English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, September 1, 2015

HARI PEMBENTANGAN KERTASKERJA...DAY 4...



Sedang membentangkan kertaskerja

9 Jun 2015 - saya bangun awal pagi dan usai menunaikan solat saya berehat sebentar sementara menanti jam  7.30 pagi dan tiba waktunya saya pun bergerak keluar meninggalkan hotel menuju ke lokasi persidangan di Nippon hotel untuk menghadiri persidangan pada hari kedua. Hari ini juga merupakan hari yang saya akan membentangkan kertaskerja tapi bukan sessi pagi, sebaliknya pada sesi petang, iaitu selepas waktu makan tengahari.


Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja


Jadi, pagi ini saya hanya mengikuti sesi pembentangan oleh rakan-rakan daripada pelbagai negara yang mengemukakan topik-topik dan isu-isu yang sangat menarik dan mencambahkan pemikiran dengan tradisi keilmuan yang pelbagai......
 
Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja

Para peserta beramah mesra sewaktu rehat

Bersama para pembentang dari Palestin, Iran, Brunei dan Malaysia

Para peserta beramah mesra sewaktu rehat

Pramusaji menyediakan hidangan untuk peserta

Bersama peserta antarabangsa seusai pembentangan


Setelah semua peserta membentangkan kertaskerja akhirnya persidangan ini tapat pada jam 5.30 petang dan saya pun terpinga-pinga dan ternanti-nanti sambil bertanya dalam hati 'tak de majlis penutup ke?'....Saya bertanyakan beberapa peserta yang lain dan masing-masing kata tak de kot dan masing-masing mengundurkan diri begitu sahaja.... saya pun ikutlah balik sama......tapi mengikut jadual persidangan kami akan bertemu lagi esok untuk acara Bosporus sightseeing yang turut termasuk dalam jadual persidangan...Semudah itu sahaja acara persidangannya serba sederhana dan protokol yang sangat minima tetapi kualitinya adalah antarabangsa dan artikel terpilih bakal diterbitkan dalam jurnal ISI.... jadi, kandungan ilmiah persidangan lebih dipentingkan berbanding acaranya....hmmm... sangat menarik.....







Saya pun berjalan kaki balik ke hotel untuk membersihkan diri dan menunaikan solat dan usai urusan tersebut, saya terus sahaja keluar semula untuk mendapatkan tiket bas bagi memenuhi aktiviti saya seterusnya, iaitu lusa saya perlu bergerak ke destinasi berikutnya, iaitu Goreme, Kapadikkia.









Puas juga saya bertanya-tanya dan terus mencari lokasi jualan tiket bas dan setelah puas berpusing-pusing akhirnya bertemu juga. Stesen bas di Istanbul ni dan bandar-bandar besar lainnya terletak relatif jauh daripada pusat bandar. Jadi, tiket bas hanya boleh dibeli di kaunter-kaunter yang terletak di beberapa lokasi di pusat bandar dan bila dah tiba tarikh perjalanan penumpang perlu datang menunggu di kaunter agen tiket tersebut dan van akan datag menjemput untuk membawa penumpang ke stesen bas. Jadi saya pun beli jel tiket bas ke Goreme dengan harga 60Lira.... dah beli tiket tu saya pun terus berjalan pulang sambil singgah di kedai kebab berhampiran untuk mendapatkan makan malam....


kaunter tiket bas Nilufer


Makan malam

Puas juga mencari kedai makan yang lain selain daripada menjual kebab namun hampa kerana yang saya temui di sekitar Taksim ni hanyalah kedai kebab.... saya pun memesanlah kebab yang adan menjual nasi dan ayam untuk mengubah selera..... tapi boleh laa.....


No comments: