Taksim Square
7 Jun 2015 (Ahad). Lena tidur malam tadi setelah amat keletihan dalam perjalanan yang relatif panjang. Solat subuh seawal jam 3.30 pagi dan matahari terbit sekitar jam 5.30 pagi. Memang awal subuhnya di musim panas ni dan siangnya relatif panjang kerana maghrib masuk sekitar jam 8.30 malam dan Isyak sekitar jam 10.30 malam. Kira-kira jam 8.00 pagi saya turun ke lobi dan dimaklumkan makan pagi tidak disediakan...... hmmmm agak mahal juga lah bilik yang saya sewa ni sebab tidak termasuk sarapan pagi... Penjaga kaunter tu pun buat tak tau je jadi saya lupakan niat untuk bertanyakan resit bayaran hotel.... Tengoklah.... asalkan dia tak minta duit lagi sudahlah.... saya pun terus sahaja keluar meninggalkan kaunter untuk mendapatkan sarapan pagi yang boleh memenuhi selera.... Lama juga berjalan-jalan mencari sarapan yang sesuai tu sebab semua kedai menjual kebab... kebab...dan kebab....
Taksim Square
Taksim Square
Akhirnya saya singgah di sebuah kedai yang menjual roti dan kopi di Dataran Taksim yang terkenal itu dan memesan caffee lattee dan roti. Lepak-lepak minum kat situ dalam beberapa minit pas tu terus bergerak memenuhi tujuan utama hari ini, iaitu mencari di mana letaknya Nippon Hotel yang menjadi lokasi konferen esok... Jalan punya jalan sekitar Taksim tu akhirnya saya ternampak penanda hotel tersebut yang letaknya tidak jauh dari stesen Havatas yang saya naiki semalam. Kebetulan saya berdiri betul-betul berhampiran stesen Havatas tu dan terus terpandang logo hotel berkenaan. Saya terus menuju ke situ dan mengambil gambar hotel dan logonya untuk peringatan. Saya tidak bercadang untuk hari ini kerana waktu pendaftaran hanya akan dibuka pada jam 2.30pm sedangkan sekarang masih pagi lagi. Jadi, saya bercadang untuk mendaftar esok pagi je kerana lokasi ni pun tak jauh dari hotel tempat saya menginap. Berjalan kaki dalam 15 minit je dah boleh sampai. Lagipun pendaftaran esok bermula jam 8.30 pagi dan siang bermula lebih awal.
Stesen Tram Fidikkli
Gigi laut Selat Marmara bersebelahan Stesen Tram Fidikkli
Gigi laut Selat Marmara bersebelahan Stesen Tram Fidikkli
Stesen Tram Fidikkli
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Masjid Biru
Agahia Sofea
Agahia Sofea
Agahia Sofea
Jalan-jalan sekitar Masjid Biru, Muzium Topkapi dan terus balik jalan kaki je sampe ke hotel. Singgah makan tengahari dan membeli burger ikan di tepi laut berhampiran jambatan. Ini merupakan menu Turkey yang memang saya idam-idamkan untuk menjamahnya. Akhirnya impian itu tercapai.... Alhamdulillah... walaupun rasanya cukup sekadar untuk memenuhi selera perut yang tengah lapar.....jalan kaki melalui bawah jambatan yang terdapat deretan restoran mewah sepanjang jambatan tu. Separuh jambatan saya naik ke atas jalan dan menyaksikan ramai orang memancing ikan di sepanjang jambatan. Terus berjalan sehingga akhirnya sampai di hotel semula kira-kira jam 1 tengahari dan terus solat dan rehat.....
Topkapi
Topkapi
Topkapi
Topkapi
Topkapi
Setelah berehat sekiti di kamar tu, saya bercadang untuk keluar semua bersiar-siar sebab duduk dalam bilik je pun boring gak...Lalu saya keluar semula berjalan-jalan menuju ke tepi laut di mana terdapat dan terpandang sebuah restoran yang ada menjual nasi......
Ni ha restorannya..... saya singgah di Selamet Bufe untuk mendapatkan makan tengahari dan merangkap makan malam la agaknya ni sebab waktu dah petang dah ni....saya pun memesan nasi berlaukkan kebab dan sedikit salad... ok la....Usai makan tengahari tu saya terus bersiar-siar di gigi laut hinggalah membawa ke petang.....
Menjamu Selera di restoran Selamet Bufe
Menu makan tengahari
Sambil berjalan-jalan tu hingga membawa ke petang saya sampai di sebuah pasar basah yang menjula pelbagai jenis ikan dan sayur di tepi laut tu yang berhampiran jambatan. Saya masuk ke dalam pasar tu mengikut lorong pejalan kaki dan akhirnya saya sampai ke penghujung pasar di mana bermulanya kawasan gerai menjual makan yang didirikan di gigi laut. Kesemua menu utama di gerai tersebut adalah berasaskan ikan dan roti atau dipanggil juga burger ikan.
Penjual aiskrim Turki melambung-lambungkan aiskrim buatan sendiri
Oleh sebab saya masih belum berasa lapar lagi sebab baru je makan nasi, jadi saya tidak bercadang untuk makan yang berat di gerai tu. Saya singgah di sebuah kedai menjual aiskrim Turki buatan sendiri yang terkenal itu. Menu ini jua merupakan makanan kedua yang saya impikan untuk menikmatinya.... Alhamdulillahh.....terlaksana juga apabila saya memesan semangkuk aiskrim dengan perasa vanilla dan lemon berharga 10 Lira. Mahal harganya di sini berbanding yang dijual di tepi jalan dengan harga serendah 2 Lira sahaja.
Menu minum petang merangkap makan malam
Usai lepak-lepak di situ saya mula melangkah pulang semula ke hotel untuk mendapatkan rehat bagi memulakan konferen yang akan dihadiri esok......
No comments:
Post a Comment