tengah arena dan tempat duduk penonton diposisikan pada tiga sudut sementara ruang di bahagian belakan pemuzik dibiarkan kosong tanpa tempat duduk penonton. Ruang itu juga merupakan laluan untuk pemuzik dan penari keluar dan masuk ke ruang persembahan. Semua penonton dimaklumkan agar tidak mengambil gambar sewaktu persembahan berlangsung kerana persembahan ini adalah upacara ritual yang tidak membenarkan sebarang pengambilan fotografi mahupun video.

Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan

Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan

Mendengarkan hal itu, saya pada mulanya agak kecewa kerana saya memang sangat berhajat untuk mengambil gambar dan video persembahan ini. Namun, bagi menghormati persembahan maka say akur kerana itu juga merupakan syarat untuk tontonan persembahan ini. Persembahan tari sufi ini berlangsung selam libeih kurang 30 minit dan kemudiannya berakhir.


Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan

Menonton Tari Sufi oleh Kumpulan Saruhan

Namun sejurus persembahan ritual berakhir, pengajur persembahan memaklumkan kepada penonton bahawa pemain akan mempersembahakan tari sufi sekali lagi yang bukan bermaksud untuk ritual bagi membolehkan penonton mengambil gambar persembahan. Tetapi persembahan untuk pengambilan gambar ini hanya berlangsung dalam lebih kurang 5 minit sahaja bagi memuaskan hati penonton yang ingin mengambil gambar. Jadi, gambar-gambar penari sedang membuat persembahan ini saya perolehi selepas persembahan ritual tersebut......kaedahnyaaa....




Acara santai menikmati jamuan teh Turki selepas menonton persembahan

Acara santai menikmati jamuan teh Turki selepas menonton persembahan

Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi

Setelah persembahan tamat, saya terus keluar semula melaluiruang legar yang luas tanpa bumbung tadi dan di situ telah disediakan minuman teh yang sangat enak kerana bercampur dengan herba. Hidangan teh ini disediakan secara percuma kepada semua penonton untuk menikmatinya.....

Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi

Hidangan teh selepas tontonan Tari Sufi



Selesai minum-minum teh itu, saya terus keluar dari bangunan dan di hadapan pintu gerbang van yang menjemput saya dan pelancong lain telah pun sedia menunggu. Saya terus masuk ke dalam perut van dan tidak lama kemudian van pun bergerak meninggalkan lokasi persembahan menuju ke Goreme. Saya dihantar terus ke hostel dan sebaik tiba saya terus masuk ke kamar dan melabuhkan badan di atas katil seiring dengan berlabuhnya malam hari di Goreme....

Thursday, October 22, 2015

DAY 6 - BAHARIYE & GERAK KE KAPPADOKKIA (GOREME)

Taksim Square

11 Jun 2015 (Khamis) Keluar dari hostel dan terus mendapatkan makan pagi di sebuah Cafe sekitar Taksim Square, sementara menunggu waktu malam untuk bergerak ke Goreme pada hari ini. Sambil makan tu sempat sembang-sembang denga waiter cafe yang kebetulan merupakan pelajar Marmara University dan berbangsa Kurdish. Kami berbual tentang suasana election yang sedang hangat di Turki sekarang.


                                                                         Taksim Square

Taksim Square

Usai makan pagi di situ, saya berjalan-jalan sekitar Taksim dan bertemu dengan Amin dari Iran dan dia ajak window shopping. Saya setuju tapi minta dia tunggu kejap sebab saya nak balik ke hostel untuk daftar keluar dan memulangkan kunci bilik. Kemudian saya mohon untuk menyimpan barang di tempat simpanan barang sementara menunggu malam. Selesai di situ, saya menemui Amin semula di Taksim dan dia mengajak saya ke Bahariye untuk shopping. Bahariye ni terletak di Turki bahagian Asia. Jadi kami perlu menaiki Havatas untuk ke sana yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai.


Menaiki Havatas dari Taksim Square menuju ke Bahariye Bersmaa Mohamad Amin dari Iran



Kami berdua pun bergerak menuju ke stesen Havatas di sudut lain Taksim Square yang akan membawa kami ke Bahariye. Sesampainya di Bahariye, kami berjalan-jalan untuk window shopping je sebab saya tidak bercadang untuk membeli apa-apa di sini. Sekadar menziarahi lokasi ini sahaja sambil menunggu masa malam tiba.....

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Stesen Havatas, Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Menu makan tengahari di Bahariye

Setelah letih berjalan-jalan tu, kami bercadang untuk singgah di restoran bagi mendapatkan makan tengahari namun tak banyak pilihan makanan di sini. Jadi, saya pun ambillah menu nasi putih dan ayam goreng tepung tu. Walaupun tidak memenuhi selera saya pada waktu itu, namun saya makan juga sebab dah beli. Kami berbual-bual di sini sambil merehatkan badan sebab letih dah ajalan kaki....

Restoran makan tengahari

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Bahariye

Kedai pakaian untuk individu terlebih saiz, Bahariye

Bahariye

Setelah kira-kira jam 4.00 petang kami pun bercadang untuk kembali semula ke Taksim Square dan kami menaiki Havatas yang berwarna kuning tu untuk membawa kami ke sana. Saya tak beli apa-apa pun tapi Amin membeli beberapa banrangan yang diperlukan untuk dirinya.

Bahariye

Bahariye



Bahariye

Bahariye

Bahariye

Havatas ni hanya akan bergerak bila penumpang dah memenuhi semua tempat duduk yang ada dalam van tu. Havatas ni bas kecil berbentuk van je. Bila dah penuh, kami pun bergerak meninggalkan Bahariye menuju ke Taksim. Tiba di Taksim, Amin bercadang untuk membeli sedikit barangan cenderahati lagi dan saya pun menemaninya kerana waktu masih ada sebelum saya berangakat ke Goreme. Usai membeli barangan tu, kami pun berpisah di Taksim dan saya terus kembali semula ke hostel ntuk mengambil barangan dan bergerak ke stesen bas untuk ke Goreme......