English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, October 28, 2014

SELAMAT TINGGAL GREECE & BERTEMU KEMBALI PARIS

 
Subuh-subuh lagi saya dah check-out sebab nak mengejar flight yang akan membawa saya ke Paris hani ni. Teksi yang telah saya pesan malam tadi melalui penyambut tetamu telah pun sedia menanti di hadapan lobi. Setelah selesai urusan daftar keluar, pemandu teksi mengampiri dan dengan ramah mengangkat beg saya untuk dimasukkan ke dalam booth  teksi. Kemudian teksi berlalu meninggalkan kota Athens menuju ke lapangan terbang dan sesampainya di sana saya terus sahaja membayar tambang teksi dan masuk ke dalam terminal untuk mendaftar masuk. Malangnya bahagian dalam terminal ini masih gelap dan semua kaunter masih belum dibuka sebab operasinya bukan 24 jam. saya perlu menunggu lebih kurang jam 7.00 pagi baharulah kaunter dibuka. sementara menunggu tu saya sempat menunaikan solat subuh di bilik solat pelbagai kepercayaan (gabungan surau dan gereja). Lepas solat sempat minum kopi di sebuah kafe yang dibuka 24 jam. Itu pun café tu malap je sebab hanya dibuka sebahagiannya sahaja. Bila kaunter daftar masuk sudah dibuka, saya pun terus mendaftar masuk dan lega lah sikit sebab beg besar semua dah masuk. Tanpa berlengah saya terus melalui pemeriksaan imigresen untuk boarding.......

 
 
Pesawat berlepas meninggalkan kota Athens yang penuh sejarah dan meninggalkan nostalgia yang sangat mendalam buat saya kerana keinginan yang lama terpendam telah terlaksana. Insyaaallah moga kita bertemu lagi di lain kesempatan.....
 
Pesawat mendarat di Paris sewaktu suasana telah cerah dan cuaca hari ini sangat baik dan ceria......ceria musim panas di Paris....Usai mendapatkan barangan saya terus mendapatkan teksi menuju ke lokasi penginapan yang telah ditempah lebih awal, iaitu sebuah apartment yang terletak di Champ Alysees. Lokasi yang terletak betul-betul di tengah kota Paris dan tempat beli-belah  mewah di Paris.


Sabar menunggu Hidanga Sushi

Sup Jepun

Setibanya di lokasi Rue Troyon, teksi berhenti dan saya membayar tambangnya dan menuju ke alamt yang ada ditangan. namun, oleh sebab saya sampai lebih awal daripada yang dijanjikan maka tuan rumah yang berjanji untuk bertemu masih belum sampai. Kebetulan di sebelah apartment tu adalah kemdai makan Jepun, iaitu shushiyang berasaskan makanan laut, jadi saya pun singgah makan di situ. Perut pun dah lapar kerana jam sudah menunjukkan pukul 12.00pm. Saya pun memesan makanan shusi yang pemiliknya adalah keturunan Cina dari China dan bukannya orang Jepun. Cuma dia masak makanan Jepun Je. Sementara menunggu hidangan saya pun menghubungi tuan rumah memaklumkan bahawa saya telah tiba. tuan rumah berjanji akan dating segera. Namun saya menasihatinya agar tidak buru-buru kerana saya sedia menunggu sambil menikmati hidangan tegahari tu...
Ni ha, dah sampai dah... sushi...
 
Bersama pemilik rumah yang peramah

Usai makan, tuan rumah pun tiba dan dengan ramah menyapa saya dan teman-teman lalu membuka pintu dan mempelawa kami naik ke unit yang terletak di tingkat satu bangunan empat tingkat itu. Kena naik tangga sikit la..... bawa beg angkut naik atas....

Hiasan dalaman rumah

Bila terbuka je pintu.... wahhh.... cintiknya..... bisik dalam hati.....sangat berbalui dengan harganya. Malah lokasinya juga memang sangat strategik para pelancong sekiranya dating ke Paris ni.....
Setelah menunjukkan dalaman rumah dan kelengkapan prasarananya serta kunci rumah dan 'the do's and the don's', tuan rumah pun bercadang untuk balik. Namun ada rakan yang nak terus shopping katanya jadi minta tuan rumah untuk temankan tunjuk jalan. Dengan ramah tuan rumah tu bersedia untuk menemani. Jadi kami pun bersama-sama dengan tuan rumah tu berjalan kaki menuju ke loksi beli belah barangan mewah yang terkenal di kota Paris ni.....setibanya di lokasi yang ingin dituju, kamip pun mengucapkan selamat tinggal kepada tuan rumah.....

Hiasan dalaman rumah

Landmark apartment dekat dgn. Mc.D

Saya sebenarnya berasa agak letih dan lebih suka berehat sahja. namun kerana ingin menemani teman saya akun mengikuti mereka sehingga lokasi beli belah LV sahaja. oleh sebab terlalu letih dan mengantuk, saya meminta diri untuk pulang ke apartment dan meninggalkan rakan-rakan terus membeli belah. Saya mengambil kunci dari mereka dan pulang sendirian ke apartment.


Palace Charles De Gaulle

Setibanya di apartment, saya merehatkan diri sambil melakukan kerja-kerja yang perlu sambil berehat-rehat menanti teman yang akan pulang nanti. Saya tidak keluar apartment sehinggalah mereka balik sebab kunci ada satu je..... tidak lama kemudian mereka pun pulang dan bercadang untuk keluar semula di sebelah malam untuk makan malam. Lagi pun di musim panas ni malamnya lambat.... namun oleh sebab terlalu letih saya akhirnya tertidur sehingga pagi esoknya dan tidak jadilah makan malam pada hari itu....

Kedai barangan jenama LV, Champ Eleyees

Kedai barangan jenama Hermes, Champ Eleyees

Ok juga lah... sebab saya pun tak lah lapar sangat...... tertidur terus.........

No comments: