English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 31, 2015

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DI ISTANBUL...DAY 3


8 jun 2015 (Isnin) jam 7.30 pagi saya bergerak jalan kaki menuju ke Nippon Hotel dan sampai je di situ dah boleh daftar dan dan peserta pun dah ramai yang tiba. Jumpa rakan-rakan sejawat dari UPSI dan rupa-rupanya hampir 20% peserta pembentang kertaskerja adalah dari Malaysia yang antaranya USM, USIM, UMT, UITM dan UMS. Berkampunglah orang Malaysa di konferen ni nampaknya....... Lepas daftar saya minum dulu sebab tak sarapan lagi dan kebetulan hidangan sarapan memang telah tersedia....hhhmmmmmmmm... ok gak...





Jam 9.00 pagi ucapan Pengerusi oleh Prof. Dr. Ferit Uslu dan terus menjemput Pnegucaptama, iaitu Prof Dr. Berch Berberoglu yang berbangsa Turki dan bertugas sebagai profesor di University of Nevada, Reno, United States of America untuk memulakan pembentangan. Sangat mudah dan sederhana. Tidak perlu ada MC untuk memulakan acara dan menjemput pengerusi sebaliknya pengerusi konferen sendiri yang memulakan acara tanpa perlu ada remeh-temeh protokol.

Para Peserta sedang melakukan pendaftaran

Sekretariat Persidangan yang merupakan mahasiswa terpilih daripada beberapa buah universiti di Turki


Para Peserta sedang melakukan pendaftaran




Selesai pembentangan Ucapatama terus rehat minum kopi dalam  lebih kurang 15 minit kemudian para peserta masuk memenuhi ruang tiga bilik seminar yang bergerak serentak secara selari sehinggalah tiwa waktu rehat untuk makan tengahari. Hidangan tengahara turut disediakan oleh pihak hotel dengan makanan yang pelbagai mengikut citarasa Turki. sampaikan saya sendiri tak tahu mana nak makan dulu dan akhirnya saya tidak mampu menjamah kesemua menu yang dihidangkan kerana terlalu banyak dan pelbagai..... Alhamdulillah...
Hidangan sarapan yang sentiasa tersedia untuk dijamah pada bila-bila masa sepanjang waktu persidangan
Pemakalah dari Indonesia sedang menikmati hidangan ringan

Barisan Urusetia

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'


Para Peserta sedang melakukan pendaftaran

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'


Peserta dari Turki (kiri) dan China (kanan)

Para peserta bersembang santai sambil menunggu acara bermula




Para peserta bersembang santai sambil menunggu acara bermula

Pengerusi Persidangan, Prof. Dr. Ferit Uslu seang memulakan acara

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America sedang beraksi

Sebahagian peserta yang mengikuti ucapan Pengucaptama




Tiga bilik untuk sesi pembentangan selari

Bunting Persidangan

Usai makan tengahari, pembentangan kertaskerja  diteruskan lagi sambil diselangi dengan minum petang dan akhirnya konferen pada hari ini tamat  sekitar jam 5.00 petang. Setelah berborak-borak dengan para peserta beberapa ketika Dr. Mai dan Dr Juli mengajak saya menemani mereka untuk bersiar-siar sambil menikmati makan malam. Saya pun bersetuju namun mereka harus singgah di penginapan saya dahulu sebab saya perlu menyimpan beg dan menunikan solat terlebih dahulu. Kami pun berjalan meninggalkan Hotel Nippon dan melalui Taksim Squre menuju ke penginapan saya. Mereka menunggu saya di lobi sementara saya menyelesaikan solat dan membersihkan diri. Kemudian kami sama-sama berjalan menuruni bukit untuk menunjukkan jalan yang akan mereka lalui esok hari sekiranya ingin bersiar-siar ke Masjid Biru.


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama

Singgah beli monopod untuk selfie


Saya membawa mereka berjalan kaki sehingga ke gerai makan tepi laut tempat saya makan ais krim semalam dan Dr. Mai dan Dr Julie terus ajak saya makan malam. Saya rasa masih kenyang lagi sebab makanan hotel tengahari tadi relatif banyak. Namun, saya menemani mereka makan dengan memesan satu hidangan sahaja dan dikongsi tiga orang yang menunya adalah ikan dan roti. Dr. Julie yang belanja... Alhamdulillah.... Terima kasih...

Singgah beli monopod untuk selfie


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama


Jalan-jalan cari makan Istanbul


Jalan-jalan cari makan Istanbul

Jalan-jalan cari makan Istanbul

Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dari UPSI. Terima kasih kerana belanja makan malam



Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dan Dr. Maisihah dari UPSI. Terima kasih Dr. Juli kerana belanja makan malam

Alhamdulillah, ni dia makan malam yang PM Dr. Juli belanja...

Makan malam tepi laut

Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dari UPSI. Terima kasih kerana belanja makan malam


Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dan Dr. Maisihah dari UPSI. Terima kasih Dr. Juli kerana belanja makan malam


Tunggu makan malam sampai

Seusai makan malam tu, kami balik berjalan kaki semula dan sempat la pula membeli monopod dengan harga 10Lira setiap satu. Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan yang sama kami lalui tadi dan saya menghantar mereka sehingga ke penghujung Dataran Taksim yang menuju ke lorong Nippon Hotel di mana mereka berdua menginap. Setelah menghantar mereka pulang, saya pun terus sahaja balik ke hotel sebab dah malam dah..... setibanya di hotel saya terus solat dan tidur sebab esok saya perlu membentangkan kertaskerja pulak... Dr. Mai dan Dr. Juli dah selesai dah tadi...hhhhmmmmm... zzzz....



No comments: